Showing posts with label jigging. Show all posts
Showing posts with label jigging. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Surf Casting: MORIB dah MAJU

MORIB 2011

Morib 2011 menunjukkan sebuah pantai peranginan yang cantik lagi anggun dengan pelbagai kemudahan awam yang baru serta landskap-landskap buatan manusia, peninggalan manusia dan semulajadi yang menawan.


Peninggalan manusia lama di tepi pantai

Mungkin dah 20 tahun saya tak kesini. Oleh itu terperanjatlah saya melihat pemodenasasi disekitar Morib ini. Terdapat gerai-gerai makan, kedai-kedai menjual layang-layang dan taman-taman tema seperti taman layang-layang sejauh mata memandang.

Kemudahan beribadat umat Islam

Landskap moden 3D

Gerai layang-layang

Bayu laut dan darat yang meniup di Morib menjadikan tempat ini nyaman. Angin-angin ini juga memberi kesempatan kepada pengunjung untuk bermain layang-layang.


Keluarga bersiar-siar

Anak-anak dara bermain kamera di pantai

Jadi, kesimpulannya pantai Morib, Selangor sekarang adalah tempat yang amat sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu. Itulah yang dirancang oleh persatuan memancing 3R dari bandar seri putra, tapi apakan daya... Oleh sebab isteri kapten Onn demam, hanya kaum laki-laki sahaja dari 3R yang pergi mencari rezeki di pantai Morib kali ini... Ikutliah kisah kami, GHURKA TRIP ke Morib...



GHURKA TRIP MORIB 2011

Perjalanan ke Morib dari rumah kami memakan masa 1 jam sahaja mengikut "short cut "yang memakan masa. Kalau ikut "long-cut" (hiway), perjalanan tersebut boleh jadi hanya 45 minit. Ahli team kali ini adalah En. Onn, Mat Fian (distance surf-caster no. 2 Malaya), En. Faris, Tn. Hj. Ikhsan dan diri saya.

Setup

Umpan-umpun-umpun...

5 perkakasan surf casting digunakan sewaktu pancingan yang bermula dari jam 4pm sehingga 7pm. 4 joran 15 kaki, dan 1 joran 10 kaki. Tak ketinggalan juga 1 joran jigging 4 kaki. Ait tinggi dan cukup masin... Power...

Pantai Morib dihiasi joran pantai

Astro-Black 10 Kaki

Balingan 100m dilakukan dengan menggunakan teknik "pendulum", "over head "dan juga "off the ground" untuk menjerat ikan-ikan di Morib. Ikan yang pertama dinaikkan oleh siapa entah, saya pun tak ingat. Tapi ianya adalah sang gelama yang comel.

Ikan pertama En. Faris 2011

Waktu ikan naik adalah sewaktu air sedang masuk. Boleh dikatakan majoriti ikan yang naik adalah gelama. Ada seekor ikan duri. Kalau ada pilihanraya DUN Morib, pasti Parti Gelama yang menang...

Gelama pertama Ih 2011

Ikan cantik yang dinaikkan oleh pemancing team lain di Morib

Gelama di tepi sepatu

JIGGING PANTAI UNTUK GELAMA

Pasukan 3R juga mengetengahkan seorang lagi bakat baru iaitu Tn. Hj. kita. Beliau turun pantai menggunakan setup jigging 4 kaki. Walaupun ketegaran Tn. Hj. tidaklah kuat, namun bila diajak ke Morib, Tn. Hj. tak berdolak dalih untuk turut serta. Tn. Hj. power...

Tn. Hj. Jig Master 2011

Teknik jigging pantai

Setup jigging pantai

Tn. Hj. dengan hasilnya

Dapatlah dibuktikan bahawa ikan-ikan juga bermain sangat berhampiran persisiran pantai Morib dengan naiknya gelama hasil jigging. Disimpulkan bahawa, jika kita jaga alam persekitaran, ianya akan memberi pulangan kepada kita.

GELAMA ASTRO-GARCIA 3R

Hasil di Morib petang semalam adalah 8 ekor gelama kecil-kecil. Ianya disambut baik oleh anak-anak yang menanti kepulangan bapa dari laut.

Gelama dalam "counter-wight"

Profil gelama tutup mulut
Profil gelama ternganga

8 ekor gelama dalam sinki

Menanti kepulangan abah dari laut... Perghhhh...

