Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Pelian Terlarang PART II

Salam hormat pemancing-pemancing tegar yang bertali tegang!!! Inilah dia 8 video dari Sungai Babagon tempat pelian terlarang hidup.


Video 1: Pemandangan dari titi gantung.

Kalo rajin play video titi gantung. Boleh tengok tabiat ikan pelian kena " burley " sampai memutuskan perambut... kalo gayat tak yah tengok sebab video ni tinggi tempat shooting dia...



Video 2: Spey Master Baiter

Video 2 ni pulak menunjukkan aksi mat Spey tangkap ikan guna Fly. Mat ambik gambar tu kecoh betul tapi tak pe... Ikan pelian terlarang dapat!!! Alhamdulillah...


Video 3: Pelian jadian

Video 3 ni pulak paling menarik. Namanya pelian jadian. Ia menunjukkan ilmu penukaran manusia menjadi ikan. Dah syok sangat mancing sampai nak jadi ikan pulak Pak Abu Garcia ni. Dia nak rasa kena spey satu kali... Nasib baik ilmu dia tak jadi, kalo tak dah kena Spey, bakar dan makanla Pak Abu kita ni...



Video 4: Pelian Bakar Spey Master

Video 4 ni paling sesuai untuk chef-chef dan ibu-ibu yang ingin tahu tektik terbaru masak pelian. Nama masakannya Pelian Spey Bakar. Bahannya senang:

1. Spey rod-1 batang
2. Pellet fly-1 biji
3. Tali spey-1 gulung
4. Kekili spey-1 buah
5. Tali pembelakang-200 meter

Cara masak, tangkap ikan dulu pakai alat-alat di atas. Kalo dapat siang ikan dan peram sekejap menggunakan limau nipis. Lepas tu bakar atas api yang dinyalakan menggunakan api dalam kuali.



Video 5: Pelian ultra light

Video 5 pulak menunjukkan tatacara memancing ikan pelian menggunakan set spinning ultra light yang terdiri daripada...

1. Seluar tight fit kaw2 rock kapak.
2. Baju kemeja putih.
3. Spek mata.
4. Set pancing ultra light.

Hasilnya memang pelian la kalo kat sungai ni...



Video 6: Urutan Pelian Terlarang

Video 6 ni sesuai untuk peminat-peminat urut kehaiwanan. Urutan menggunakan pelian ni pasti menggembirakan...



Video 7: Mat Lucut

Video 7 ni menunjukkan seorang promemancing pelian. Lepas dapat dia menggunakan teknik celup balik sebelum lepas...


Video 8: Double Hookers. Satu hooker spinning satu hooker fly. Pertama dalam dunia!!!

Video 8 ialah kemuncak semua video memancing kali ini. Kami baru sampai kat lubuk paling terlarang. Kalo lesen tak bosar tak dapat masuk lubuk ni. Belum pernah di buat dek orang aksi cam ni... Double hook up, satu spinning satu fly... Kalo mat surf ngan mat jigging ada pun okay, boleh bikin empat hook up atau lebih dikenali dengan nama Pak Aji Kawin Ampat...

Jadi kalo tak kerna Man Toman, tak mungkin video-video hebat ni dapat disaksikan dek dunia. Walaupun Pak Abu paling kecoh pakai ipad, Man Tomanlah orang paling IT dalam kumpulan kita ni... Terima kasih Man Toman...

Woops, jangan lupa bahagian terakhir Pelian Terlarang... Akan datang bila dia datang...

-ih-

Friday, January 21, 2011

Surf Casting: MORIB dah MAJU

MORIB 2011

Morib 2011 menunjukkan sebuah pantai peranginan yang cantik lagi anggun dengan pelbagai kemudahan awam yang baru serta landskap-landskap buatan manusia, peninggalan manusia dan semulajadi yang menawan.


Peninggalan manusia lama di tepi pantai

Mungkin dah 20 tahun saya tak kesini. Oleh itu terperanjatlah saya melihat pemodenasasi disekitar Morib ini. Terdapat gerai-gerai makan, kedai-kedai menjual layang-layang dan taman-taman tema seperti taman layang-layang sejauh mata memandang.

Kemudahan beribadat umat Islam

Landskap moden 3D

Gerai layang-layang

Bayu laut dan darat yang meniup di Morib menjadikan tempat ini nyaman. Angin-angin ini juga memberi kesempatan kepada pengunjung untuk bermain layang-layang.


Keluarga bersiar-siar

Anak-anak dara bermain kamera di pantai

Jadi, kesimpulannya pantai Morib, Selangor sekarang adalah tempat yang amat sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu. Itulah yang dirancang oleh persatuan memancing 3R dari bandar seri putra, tapi apakan daya... Oleh sebab isteri kapten Onn demam, hanya kaum laki-laki sahaja dari 3R yang pergi mencari rezeki di pantai Morib kali ini... Ikutliah kisah kami, GHURKA TRIP ke Morib...



