Showing posts with label Pacu. Show all posts
Showing posts with label Pacu. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Pertandingan Makan Kuaci @ Seri Serdang


Salam Semua,

Apa khabor?  Kali ini kami akan memaparkan sebuah kolam yang memang telah lama ditubuhkan tetapi kurang dikenali ramai.  Mungkin kerana lokasinya yang agak tersorok sangat sangat.  Kami di GF amat perihatin dan di sini kami memaparkan jalan ke kolam ini.

Jadi drive la dari tol serdang sehingga anda jumpa jambatan dan simpang ni.  Ada bangunan berhala kat tepi tu.


Dan masuk simpang ke kiri

Dan terus saja ke hujung jalan

Memang macam tak caya je ada kolam kat sini kan?

Tapi sungai di sebelah tu memberikan harapan. Ini bangunan industri di hujung

Dan anda akan mula nampak bayangan ikan ini....

Dan makin bertambah bayangan ikan

 ....dan sampailah ke sini.  Fishing Pool tau, bukan Pond

Kolam ini memang telah ditubuhkan lama dulu. Sifoo kami pun pernah pegi dulu tapi sekarang jalan masuknya dah lain, yelah pembangunan yang pesat katakan.  Harganya agak standard, dan spesis ikan juga agak seragam seperti Pacu, Rohu, Patin, Si Kapla Besar dan Telapia.  

  Terletak di bawah power line jugak, seperti lazimnya kolam-kolam urban ini
 Towkay, penjaga front desk merangkap tukang masak maggi

 Otai kolam, lepak menunggu bom@rasuah berkesan kot


Pada hari-hari sebelum memang ada yang bergasak, tapi pada hari penggambaran kami....ikan ni sudah pemalu pulak!!! 

 
 
 Hidangan istimewa dari Abuya
 Hidangan Untuk Abuya
 Tunggu punya tunggu
 punya tunggu punya tunggu
 Ikan tamau timbul
 Abuya mula bermain kotor
 Seperti bahan kumuhan pun ada...uweeeekkkkkkk
 Juara menanti Pertandingan Makan Kuaci
 

Akhirnya Sifoo cuma dapat seekor Telapia bunga sahaja. Apa nak buat, takda rezeki.  Ada brader di depan tu bawak naik Kepala Besar 8 kg, selain dari tu agak senyap sunyi sepi kolam ni.  Apa nak buat, mungkin faktor umpan atau cuaca mendung yang kurang memberangsangkan.

Boleh lepak la sini tapi sedikit berbau dan kemudahan sangat ringkas.  Kalau ikan mencanakkk, sure tak kisah punya.

Ciao and salam!!!

Tuesday, July 24, 2012

Sekadar Di Pinggiran (Putra) @ HM Eco Resort

 

Salam semua,

Bagaikan aur dengan tebing, pemancing tegar memang sukar dipisahkan dari tepi air.  Sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk merendam umpannya.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aktiviti pemancingan diperlahankan untuk memberi tumpuan kepada ibadah dan istirahat.  Biasalah jekkk, ikan sampai bila-bila pun ada, kan? Jadi cerita-cerita yang dipaparkan dalam masa 2,3 minggu itu adalah kisah yang telah berlalu. Janganlah cemas jika ternampak Abuya menghisap rokok dalam gambar yang dipost ni yeh.


Kali ini kami akan memaparkan profil kolam HM Eco Resort.  Ianya terletak bersebelahan Putrajaya, iaitu di Desa Pinggiran Putra.  Tak jauh dari kolam Danau Pinggiran Putra yang top meletop dengan jackpot dan pertandingannya.

Kegigihan tangga kejayaan

Aksi di kolam ini biasa-biasa aja.  Setiap 2 minggu dikatakan melepaskan ikan hampir setan setiap kali tapi jadual pemakanan ikan itu agak luar tabiee, jadi kami tak berapa pasti tentang strategi perkiraan hari yang berkesan.

Hasil-hasil awal dari budak budak bawah umur dan terlebih umur
Rata-rata, kolam ini ada jugak ikan monster tapi sangat susah memakan umpan.  Bentuk kolam yang tidak symetri jugak menyekat keselesaan pemancing. Harganya standard untuk kolam air tawar dan spesis yang dilepaskan seperti biasa laaa...rohu, pacu, patin dan leekoh.  Kolam ini juga membeli semula ikan hidup tetapi pada harga yang sangat rendah.  Ada pemancing (termasuk saya) yang membawa ikan yang ditangkap untuk dijual di luar (hint : kolam sebelah).

Apa-apa pun, jika kena pada harinya, aksi rohu agak menyeronokkan di sini tapi nak buat percaturan hari apa ikan tu start makan agak sulit.  Kalau ada waktu terluang, boleh la try tapi jangan mengharapkan aksi-aksi luar biasa di kolam hanya sekadar di pinggiran ni.

Salammmm.

Wednesday, December 21, 2011

Abang Handal...

Halo geng, cerite hari ni rekaan semata-mata tapi berkaitan dengan memancing. Kisah dongeng ni cerite cara Gorilla Fishan merekrut seorang manusia biasa menjadi seorang pemancing handalan...