Gelama Astro-Garcia

Setelah disiang, garam kunyit diaplikasi lebih kurang jam 11 malam. Lepas itu ikan-ikan tersebut disimpan dalam peti sejuk untuk digoreng untuk makan tengah hari esok. Alhamdulillah, sodapnya...

Oleh itu, kepada yang mementingkan masa Q bersama keluarga dan juga memancing, Morib adalah tempatnya...

Wednesday, December 22, 2010

Jenahak Makan Jig @ Port Dickson

Gambar Kerapu makan Jig, bukan Jenahak

Salam all,

Cerita ini berkisar di sekitar dua sahabat, Brader "A" dan Brader "R". Inilah gambar gambar mereka. Kalau nampak familiar je, mungkin ada pembaca yang pernah memancing di kolam Danau Biru dan ternampak mereka. Seorang bertugas di kaunter, yang sorang lagi bertugas di kolam (mancing la tuuu).

Brader A bertugas

Brader R, malu malu konon!!!
Mereka ni sahabat baik sekampung dan kebetulan berkongsi minat mengail yang mendalam, sedalam laut Selat Melaka.

Baru -baru ini mereka telah memulakan aktiviti baru - jigging di sekitar pantai Port Dickson. Memandangkan Port Dickson ni dekat dengan tempat tinggal mereka, trip men"jigging" telah diatur sebulan sekali, mengikut nasihat tekong dan kesesuaian air. Jika ada sesiapa teringin nak jigging di PD, silalah contact dua sekawan ini samada melalui blog ini ataupun terus tegur mereka sendiri di kolam you-know-where.

Jigging ni adalah kaedah menggunakan umpan palsu atau gewang, yang diturunkan ke hampir dasar atau kawasan terumbu karang, lalu digerakkan ke atas dan ke bawah. Gewang yang digerakkan itu akan nampak seolah-olah ikan habuan yang hidup lalu ZASSSS di sambar oleh ikan pemangsa. Berbeza dengan teknik lain seperti menggunakan sesudu atau popper, di mana pergerakan gewang mengikut arah mendatar atau horizontal di dalam air, gewang untuk jigging bergerak ke atas dan ke bawah.

Contoh Jig yang agak pelik, macam itik kan?

Jigging di PD ini memerlukan jig seberat 80 hingga 100 gram serta mata kail yang agak besar. Saiznye? Agak-agak muat mulut kerapu bara tu, kira oklah tuu. Set up peralatan pancing yang sesuai adalah yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu heavy action. Kerana aksi jigging ini memerlukan henjutan joran (bukan henjut lain tau, kang orang lain dalam bot terjun masuk laut hehehe), jadi ianya dilakukan sambil berdiri dalam bot supaya senang dirembat.

Dekat je di persisiran pantai

Trip jigging yang diatur agak selesa. Berlepas dari pantai Teluk Kemang dalam bot fibreglass kecil, yang boleh memuatkan 4 pengail dengan nyaman, pada lebih kurang pukul 9 pagi. Tidak jauh, cuma 30 minit keluar dengan bot, sudah sampai ke destinasi. Mungkin kawasan dalam dengan sepahan terumbu karang, berdasarkan spesis-spesis yang dinaikkan. Laluan perkapalan juga tidak jauh ke hadapan.

Pandangan dari Bot : Rumah Api Tanjung Tuan
Namo ponjajah eh Cape Rachado Lighthouse

Bayangkan laah...berdiri dalam bot yang terbuai-buai mengikut ombak, tongah paneh bak kata orang Nismilan tempatan di PD tu, terhenjut-henjut joran tu hehehe. Tapi bila hasilnya lumayan, pueh hati den!!! Dan nasib baik kawasan pancingan tidak berapa jauh dari pantai; waktu tengah hari panas terlampau, bot ini pulang ke pantai sebentar untuk pengail berehat sambil makan tengah hari. Selepas itu, disambung semula menjigging hingga pukul 7 petang.

Di trip terakhir jigging ini, Brader A dan R telah mendapat pelbagai ikan dengan tahap kepuasan penarikan yang maksimum, contohnye Kerapu, Talang, Baby GT dan Jenahak pun bantai Jig?!!! Malangnya tidak banyak gambar yang dapat dirakamkan kerana aksi jigging memerlukan perhatian sepenuh pemancing dan juga penggunaan kedua-dua tangan. Jadi, nikmatilah apa yang ada ye....

Cantik Jig abang ni, ikan pun chantekkk

Sonyum pueh sampai ko tolingo!!!

Hingga ke lain waktu, Selamat!!!