Showing posts with label fly fishing. Show all posts
Showing posts with label fly fishing. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Main Bulu

Assalamualikum dan Salam Siakap buat rakan2 pemancing dan pembaca blog samada yang memancing atau tidak... Harini biar hamba cerita kisah main bulu dapat ikan...

Umpan Clouser Minnow

Gambar atas tu lah bulu yang dimaksudkan... Bulu ni kita ikat kat mata kail bersama2 pemberat. Jadi bila kita baling dalam ayaq dia tenggelam, bila tarik dia meloncat macam anak ikan nak ko...

Selfie mat bulu

Lepas tu tauk la bulu dalam kolam 3RM di Jugra... Buat aktiviti "casting" macam biasa... Sabar dan sat lagi...

Rod bengkok...

Rod bengkok jugak...

Ikan pemangsa predator bahaya gigi tajam (kecuali Siakap) memang tak  tahan tengok bulu... tuk tuk tuk dia ketuk... Zassssssss dia sambaq!

 Siakap kena bulu

 
 Budak-budak main bulu...

Tengok tuan-tuan... Budak2 pun pandai main bulu bawak naik Jenahak... Jadi marilah cuba main bulu...

 Bulu lekat dalam mulut...

Alhamdulillah, Jenahak 2 ekoq, MJ malu dok belakang Jenahak sekoq...

Lepas ni harap2 tuan-tuan mainlah bulu yang betul... Bukan bulu ketiak atau janggut yang sejemput tu... Mainlah bulu rusa dan bulu burung untuk bengkokkan rod...

Sekian,
wasalam

Friday, November 18, 2011

Pelian Terlarang PART FINALE

Wahzap pemancing2 yang tak dapek kluar mancing. Dapat baca blog ni pon kira mancing la kannnn... heheh...

ulat-ulat dan pelet-pelet tiruan

Ini kali kami mau cerite bahagian terakhir lawatan ke Sg. Moyog di Kampong Babagon, Penampang, Sabah. Sambongan dari cerite Pelian Terpalarang Part I dan Part II. Ini kali, kita mau tunjuk sama kamu semua gambar2 umpan layang yang dibawak dan yang paling sesuai dan jugak gambar2 ikan pelian yang kuat, sedap lagi cantik...

fly-fly guerilla fishan

Kalo ikut teori, ikan kelah ni boleh digoda dengan menggunakan ulat-ulat tiruan yang digelar "stonefly". Dia memang akan baham punya ulat pancing layang jenis ni sebab memang makanan dia. Tapi di Sg. Moyog ni lain sikit sebab kelah dia ni kira separa liar. Pellet fly warna oren tu pon dia mamam. Ni buktinya...

Kelah pertama dalam sejarah hidup gua dapat

Kelah2 ni jadi macam ni sebab diajar dek orang untuk makan pellet. Jadi bila mancing kat Sg. Moyog ni, pemandu pemancing (fishing guide) akan burley dengan pellet betol. Bila kelah mula menangkap, campakkan pellet fly sekali. Teros bengkok le rod. Pellet fly paling mujarab kat sini diperbuat dari selipar yang dipotong bulat kecil2 dan disangkut pada matakail. Depa panggil Selipar Fly.

Selipar Fly

Pelian makan Selipar

Memang menjadi2 sampai sehari 15 hingga 25 pekor pelian sorang boleh tarik. Tapi mengikut kata Bapak William, ada juga pemancing yang datang sekor pon tak dapat... Alhamdulillah masa kami pi, menjadi2. Jadi bila dah menjadi2, tergantunglah ikan kelah ni pada perambut-perambut kami.

Pelian tergantung

Pak Abu gantung pelian

Pelian nak jadi batu lastik...

Tapi kalo nak amik gambar gantung-gantung pelian ni, kita kena spey dia dulu la. Inilah yang nak ditunjukkan dek Pak Abu Ya, penangkapan pelian menggunakan Spey. Kat Sg. Moyog ni, Pak Abu la nombor 2 paling hebat main Spey. Nombor 1 hebat, tak lain dan tak bukan, member dia la.

Pak Abu Ya Spey

Selain sang pelian, ikan talapia pon boleh termakan umpan2 kami. Ikan lampam pun ada tapi gambar tak ada.

Talapia Sg. Moyog

Walaubagaimanapun, tak bleh nak lawan la kepoweran pelian-pelian sini. Kelah emas banyak betol. Macam jongkong emas yang hidup... Tak percaya nengok je le...

