Thursday, April 29, 2010

Keracunan Tinggi @ Siakap Semonyeh

Salam Gorilla Gang!!!

Memang bulan April ni bulan yang aktif lagi mengasyikkan. Rata-rata perairan di pantai barat dan timur Semenanjung Malaysia tenang dan memanggil-manggil kepada sesiapa yang sudi mendengar dan merapati.

Hehehe minggu ni nak cerita pasal RACUN yang berjaya meresapi. Siapa lagi yang meracun kalau bukan Man Toman (sekarang dah jadi Man Kerapoo, tapi itu cite lain :P) dan juga Sifoo Ecol. Partner saya Ih memang telah cite panjang lebar mengenai keRACUNan sebelum ni, tapi racun kali ni jenis yang pelan-pelan meresapi, tapi bila dah sampai ke sistem pusat saraf (central nervous system) kesannya amat teruk sekali dan tak terdaya dilawan. Kawan-kawan disebelah pun tak dapek nak nolong eh...tengok yyolaahh heheheh

Jadi peracun-peracun ni malam-malam akan lepak di kedai kopi/tomyam cam biasa. Dan setiap kali mangsa-mangsanye turun, akan dibuka hikayat pemancingan yang berjaya di sana, di sini, di sinun, tarik ikan ni, tarik ikan tu...dan setiap sesi minum kopi akan disudahi dengan "Jomlah, bila lagi nak pegi???"
Nak dijadikan cerita, satu hari tu....tiba2 Pak Abu Hamdan tanya saya "Besok buat apa? Jom pegi beli pancing di Serdang" Saya pun ckp " Alaaaaaaahh...pegi KEPONG TACKLE la, baru ada semua kelengkapannya yang mungkin diperlukan". Jadi besoknya saya pun cabut dari ofis kejap, tolong TEMANkan Pak Abu dan Wak Paeng (kawan baik Pak Abu). Diorang ni memang pernah mancing...tapi 10 TAHUN DULU LAAAAA. To cut long story short, lepas 3 jam bershopping sakan, keluarlah kedua2 tu dengan complete set sendiri-sendiri (sorang complete set Daiwa, sorang complete set Abu Garcia siap dengan topi) dan tak sabar-sabar nak merendam umpannye.

Jadi malam tu saya dan Sifoo pegi ke Kolam Siakap Semenyih untuk memberi khidmat bimbingan dan sokongan moral. Mula-mula tu saya ingat tanak memancing sekali....belakang ada terdengar siakap dalam kolam tu ketawa sakan, bermain-main gurau senda dengan kaum sejenisnya dari dalam air. Saya pun taruklah deposit, ingat nak main sejam je. Last-last jadi 3 jam. Kebetulan Ih pun ada di sana pada malam itu bersama Mentor Master Abang Onnzan, jadi kami berlima pun mulalah memancing........

Inilah rupanya, night fishing di siakap semenyih




HASILNYA
:

SIAKAP #1 : Inilah siakap pertama yang dinaikkan malam tu, merangkap siakap pertama saya ever!!!!. Menurut kontek-kontek Sifoo, sepanjang malam kolam tu senyap dan kami disyorkan agar jangan main. Tapi kalau dah rezeki, tak kemana heheheh. Tak sampai 20 minit saya casting bergilir-gilir dengan Sifoo.....SSSAPPP!!! Berjaya disangkut dan dibawa ke tepi. Masa nak bawak naik tu ada Drama sikit sebab kami takda tangguk (al-maklum tak plan pun nak mancing) tapi atas keberanian Sifoo MENDUKUNG siakap saya naik....Alhamdulillah berjaya diselamatkan. Saya rasa mungkin dekat nak sekilo jugak ikan ni.

Siakap #1

Siakap #2 : Selepas sejam lebih kami memancing menggunakan kaedah casting dan gulung pelan-pelan, tiba giliran joran Ih pula untuk membengkok seakan mahu menjunam ke dalam kolam. Hehehe saya masih ingat lagi dia berkata " Sifoo, tolong sifoo" bila itu ikan sudah dekat di tebing. Alhamdulillah, berjaya juga di naikkan, dan saiznya lebih kasar dari yang sebelumnya. Ini juga adalah siakap pertama yang dilanding oleh Ih. SYABAS!!!!

Ih dgn Siakap #2 melakukan muqadimah "bersama"

Siakap #3 : Berjaya dipancing dan dinaikkan oleh Pak Abu kita setelah 3 jam memancing. Kira gempak la, sebab ini first day dia comeback dalam bidang pemancingan tegar ni. Hehehe mula-mula tu muka Pak Abu ni dah mula memanjang akibat masalah teknikal dengan rod and reel Abu Garcia multiplier baru nya. Nasib baik ada spare set, walaupun cenonet hehehe. Risau jugak saya masa Pak aBu berjuang tu sebab pancingnya kecik, tapi Alhamdulillah, berjaya di naikkan siakap ekor kuning yang jauh lebih kasar dari Siakap #1 and #2. Tengok la muka bangga dia tuh....steady Pak Abu!!!! Masa nak naik ke darat, perambut terputus lak tu!!! Kelam kabut geng dibuatnya hehehe. Nasib baik OK.


Pak Abu, posing muka ketat dengan Siakap #3 nye

Siakap #4 : Ikan laaaast ni sebenarnya dinaikkan 4 hari kemudian tapi di tempat yang sama. Berkat kegigihan dan daya ketahanan telinga Wak Paeng yang kecewa pada trip pertama kami di atas, beliau telah berjaya menaikkan yang TERBESAR pada lebih kurang jam 2 pagi hehehe. Syabas babe, dah naik ikan tu, jangan lupa balik rumah, anak mintak susu, bini mintak apalagi.


Wak Paeng dengan Siakap (#4) dan senyuman yang TERBESAR PUNYAAAA


Itulah dia kisah 4 sahabat dan 1 sifoo, mencabar kolam siakap di Semenyih. Lepas ni cite mancing laut pulak. Tunggu jangan tak tungguuuuuu..................

Berkat, Selamat!!!!
Man Kerapoo, bukan ali bapoo

No comments:

Post a Comment