Showing posts with label port dickson. Show all posts
Showing posts with label port dickson. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Santai Ketam @ Lexis Port Dickson


Salammm semua,

Pada kali ini, blog akan memaparkan aksi-aksi yang lebih tenang dari aksi pemancingan yang tetuan semua lebih biasa hehehehe

Kisah bermula pada waktu cuti panjang baru-baru ini di mana keluarga Che Man telah pergi ke pantai peranginan popular di Port Dickson, Negeri Sembilan, atau orang tempatan kato Potdeksen, Nismilan.  Statusnya sebagai pantai cantik yang terdekat dengan Lembah Kelang, Port Dickson atau PD memang menjadi tumpuan pelancong dan pemancing tegar.  Blog ini juga telah memaparkan PD pada post-post sebelum ini,  check it out :

1.       Legend Water Chalet
2.       Jigging di Teluk Kemang


Tempatnya cantik, kalau nak pergi elok ikut tol Lukut dari tol PD.  Sesampainya ke bilik, Che Man terus memeriksa dan mengusha peluang merendam umpan.

 Day bed tempat lepak
  Boleh usha tahap pasang surut air

Kamera untuk mengambil gambar ikan.  Siapa laaa yang casting ladung tu

Test cast dari bilik sendiri.....hampehhhhh
Brader sebelah pun layan gakkk

Jadi setelah hampeh mengcasting dari anjung bilik, Che Man dan keluarga pun merayau-rayaulah di pesisiran kaki lima sebab hotel ni takda pesisiran pantai.  Jumpa lah seorang brader otai yang memang tegar memancing di situ.


Menurut brader ni, dia memang sebulan sekali mesti check in di Lexis untuk memancing.

Pumpun pasir umpan pilehan

Bebulus dan Ketam hasil yang didapati.  Menurutnya, ikan tak banyak sebab air cetek je sini, tiang je yang tinggi.  Tapi ketam banyak katanya.... Brader ni memang suka melayan ikan-ikan size mini ni. Katanya kalau todak pun best, sebab bila melompat serupa macam mini Marlin. Sukati lu laa braderrr heheheehe
Jadi Che Man pun sudah terfikir, kalau dah ikan kecik kecik camtu cemana nak layan?  Baik layan ketam, sesuatu yang baru dan memang nampak potensi hasil nye.  Jadi Che Man sekeluarga pun pergilah ke pekan PD dan terjumpa kedai ini.


Nasibnya baik kerana bukan sahaja kedai ini menjual perangkap ketam, di situ juga terdapat seorang otai melepak yang senang hati memberi tunjukajar dan khidmat pakarundingnya.  Menurut otai itu, apa-apa umpan pun boleh digunakan seperti ikan atau udang, tapi kepala ayam yang terbaik!!! Sebab tahan lama sikit, katanya. Apa apa jelahhhh pakcikkkk.

Jadi on the way pulang ke hotel, Che Man singgah di kedai runcit dan membeli ikan kembong yang hampir pecah perut.  Perangkap di pasang dan di rendam dari anjung bilik tu.  Setiap 2 jam perangkap di angkat dan diperiksa.


Alhamdulillah!!!! Berhasillll.

Dapat lagi
....dan lagi

Best kan?
Inilah final count nye.  Sebenarnya dapat lebih lagi, tapi beberapa round pertama tu, Che Man tak ikat jaring simpan ketamnya ketat-ketat, so bila air pasang tinggi, ketam-ketam sekolah ni berjaya keluar menyelamatkan diri.

Apa-apa pun, sesampainya di rumah Puan Che Man terus memasak lomak cili api dan ketam-ketam ini selamat bersemadi dalam perut keluarga Che Man selang 3-4 jam sahaja selepas gambar-gambar ini diambil. heheheh apa nak buat, rezekiiii.

Salam semua!!! Ciao dan selamat berpuasa!!!