Emas 916
Emas 999

Emas dalam net

Pelombong emas

Ikan kelah ni first time la saya makan. Sedap! Sampai ke sisik dia pon kita boleh makan. Kat Sg. Moyog ni kalo dapat ikan kelah dan nak makan, kena timbang la geng. RM60/kg. Tapi disebabkan kami ni diberi penghormatan tertinggi, Pak William dan Pak Paulus bagi kami 2 ekor free untuk dirasa. Tak sangka rezeki yang Maha Pemurah nak bagi. Pergh!!! Sodap!!!

Makan tengah hari

Kelah, kelah dan talapia bakar atas api dalam kuali

Kelah bakaq

Terima kasih banyak2lah Pak William dan Pak Paulus yang sengaja nak menjamu kami ni. Untuk kenang-kenangan, kami simpan la satu sisik ikan pelian terlarang.

Sisik kelah emas Sg. Moyog

Jadi nasehat dari kami. Kalo tuan-puan pemancing yang budiman pi Sabah kat area Kota Kinabalu, pi la melawat Sg. Moyog di Kampong Babagon di daerah Penampang. Sehari mancing depa charge RM60 ke RM75. Kami pon tak bleh ingat sangat. Ongkos tu pulak digunakan untuk menjaga Sg. Moyog. Jadi, jadilah pemancing yang bijaksana, lawatlah Sg. Moyog dengan membawak umpan Pellet Fly!!!

Tuesday, October 25, 2011

Pelian Terlarang PART II

Salam hormat pemancing-pemancing tegar yang bertali tegang!!! Inilah dia 8 video dari Sungai Babagon tempat pelian terlarang hidup.


Video 1: Pemandangan dari titi gantung.

Kalo rajin play video titi gantung. Boleh tengok tabiat ikan pelian kena " burley " sampai memutuskan perambut... kalo gayat tak yah tengok sebab video ni tinggi tempat shooting dia...



Video 2: Spey Master Baiter

Video 2 ni pulak menunjukkan aksi mat Spey tangkap ikan guna Fly. Mat ambik gambar tu kecoh betul tapi tak pe... Ikan pelian terlarang dapat!!! Alhamdulillah...


Video 3: Pelian jadian

Video 3 ni pulak paling menarik. Namanya pelian jadian. Ia menunjukkan ilmu penukaran manusia menjadi ikan. Dah syok sangat mancing sampai nak jadi ikan pulak Pak Abu Garcia ni. Dia nak rasa kena spey satu kali... Nasib baik ilmu dia tak jadi, kalo tak dah kena Spey, bakar dan makanla Pak Abu kita ni...



Video 4: Pelian Bakar Spey Master

Video 4 ni paling sesuai untuk chef-chef dan ibu-ibu yang ingin tahu tektik terbaru masak pelian. Nama masakannya Pelian Spey Bakar. Bahannya senang:

1. Spey rod-1 batang
2. Pellet fly-1 biji
3. Tali spey-1 gulung
4. Kekili spey-1 buah
5. Tali pembelakang-200 meter

Cara masak, tangkap ikan dulu pakai alat-alat di atas. Kalo dapat siang ikan dan peram sekejap menggunakan limau nipis. Lepas tu bakar atas api yang dinyalakan menggunakan api dalam kuali.



Video 5: Pelian ultra light

Video 5 pulak menunjukkan tatacara memancing ikan pelian menggunakan set spinning ultra light yang terdiri daripada...

1. Seluar tight fit kaw2 rock kapak.
2. Baju kemeja putih.
3. Spek mata.
4. Set pancing ultra light.

Hasilnya memang pelian la kalo kat sungai ni...



Video 6: Urutan Pelian Terlarang

Video 6 ni sesuai untuk peminat-peminat urut kehaiwanan. Urutan menggunakan pelian ni pasti menggembirakan...



Video 7: Mat Lucut

Video 7 ni menunjukkan seorang promemancing pelian. Lepas dapat dia menggunakan teknik celup balik sebelum lepas...


Video 8: Double Hookers. Satu hooker spinning satu hooker fly. Pertama dalam dunia!!!