Manusia biasa

Pada suatu hari ada satu abang yang duduk isap rokok dan buang karen kat kedai kopi sambil makan rambutan dan memikirkan masalah menjolok rambutan yang belum jatuh di rumah orang tuanya di kampung. Terus Man Toman bengang dan datang membetulkan tabiat buang karen abang tersebut sebab time tu ujan dan Man Toman pun tak bleh gi mancing. Man Toman memulakan operasi merekrut dengan memberi barang-barang pancing serta menerangkan kegunaannya pada manusia biasa tersebut sampai dia tak tahan dan terus jadi pemancing...

Nah abang, amik ni... ini benang besi untuk perambut pacu...

Abang pon blank apa benda perambut ni... Abang ni ingat rambut dia je guna perkataan rambut... Rupa-rupanya matakail yang siap dipasang tali dan ada gelung dihujungnya juga menggunakan kata terbitan "rambut"...

Nah abang, ni fly untuk tangkap ikan

Dulu abang ni ingat fly tu maknanya tertakluk kepada 2 bende aje iaitu fly yang bermakna lalat dan fly iaitu perkataan inggeris untuk terbang. Sekarang abang ni dah faham yang fly tu juga adalah sejenis umpan memancing yang mujarab di mana ianya adalah matakail yang dihiasi agar berupa makanan ikan seperti pellet, lalat, cengkerik, udang, rumpair, ketam, anak ikan dan macam-macam lagi makanan kegemaran ikan...


Nah abang, ni beg gi perang ni

Bila dapat beg perang abang ni terus faham yang dia kena gi medan perang yang berair. Kadang-kadang medan perang airnya masin dan kadang-kadang airnya payau dan ada kalanya airnya tawar. Kadang-kadang medan perangnya free, kadang-kadang kena bayar dan kadang-kadang free tapi tak bleh mancing... Tapi apa yang abang ni paling faham ialah musuhnya pandai dan walaupun perkakasan perang dah tip-top tapi musuhnya masih boleh menang walaupun ianya hanyalah seekor ikan yang telanjang...

Pacu abang handal

Geng abang handal...

Beberapa purnama kemudian abang buang karen yang diskolahkan dek Man Toman dah jadi seorang pemancing handalan dan dia terus hidup dengan dikenali sebagai "abang handal".

-ih-

Friday, April 1, 2011

Profile Kolam : Joran Terjun, Kampung Kemensah

Salam semua penggorila fishan di luar sana,


Apa khabar? Ada tarikan tarik-ikan menarik di luar sana? Harapnya ikan memakan umpan dan tarikan berjaya seadanya.

Kali ini, blog kesayang kita akan memaparkan kisah seorang budak yang berentap mencuba nasib di kolam hutan di pinggir bandaraya.


Kampung Kemensah merupakan rahsia terbaik (best kept secret) di kalangan penduduk bandaraya Kuala Lumpur yang ingin menumpang sedikit ketenangan alam semulajadi sambil menghirup udara nan segar. Itulah misi Toboy pada hari bersejarah ini: mencari ketenangan dan tarikan ikan.

Nak pergi Kg Kemensah ni senang sahaja, pergi ke Zoo Negara dan terus memandu naik bukit di belakangnya sampailah ke hujung.

Di Kg Kemensah ada 2 pengusaha kolam, satu di puncak dan satu di bawah sikit. Toboy telah mengembara jauh ke kolam di puncak, dikenali sebagai Kolam Pancing Joran Terjun....harap jangan terjun masuk kolam joran sudahhh...marah ayah Toboy @ Pak Toman kita nanti!!!!

Ada 2 kolam. Bayaran masuk adalah RM20 untuk 3 jam dan RM25 untuk 5 jam. Perlu dibayor dulu, so itu yang kurang syiok tu tapi pengail bebas untuk bertukar-tukar kolam pada bila-bila masa sahaja.

Kaunter pendaftaran juga menjual pelbagai jenis umpan seperti dedak bom dan ayam, cacing gila dan cengkerik. Kolam ini juga membeli semula tangkapan ikan tapi hanya yang melebihi 3kg seekor, so kurang syiok sikit bagi si pencari makan hehe.

Ini Kolam Kecik
Penjaga Kolam Kecik, jgn kena sudu
Struktur ala Minang tu Surau

Ini Kolam Besar

Hasilnya? Agak tidak memberangsangkan. Selain dari Pacu (kalau nak main pacu baik pegi kolam Bangi), hanya anak-anak telapia yang di bawa naik. Itu pun dari saiz kecik ke lebih kecik ke tersangat kecik. Tak caya tengoklah hasil Toboy ni.


Toboy kata, mungkin telapia ni semua anak yatim kot, sebab mak bapak dia langsung tak nampak batang hidup. Apa nak buat....kolam ni akan dipangkah buat sementara waktu, sehingga anak-anak ikan ini dikeluarkan kerana ia memang mengganggu kelancaran proses pemancingan.

Salam Selamat!!!!