Showing posts with label Fishing. Show all posts
Showing posts with label Fishing. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Revival of da species

, Salam geng-geng dan geng,

sambil2 gua tengok melodi cerita pasal artis marah mat blogger sebab dia yang buat taik, gua pun amik keputusan untuk update blog bersama ini... kurang2 takdak la kontroversi pasal cerita pon tarak la mengarut sangat...

bagan lalang la ni Alhamdulillah air dah mula chantek dan ikan2 mula dah datang balik dah...

air tengah pasang petang...

ikan biasa la kat sini...

magrib menjelma...
testing lampu LED memancing...

Untuk pengetahuan para pemancing, LED adalah suatu alat elektronik yang dibuat dari 2 jenis kepingan semikonduktor jenis p dan n dimana apabila arus elektrik dialirkan melalui simpangan tersebut, terhasillah cahaya yang menerangi umpan...

Malam tu bila tengah syok main LED tetiba saudara Onn kita menggulung talinya kerna nak tukaq umpan. Tapi... berat... macam sangkut... sekali...

ketuka naik!!!

Nampaknya ikan dah mula datang balik kat bagan lalang ni, siap ketuka (baby pari, bukan tala pari nooo...) pon ada... bila dah naik, proses keselamatan pon dimulakanlah...

potong ekoq dan duri kat blakang dia...

simpandalam bekas sejuk untuk menjaga kesegaran...

Lepas tu balik laaaa, apa mau tunggu lagi, ayaq pun dah surut...

mata ketuka...

muka ketuka...

ekoq dia...

pungkoq dia...

hasil tangkapan...

Biasa sampai berbelas2 ekor, lepas tu turun sekor terus time air laut merah... La ni, Alhamdulillah tangkapan dah meningkat balik. Jadi maila kita jaga alam semula jadi tok sah bagi ayaq laut merah...

Tuesday, September 6, 2011

Selamat hari raya, jangan buat umpan ni

Salam Eid Mubarak 1432H. Kami dari pihak guerillafishan ingin menyusun sepuluh joran untuk meminta maaf kepada pembaca jika penulisan kami ada mengguris hati anda sekalian. Kami juga tak lupa untuk meminta maaf kepada ikan-ikan yang kami tangkap, lucut, gelakkan, siang, buat umpan, ejek, marah dan macam-macam lagi...

Kali ni geng gorilla nak tunjuk satu umpan yang tak patut dibuat sebab tak dapat ikan... Ikan makan tapi dia pagut-pagut je. Umpan ni timbul bila SpeyMaster Hamdan Garcia ajak saya mancing di tengah hari mambang bulan Ramadhan 1432H ni. Sampai2 saja kat kolam, dia kenching saya sebab dia tak mancing. Dia kenching pun sebab haritu panas kaw2 punya jadi orang kebanyakan tak larat nak mancing. Jadi saya maafkan pengenchingan dia sempena hari raya ni...

Berbalik kepada umpan terbaru kami, namanya ialah LELAYANG BUNJUT SEBENAR. Tatacara mengikatnya adalah seperti berikut.

1. Sediakan gunting, makanan ikan (pallet) dan kain perca dan susun macam dalam gambar ni. Kain perca ni kita bleh amik dari bunga telor orang kawin. Pallet ni kita bleh amik kat rumah En. Onn. Gunting ni kita bleh amik kat kedai la...

2. Mulakan lilitan benang pada matakail.

3. Bunjutkan pallet ke dalam kain perca dan ikat kuat.

4. Potong ujung bunjut, gamkan di bahagian ikatan.

Beberapa lelayang bunjut sebenar

Jadi itulah cara nak buat fly bunjut sebenar yang di cuba meniru pallet fly. heheh... Ikan targetnya adalah PACU di Danau Biru. Dah baling rendam baling rendam, lama-lama pallet tu keluar ikut celah-celah kain perca... heheh...

Ideanya adalah untuk membuat umpan lelayang yang ada bau sedap... Ideanya juga adalah untuk buat umpan lelayang yang kita boleh layan "bottom". heheh... hancusss... Mungkin kena perbaiki lagi baru bleh okay...

Semoga aktiviti memancing tuan-puan menjadi2 di bulan Syawal ni... AMIN...

-ih-

Friday, October 22, 2010

Profil Kolam : Kolam Memancing di Jugra

Salam semua pemancing,

Tengah buat apa sambil-sambil baca blog ni? Tengah ikat perambut ke? Ke buat-buat dok browse web cari info bagi tujuan kerja opis? Apa-apa pun, ucap selamat dari kami kepada anda, pelawat setia blog kami. Disebabkan blog ini agak internazionale, I would also like to extend our salam and greetings to our non-Malay speaking blog readers. Come back regularly!!!

Kolam Memancing Jugra, Banting

Sesungguhnya pemilik-pemilik blog ini memang mempraktik dan menggalakkan aktiviti mengail ikan di kawasan-kawasan takungan air semulajadi, secara mampan dan penuh tanggungjawab. Namun disebabkan kesempitan masa dan peluang, gara-gara tuntutan masa dari kerja harian dan keluarga, mengail di persekitaran semulajadi tidak kesampaian. Jadi kami selalu jugak, terpaksa memancing di kolam-kolam bayar komersil yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Apa nak buat, bila dah gian mau tarikkkkk.....