Video 8 ialah kemuncak semua video memancing kali ini. Kami baru sampai kat lubuk paling terlarang. Kalo lesen tak bosar tak dapat masuk lubuk ni. Belum pernah di buat dek orang aksi cam ni... Double hook up, satu spinning satu fly... Kalo mat surf ngan mat jigging ada pun okay, boleh bikin empat hook up atau lebih dikenali dengan nama Pak Aji Kawin Ampat...

Jadi kalo tak kerna Man Toman, tak mungkin video-video hebat ni dapat disaksikan dek dunia. Walaupun Pak Abu paling kecoh pakai ipad, Man Tomanlah orang paling IT dalam kumpulan kita ni... Terima kasih Man Toman...

Woops, jangan lupa bahagian terakhir Pelian Terlarang... Akan datang bila dia datang...

-ih-

Tuesday, September 6, 2011

Selamat hari raya, jangan buat umpan ni

Salam Eid Mubarak 1432H. Kami dari pihak guerillafishan ingin menyusun sepuluh joran untuk meminta maaf kepada pembaca jika penulisan kami ada mengguris hati anda sekalian. Kami juga tak lupa untuk meminta maaf kepada ikan-ikan yang kami tangkap, lucut, gelakkan, siang, buat umpan, ejek, marah dan macam-macam lagi...

Kali ni geng gorilla nak tunjuk satu umpan yang tak patut dibuat sebab tak dapat ikan... Ikan makan tapi dia pagut-pagut je. Umpan ni timbul bila SpeyMaster Hamdan Garcia ajak saya mancing di tengah hari mambang bulan Ramadhan 1432H ni. Sampai2 saja kat kolam, dia kenching saya sebab dia tak mancing. Dia kenching pun sebab haritu panas kaw2 punya jadi orang kebanyakan tak larat nak mancing. Jadi saya maafkan pengenchingan dia sempena hari raya ni...

Berbalik kepada umpan terbaru kami, namanya ialah LELAYANG BUNJUT SEBENAR. Tatacara mengikatnya adalah seperti berikut.

1. Sediakan gunting, makanan ikan (pallet) dan kain perca dan susun macam dalam gambar ni. Kain perca ni kita bleh amik dari bunga telor orang kawin. Pallet ni kita bleh amik kat rumah En. Onn. Gunting ni kita bleh amik kat kedai la...

2. Mulakan lilitan benang pada matakail.

3. Bunjutkan pallet ke dalam kain perca dan ikat kuat.

4. Potong ujung bunjut, gamkan di bahagian ikatan.

Beberapa lelayang bunjut sebenar

Jadi itulah cara nak buat fly bunjut sebenar yang di cuba meniru pallet fly. heheh... Ikan targetnya adalah PACU di Danau Biru. Dah baling rendam baling rendam, lama-lama pallet tu keluar ikut celah-celah kain perca... heheh...

Ideanya adalah untuk membuat umpan lelayang yang ada bau sedap... Ideanya juga adalah untuk buat umpan lelayang yang kita boleh layan "bottom". heheh... hancusss... Mungkin kena perbaiki lagi baru bleh okay...

Semoga aktiviti memancing tuan-puan menjadi2 di bulan Syawal ni... AMIN...

-ih-

Monday, August 15, 2011

Lelayang Batu Ramadhan Bersulam

Salam sejahtera semua. Diharap di hari baik bulan baik ini anda semua dalam keadaan baik.

Aktiviti mancing di bulan ramadhan ni biasalah, slow skit. Kalo nak digagahkan cam biasa pun tarak guna, baik ibadat lebih. Lagipun panas. Jadi kalo kita ni kaki pancing layang tak pon kaki spey Malaya, bolehlah kita buat persediaan untuk menyambut syawal dengan membuat umpan lelayang... Kali ni kami di GuerillaFishan berkesempatan membuat lelayang WOVEN STONE FLY yang kekadang orang putih panggil BRAIDED STONE FLY. Kami pun dapat ilham ni dari internet...

Sementara takde benda baik yang nak dibuat, tengoklah gambar di bawah dengan baik-baik nooo...

1. Letak manik 'tungsten' dan lilit dawai timah 10 lilitan.

2. Lilit dawai timah 5 lilitan lagi di atas 10 lilian tadi.

3. Kuatkan kedudukan dawai timah dan manik dengan ikatan benang.

4. Ikatkan ekor dari bulu ayam belanda (gunakan satu bebola untuk memastikan ekornya mencapah) dan lilitkan benang ke hadapan.