GHURKA TRIP MORIB 2011

Perjalanan ke Morib dari rumah kami memakan masa 1 jam sahaja mengikut "short cut "yang memakan masa. Kalau ikut "long-cut" (hiway), perjalanan tersebut boleh jadi hanya 45 minit. Ahli team kali ini adalah En. Onn, Mat Fian (distance surf-caster no. 2 Malaya), En. Faris, Tn. Hj. Ikhsan dan diri saya.

Setup

Umpan-umpun-umpun...

5 perkakasan surf casting digunakan sewaktu pancingan yang bermula dari jam 4pm sehingga 7pm. 4 joran 15 kaki, dan 1 joran 10 kaki. Tak ketinggalan juga 1 joran jigging 4 kaki. Ait tinggi dan cukup masin... Power...

Pantai Morib dihiasi joran pantai

Astro-Black 10 Kaki

Balingan 100m dilakukan dengan menggunakan teknik "pendulum", "over head "dan juga "off the ground" untuk menjerat ikan-ikan di Morib. Ikan yang pertama dinaikkan oleh siapa entah, saya pun tak ingat. Tapi ianya adalah sang gelama yang comel.

Ikan pertama En. Faris 2011

Waktu ikan naik adalah sewaktu air sedang masuk. Boleh dikatakan majoriti ikan yang naik adalah gelama. Ada seekor ikan duri. Kalau ada pilihanraya DUN Morib, pasti Parti Gelama yang menang...

Gelama pertama Ih 2011

Ikan cantik yang dinaikkan oleh pemancing team lain di Morib

Gelama di tepi sepatu

JIGGING PANTAI UNTUK GELAMA

Pasukan 3R juga mengetengahkan seorang lagi bakat baru iaitu Tn. Hj. kita. Beliau turun pantai menggunakan setup jigging 4 kaki. Walaupun ketegaran Tn. Hj. tidaklah kuat, namun bila diajak ke Morib, Tn. Hj. tak berdolak dalih untuk turut serta. Tn. Hj. power...

Tn. Hj. Jig Master 2011

Teknik jigging pantai

Setup jigging pantai

Tn. Hj. dengan hasilnya

Dapatlah dibuktikan bahawa ikan-ikan juga bermain sangat berhampiran persisiran pantai Morib dengan naiknya gelama hasil jigging. Disimpulkan bahawa, jika kita jaga alam persekitaran, ianya akan memberi pulangan kepada kita.

GELAMA ASTRO-GARCIA 3R

Hasil di Morib petang semalam adalah 8 ekor gelama kecil-kecil. Ianya disambut baik oleh anak-anak yang menanti kepulangan bapa dari laut.

Gelama dalam "counter-wight"

Profil gelama tutup mulut
Profil gelama ternganga

8 ekor gelama dalam sinki

Menanti kepulangan abah dari laut... Perghhhh...

Gelama Astro-Garcia

Setelah disiang, garam kunyit diaplikasi lebih kurang jam 11 malam. Lepas itu ikan-ikan tersebut disimpan dalam peti sejuk untuk digoreng untuk makan tengah hari esok. Alhamdulillah, sodapnya...

Oleh itu, kepada yang mementingkan masa Q bersama keluarga dan juga memancing, Morib adalah tempatnya...

Thursday, December 16, 2010

Fly Fishing Lampam dan Kalui

geng fly-fat wrap, cengkerik, nenimfa dan adams irresistable kalkatu

Petang tadi saya berkesempatan membawa geng fly ke tasik di serdang. Memang pasang niat nak try tangkap ikan lampam. Ikan lampam ni biasanya dibuat umpan kalo memancing jenahak. Umpan untuk memancing lampam ni biasanya orang pakai cacing atau cengkerik... Tapi guna fly jenis nenimfa atau jentik-jentik pun okay... Bila dah naik, lampam ni memancutkan air putih keluar dari kemaluannya... stim lebih kot dia...

Lampam remaja...

Ramuan nenimfa ni adalah bulu merak, bulu angsa dan bulu pheasent... Mata kail pakai mestilah kecil sebab mulut si lampam ni kecil...

Yang hitam2 tu fly nenimfa...

Sekor lagi ikan yang makan nenimfa ni adalah ikan kalui... Cara main nenimfa untuk kedua-dua jenis ikan ni sama saja. Campak dan tarik sederhana slow, sederhana laju atau slow and steady... Biar nenimfa ni berenang kat bawak permukaan air...

Anak kalui telan nenimfa...

Jika dibandingkan syok tarik antara lampam dan kalui, syiok lagi kalui. Kalui ni pertama kali saya dapat, mata dia kuning... Mulut kecil... Mula2 saya ingat sepat, tapi nasib baik fahaman sesat saya dibetulkan oleh seorang lagi pemancing yang berada di sinun...

Adams irresistable kalkatu fly...

Adams irresistable adalah sejenis fly mat saleh. Tapi boleh dimodify bagi sayap dia panjang lebih... Nampak macam kalkatu... Nak bikin ni pakai bulu ayam, bulu rusa dan bulu burung pheasent... Juga dicuba untuk menangkap lampam, tapi tak dapat...