Pandangan penjuru kolam


Jadi dari masa ke semasa kami akan memprofilkan kolam-kolam bayar yang kami lawati, terutama sekali yang berada di sekitar Lembah Kelang. Kami tidak dibayar atau ditaja oleh mana-mana pihak kolam pun ( tapi kalau ada yang nak sponsor, boleh aje :P ), malah kami yang membayor untuk memancing disitu. Jadi pendapat kami adalah objektif dan adalah berdasarkan kepuasan masing-masing memancing di kolam tersebut.

Antara kolam-kolam yang pernah diprofilkan adalah :

Kolam LS, Pulau Carey Post 1 dan Post 2

Kolam Danau Biru, Bandar Baru Bangi

Kolam Siakap Semenyih, Selangor

Kolam Coffee Village, Pinggiran Putra, Selangor

Kali ini, kami akan mempersembahkan Kolam Memancing Jugra, Banting. Profesor Ih pernah membuat pembentangan pasal kolam ni tidak lama dahulu di sini.


Professor Ih mengukur perimeter kolam Jugra

Kolam memancing Jugra terletak di area Banting, Selangor. Ada beberapa cara untuk ke Banting, so bergantunglah saudara pembaca datang dari arah mana kan. Tapi ia terletak tidak jauh dari pekan Banting. Kat pekan tu pun ada kedai pancing, jadi kalau ada last minit nak beli-belah, takut tak cukup pelampung, mata kail ataupun swivel apa bagai, bolehlah pitstop sekejap.

Nak ke situ, senang aje. Tanyakan orang-orang macamana nak pergi ke Istana Bandar, sebuah istana lama kat situ. Pastu terusssss je, jangan belok belok lagi (kecuali kalau ada halangan di depan, kang accident susah). Susah jugak mau sesat sebab dia memang straight aje.

Budak bawah umur juga dibenarkan memancing di sini

Kolam ni ada ikan jenahak, kerapu, siakap, kaci dan bawal. Ianya agak selesa dan besar. Baru-baru ni ada kerja-kerja renovation dijalankan, dan ada cafe yang selesa untuk melepaskan lapar dahaga. Ada jugak brader di situ yang menjual barangan pancing sikit-sikit, dan dia juga boleh tolong siang ikan (upah standard RM2 seekor) dan bagi tips memancing di kolam itu.

Istimewa di kolam ini ialah harga umpan udang hidupnya 50sen seekor. Ini sebab pemilik kolam ini juga mengusahakan penternakan udang di sebelah kolam memancing ini, so agak low cost untuk dia la. Kolam ini tidak menyediakan umpan ikan hidup, so kena bawak sendiri. Brader yang tersebut di atas juga boleh membantu dalam urusan umpan ikan hidup, tapi perlu di kowtim sehari sebelum.

"Situ kolam ternak udang, bukan untuk mancing"

Di sebalik pokok-pokok di sekeliling kolam ini pulak ialah Sungai Langat (rasanya), dan kadang-kadang boleh nampak bot yang lalu lintas. Kolam ini agak luas, bentuknya sedikit pelik, mempunyai dua "tanjung", mungkin kerana pada asalnya ia dua kolam yang digabung menjadi satu. Pondok-pondok di sediakan di sekeliling kolam dengan kerusi plastik. Tapi satu kelemahan ialah ketika memancing di malam hari. Lampu-lampu yang disediakan sedikit jauh antara satu sama lain, so tak terang sangat la.

Gini ler ghopanye kolam ni


Proses pelepasan ikan pun tak berapa telus, kerana sangkar ikan terletak agak jauh ke tengah dan tak nampak berapa ekor ikan yang dilepaskan. Harga memancing di sini agak murah bagi kolam air masin, so agak berbaloi gak (kalau naik ikan ler :P)

Inilah beberapa gambar dan video untuk tatapan dan dinikmati, juga ada gambar selebriti. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh le tinggalkan komen di bawah ye. Selamat menatap dan mengail.

Abuya sudah berjaya, Siakap naik




Abuya bawak naik Jenahak




Farid Kaci, bukan Farid Kamil

Tuesday, April 20, 2010

Manggo Jack : Kelah Hunter

Greetings from Gorila City,

Just making up for some lost time, uploading some cool fishan stuff on this blog.

Here is a video of my mentor and technical adviser, Manggo Jack from the Keramat Valley. This was taken a couple of years back, when he went on a trip to Taman Negara. The exact location was Kuala Tahan, Taman Negara Malaysia (Malaysia National Park), around Keniam River, Rinching area.

They camped in the jungle for 4 days i think, and on the final day caught this beautiful monster. I know its beautiful because I ATE SOME OF IT!!!!



Here's the video for your enjoyment!





The ending is kinda funny, when Manggo Jack fell into the water AFTER the fish was safely in the arms of his buddy. Mau ganti ka Braz????

Ciao!!!!