5. Ikatkan 2 benang sulaman berwarna lain di hadapan lilitan dawai. Kami gunakan benang coklat di sebelah kiri dan benang hitam di sebelah kanan.

6. Ikatkan benang-benang tersebut di sisi lilitan dawai hingga ke ekor dan lilitkan benang ikatan putih ke bahagian hadapan lilitan dawai. Matikan ikatan benang putih dan potong dulu untuk memudahkan kerja-kerja menyulam. Perhatikan benang coklat di sebelah kiri dan benag hitam di sebelah kanan.

7. Simpulkan kedua-dua benang di bawah matakail.

8. Tarik simpulan supaya benang coklat duduk di sebelah kanan pula.

9. Simpulkan kedua-dua benang di sebelah atas matakail pula.

10. Tarik simpulan supaya benang coklat berada di sebelah kiri dan benang hitam di sebelah kanan seperti kedudukan asalnya.

11. Sulamkan benang-benang tersebut dengan benang coklat di atas matakail dan benang hitam di bawah matakail. Masukkan hujung benang coklat ke dalam gelung benang hitam melalui atasnya. Masukkan hujung benang hitam ke dalam gelung benang cokelat melalui bawahnya.

12. Tarik agar sulaman kemas. Sekarang perhatikan bahawa benang coklat berada di sebelah kanan.

13. Sulamkan benang-benang tersebut dengan benang coklat di atas matakan dan benang hitam di bawah matakail. Masukkan hujung benang coklat ke dalam gelung benang hitam melalui atasnya. Masukkan hujung benang hitam ke dalam gelung benang cokelat melalui bawahnya.

14. Tarik agar sulaman kemas. Sekarang perhatikan bahawa benang coklat berada di sebelah kiri.

15. Ulang langkah 11 hingga 14 sehingga kesemua dawai disaluti oleh sulaman benang coklat dan hitam seperti dalam gambar ini.

16. Lilitkan benang coklat dari hujung dawai ke hujung manik dengan melawan arah jam.

17. Lilitkan benang hitam di atas benang coklat dari hujung dawai ke hujung manik dengan mengikut arah jam.

18. Simpulan benang-benang terssebut dibawah matakail berhampiran dengan manik.

19. Gunting benang-benang sulaman yang berlebihan.

20. Ikatkan benang pengikat lelayang putih tadi dengan kuat di atas badan lelayang.

21. Ikatkan "razor foam" iaitu "foam" yang tebalnya 0.5mm di atas badan lelayang.

22. Lilitkan cebisan-cebisan serat di atas "razor foam". Proses ini dipanggil "dubbing" dalam bagasa inggeris.

23. Ikatkan 2 helai bulu ayam belanda supaya berbentuk huruf "X" dan lilitkan bulu-bulu tersebut dengan teknik "dubbing" agar benang putih tersorok.

24. Ikatkan sepasang kaki getah ("silly/rubber legs") di kiri dan kanan lelayang, lilitkan "dubbing" lagi dan tarik "razor foam" ke belakang manik serta ikatkan dengan kuat.

25. Lipatkan "razor foam" ke belakang dan ikatkan lebih kurang 3mm "razor foam" tersebut di belakang manik. Ini adalah untuk memasikan "razor foam" tidak terlucut sewaktu memancing.

26. Matikan ikatan benang putih di belakang manik dan potong lebihan "razor foam" Siaplah lelayang batu ramadhan bersulam anda. Oh! jangan lupa potong sikit kaki hadapan dan belakang lelayang ini agar ianya tak melekat pada cangkuk matakail sewaktu memancing...

Ni ha beberapa ekor lelayang WOVEN STONE FLY di Guerilla Fishan...

Perhatikan yang bahagian atas badannya berwana coklat dan bahagian bawahnya berwarna hitam. Ini terjadi sebab kita sentiasa memastikan benang coklat berada di atas matakail sewaktu proses menyulam (langkah 11 dan 13). Kalo tuan-tuan nak atas hitam dan bawah coklat, waktu menyulam tu pastikan benang hitam berada di atas matakail. Semoga faman...

Badan ulat bersulam tanpa manik...

Hasil-hasil ikatan...
Macam-macam warna boleh dibikin oleh krew Guerilla Fishan...

Semua ni dibuat agar Guerilla Fishan dapat menangkap PELIAN/KELAH di kemudian hari. AMIN YARABBAL AL-AMIN... Selamat berpuasa!!!

-ih-