Showing posts with label memancing. Show all posts
Showing posts with label memancing. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Mitos/Khurafat di kalangan pemancing...

Salam hormat para pembaca yang budiman. Hari ini GUERILLAFISHAN nak membetulkan pemahaman songsang yang menular macam api dalam sekam. Yang sedihnya ianya menular dalam fikiran pemancing Melayu/Islam kita.

1. Memancing di waktu isteri mengandung akan mencacatkan anak.
2. Langkah joran tak dapat ikan.

Hari ini kita tengok yang nombor 1 tu saja. Yang nombor 2 tu memang kompom la ngarut. Bass Masters 2010 punya pemenang tu siap bawak berbatang2 rod lagi. Siap campak2 atas bot je dan siap langkah2 rod2 dia, siap boleh menang BASS MASTERS 2010 dan hadiah wang tunai USD50,000... Apa cerita?

Berbalik pada khurafat nombor 1 tadi...

Peeeeeraaaah!!! Habis, nelayan amacam? 9 bulan gantung pukat? Lagi satu sebab kami berkata Peeeeeraaaah!!! ialah kerana dengan limpah kurnia-Nya, ada orang yang waktu isterinya mengandung, mancing lagi sakan dan anaknya keluar tanpa cacat cela. Kami berkata Peeeeeraaaah!!! bukan berniat nak berlagak sombong, tapi kami berkata Peeeeeraaaah!!! atas bukti-bukti yang kukuh... Ikut fitrah pun tiada kaitan memancing dan anak cacat. Mungkin sebab takut sebab isteri yang mengandung bile2 boleh terjadi apa-apa, jadi keluarlah mitos ini. Tapi kalo iye pon nak suruh slow down sikit mancing, janganlah menabur cerita tak masuk akal macam ni dalam masyarakat pemancing. Ramai yang tak bagi aku mancing baru2 ni sebab takut anak aku cacat. Tapi Alhamdulillah, 6.9.2011, yang maha Pemurah mengurniakan anak lelaki yang tak cacat lagi hensem kepada kami sekeluarga... Ni ha gambarnya...

Read bin Izhal di pegang dek Mak Chak...

Jadi, pelan-pelan kita kena kikis khurafat-khurafat dari hati kita. Demi siapa? Demi kita sendiri le... Secara tak langsung, tekanan sosial ke atas para pemancing yang isterinya berbadan dua akan lenyap...

Hamdan Garcia calling sebarau...

Hamdan Garcia tarik jeng jeng jeng...

-ih-

Thursday, June 3, 2010

Musim Majal Berpanjangan : Coffee Village

Salam semua,

Saya dah tulis panjang lebar sebelum ni tapi komputer ni tiba-tiba kasi padam semua. Mungkin sebab saya curi tulang masa kerja kot...hmmmmmmmmm. Jadi sekarang saya sudah malas nak cite panjang, bagi butiran-butiran yang penting saja....jangan marahhhh.



Anyway, kolam air tawar Coffee Village ni terletak on the way ke Desa Pinggiran Putra atau Putrajaya melalui Sungai Merab Dalam / Teras Jernang.

Partner fishan saya, Dr Ih, memiliki PhD dalam bahasa ikan, sedang memujuk...

Terdapat 3 restoran/kedai makan disekelilingnya. Yang tak best, ia bising sebab ada KARAOKE sumbangsih di restoran-restoran ini. Kalau nak mancing, kena pakai ear-plug atau kurang-kurang pun sumbat kapas macam cite Seniman Bujang Lapuk.

Setup Shimano dan rod Udang saya....maksimum lengkungan action

Gaya Seorang Pemancing, Spek Bi-polar Rapala tuuuuu...jgn main-main

Kolam ni ok, dekat dan murah tapi kami belum dapat menaikkan Patin monster yang dikatakan menghuni kolam ini. Nanti kita try....

Ok gang, selamat!!!!

Musim Majal Berpanjangan : LS Pulau Carey

Salam semua,

Mungkin pengikut setia blog ini (ada la 7 org kot) tertanya-tanya, mana pegi gorila-gorila ni semua? Tak mancing ke? Takkan tak mancing kottt.....
Jawapannya bisa membawa kesedihan ataupun sekurang-kurangnya jelingan tajam dan asap dari telinga....bukan tak mancing...Ikan Gergasi yg diidam dan sasarkan TAK NAIK!!!! Inilah erti MAJAL BERPANJANGAN.

Dalam masa 2 minggu ini, geng Guerilla Fishan telah mencuba 2 kolam baru...satu kolam memang almost Brand New manakala satu lagi baru diubahsuai....ini lah ceritanye....


KOLAM MEMANCING LS PULAU CAREY : KOLAM MONSTER kononnye....

Kolam Baru ini bersebelahan dengan Kolam yang kami dah biasa pergi (sini citenye) dan kami juga hadir pada pembukaannya 2 minggu sebelum, tapi cuma sebagai pemerhati PBB sebab kami dah masuk kolam yang satu lagi. Menurut info SMS yang diterima dari towkay kolam itu sendiri, macam-macam ikan laut berskala 3kg ke atas ada dalam kolam baru tu...katanyeee. Harga pun berskala kasar jugak, RM40 sejam....double harga kolam yang lama tu.

Rod Rapala 7' kembali beraksi di Kolam Monster, setelah cuti sabatikal panjang
Jadi kami pun mengambil keputusan untuk cuba. Pada hari pembukaan pertama 2 minggu lepas, galak pengail-pengail semua menarik dan membawak naik ikan yg agak monster. Tapi itu cuma jam pertama, lepas tu agak sepi...jadi kami bertekad untuk masuk awal pada pembukaan kedua itu.

Pagi-pagi masa baru sampai...memang penuh senyuman
Pagi itu, hujan lebat. Sebenarnya dari malam sebelum dah hujan lebat, ketika kami berkumpul mengikat perambut dan mata kail. Semua persiapan perlu dibuat hari sebelumnya, kerana kami memang CONFOM nak masuk awal.

Menikmati Milo panas memang syiok
Sesampainya di situ, dah ramai pemancing tegar yang sedang duduk-duduk berkumpul sambil membuat persiapan masing-masing. Tapi disebabkan kami dah siap malam sebelumnya, kami selamba parking joran dan beratur betul-betul depan pintu kolam itu...tunggu masa je hehehehe.


Video pelepasan ikan. Saksikan letupan percikan air di sekeliling pekerja kolam ini akibat pemancing tegar yg tak sabor sabor hehehe




Brader lepak sebelah kitorang. Main pelampung, casting manjang langgar tali orang...potong!!!

Hasilnya : Jangankan ikan naik, sondol-sondol tali pun takda..... Orang lain ada jugak dapat, tapi tak berskala seperti yang digembar-gemburkan. Jadi kolam ini akan DIPANGKAH (buat sementara waktu je...:P)

Akhirkata, bila dah takda rezeki tu, memanglah takda rezeki. Cubalah sedaya upaya pakai mata 3,4,5 atau mata bom atom sekalipun, tak dapat dilawan takdir. Hehehe mungkin kitorang kena cari hobi sampingan yang lain kot....MUNGKIN TIDAKKKKK!!!

Salam,
Man Kertang Kertung