Wednesday, December 22, 2010

Jenahak Makan Jig @ Port Dickson

Gambar Kerapu makan Jig, bukan Jenahak

Salam all,

Cerita ini berkisar di sekitar dua sahabat, Brader "A" dan Brader "R". Inilah gambar gambar mereka. Kalau nampak familiar je, mungkin ada pembaca yang pernah memancing di kolam Danau Biru dan ternampak mereka. Seorang bertugas di kaunter, yang sorang lagi bertugas di kolam (mancing la tuuu).

Brader A bertugas

Brader R, malu malu konon!!!
Mereka ni sahabat baik sekampung dan kebetulan berkongsi minat mengail yang mendalam, sedalam laut Selat Melaka.

Baru -baru ini mereka telah memulakan aktiviti baru - jigging di sekitar pantai Port Dickson. Memandangkan Port Dickson ni dekat dengan tempat tinggal mereka, trip men"jigging" telah diatur sebulan sekali, mengikut nasihat tekong dan kesesuaian air. Jika ada sesiapa teringin nak jigging di PD, silalah contact dua sekawan ini samada melalui blog ini ataupun terus tegur mereka sendiri di kolam you-know-where.

Jigging ni adalah kaedah menggunakan umpan palsu atau gewang, yang diturunkan ke hampir dasar atau kawasan terumbu karang, lalu digerakkan ke atas dan ke bawah. Gewang yang digerakkan itu akan nampak seolah-olah ikan habuan yang hidup lalu ZASSSS di sambar oleh ikan pemangsa. Berbeza dengan teknik lain seperti menggunakan sesudu atau popper, di mana pergerakan gewang mengikut arah mendatar atau horizontal di dalam air, gewang untuk jigging bergerak ke atas dan ke bawah.

Contoh Jig yang agak pelik, macam itik kan?

Jigging di PD ini memerlukan jig seberat 80 hingga 100 gram serta mata kail yang agak besar. Saiznye? Agak-agak muat mulut kerapu bara tu, kira oklah tuu. Set up peralatan pancing yang sesuai adalah yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu heavy action. Kerana aksi jigging ini memerlukan henjutan joran (bukan henjut lain tau, kang orang lain dalam bot terjun masuk laut hehehe), jadi ianya dilakukan sambil berdiri dalam bot supaya senang dirembat.

Dekat je di persisiran pantai

Trip jigging yang diatur agak selesa. Berlepas dari pantai Teluk Kemang dalam bot fibreglass kecil, yang boleh memuatkan 4 pengail dengan nyaman, pada lebih kurang pukul 9 pagi. Tidak jauh, cuma 30 minit keluar dengan bot, sudah sampai ke destinasi. Mungkin kawasan dalam dengan sepahan terumbu karang, berdasarkan spesis-spesis yang dinaikkan. Laluan perkapalan juga tidak jauh ke hadapan.

Pandangan dari Bot : Rumah Api Tanjung Tuan
Namo ponjajah eh Cape Rachado Lighthouse

Bayangkan laah...berdiri dalam bot yang terbuai-buai mengikut ombak, tongah paneh bak kata orang Nismilan tempatan di PD tu, terhenjut-henjut joran tu hehehe. Tapi bila hasilnya lumayan, pueh hati den!!! Dan nasib baik kawasan pancingan tidak berapa jauh dari pantai; waktu tengah hari panas terlampau, bot ini pulang ke pantai sebentar untuk pengail berehat sambil makan tengah hari. Selepas itu, disambung semula menjigging hingga pukul 7 petang.

Di trip terakhir jigging ini, Brader A dan R telah mendapat pelbagai ikan dengan tahap kepuasan penarikan yang maksimum, contohnye Kerapu, Talang, Baby GT dan Jenahak pun bantai Jig?!!! Malangnya tidak banyak gambar yang dapat dirakamkan kerana aksi jigging memerlukan perhatian sepenuh pemancing dan juga penggunaan kedua-dua tangan. Jadi, nikmatilah apa yang ada ye....

Cantik Jig abang ni, ikan pun chantekkk

Sonyum pueh sampai ko tolingo!!!

Hingga ke lain waktu, Selamat!!!