Showing posts with label Profile Kolam. Show all posts
Showing posts with label Profile Kolam. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Profile Kolam : Joran Terjun, Kampung Kemensah

Salam semua penggorila fishan di luar sana,


Apa khabar? Ada tarikan tarik-ikan menarik di luar sana? Harapnya ikan memakan umpan dan tarikan berjaya seadanya.

Kali ini, blog kesayang kita akan memaparkan kisah seorang budak yang berentap mencuba nasib di kolam hutan di pinggir bandaraya.


Kampung Kemensah merupakan rahsia terbaik (best kept secret) di kalangan penduduk bandaraya Kuala Lumpur yang ingin menumpang sedikit ketenangan alam semulajadi sambil menghirup udara nan segar. Itulah misi Toboy pada hari bersejarah ini: mencari ketenangan dan tarikan ikan.

Nak pergi Kg Kemensah ni senang sahaja, pergi ke Zoo Negara dan terus memandu naik bukit di belakangnya sampailah ke hujung.

Di Kg Kemensah ada 2 pengusaha kolam, satu di puncak dan satu di bawah sikit. Toboy telah mengembara jauh ke kolam di puncak, dikenali sebagai Kolam Pancing Joran Terjun....harap jangan terjun masuk kolam joran sudahhh...marah ayah Toboy @ Pak Toman kita nanti!!!!

Ada 2 kolam. Bayaran masuk adalah RM20 untuk 3 jam dan RM25 untuk 5 jam. Perlu dibayor dulu, so itu yang kurang syiok tu tapi pengail bebas untuk bertukar-tukar kolam pada bila-bila masa sahaja.

Kaunter pendaftaran juga menjual pelbagai jenis umpan seperti dedak bom dan ayam, cacing gila dan cengkerik. Kolam ini juga membeli semula tangkapan ikan tapi hanya yang melebihi 3kg seekor, so kurang syiok sikit bagi si pencari makan hehe.

Ini Kolam Kecik
Penjaga Kolam Kecik, jgn kena sudu
Struktur ala Minang tu Surau

Ini Kolam Besar

Hasilnya? Agak tidak memberangsangkan. Selain dari Pacu (kalau nak main pacu baik pegi kolam Bangi), hanya anak-anak telapia yang di bawa naik. Itu pun dari saiz kecik ke lebih kecik ke tersangat kecik. Tak caya tengoklah hasil Toboy ni.


Toboy kata, mungkin telapia ni semua anak yatim kot, sebab mak bapak dia langsung tak nampak batang hidup. Apa nak buat....kolam ni akan dipangkah buat sementara waktu, sehingga anak-anak ikan ini dikeluarkan kerana ia memang mengganggu kelancaran proses pemancingan.

Salam Selamat!!!!

Friday, March 25, 2011

Profile Kolam : Danau Pinggiran Putra


Salam semua,


Sori tak banyak cerita sangat minggu ini kerana takda banyak nak diceritakan. Juga takda banyak gambar ikan kerana belum ada ikan yang dinaikkan di sini. Nama kolam ni Danau Pinggiran, terletak di Desa Pinggiran Putra.

Secara amnya, tempat ini agak selesa dan bersih, dengan kemudahan surau dan restoran. Harga nye juga agak berpatutan dan convenient kerana deposit yang tak habis boleh di sambung tiketnya dalam tempoh sebulan. Kaunter pendaftarannya juga menjual kelengkapan ringkas seperti besi Y, dedak umpan pelbagai jenama dan mata bom.

Kolam ni panjang sikit, so mungkin memerlukan kaedah pengeboman taburan dedak dan jugak mata spring, kalau itu teknik anda.

Nak ke sini senang aje, depan sikit dari kolam Coffee Village. Ataupun jika anda nak ke Putrajaya, ikut arah ke Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) sampai anda nampak salah satu tanda di bawah ni. Kat situlah dia...


Pelopor aktiviti mengail sambil berpakaian formal
Ada yang suka buat mendatar
Ada yang suka buat menegak
Dan ada jugak yang buat style tunggang terbalik sikit :P
Swishhh
Ciao!!!

Thursday, March 3, 2011

Profile Kolam : Kolam Warga Emas Shah Alam (Part 1)

Salam gang,

Agak lama tak mengepost apa apa di blog ni, sebab sibuk dengan hal-hal keroje yang lain. Tapi aktiviti mengail memancing dan merembat ikan tetap dijalankan, cuma tidak didokumentarkan.

Gelongsor Ikan, Yahoooooooooo

Minggu ini, kita bertuah kerana mendapat peluang untuk melawat sebuah kolam yang agak baru laa. Kolam ini juga telah diwar-warkan di TV3 bulan lepas dalam sebuah rancangan yang memaparkan aktiviti memancing.



Nama kolam ini rasanya ialah Kolam Warga Emas, terletak di Seksyen 24, Shah Alam. Poskodnya saya tak tahu, tetapi kalau ikut signboard ke Seksyen 24, sampai sana carilah signboard ke Kompleks Warga Emas. Dekat-dekat situ laaa.


Kolam ini agak sederhana saiznya dan nampak bersih dan teratur. Pondok-pondok simen agak selesa tetapi dinasihatkan agar pengunjung membawa besi pancang untuk memarkir joran sambil menunggu.

Ketika lawatan sambil belajar ini dibuat, kuak-kuak ikan yang tidak berhenti dapat dilihat di permukaan air, jadi tanda-tanda banyak ikan tu memang terdapat di sini. Dan sesuai dengan namanya, memang terdapat beberapa Otai Warga Emas sedang memancing di situ.

Otai dapat Rohu



Juga terdapat sebuah akuarium besar, memperagakan ikan-ikan yang chantekkk. Cuba tonton video ini!!!



Malangnya, tidak sempat menguji kolam ini pada lawatan pertama ini. Insya Allah apabila kami memancing di sini, kami dapat memberi laporan yang lebih terperinci berkenaan potensi dan tahap keseronokan di kolam ini.

Macam-macam Jackpot

Salam,

Kita jumpa di Part 2!!!

Monday, November 8, 2010

Profile Kolam : Kolam Danau Biru

PERHATIAN : KOLAM INI DAH TUTUP!!!!

Salam semua geng!

Kali ini blog Guerilla Fishan akan memaparkan kolam tanah tumpah dedak kami, iaitu Kolam Danau Biru di Bandar Baru Bangi. Kolam ini senang untuk pergi, ia terletak berdekatan Tol Bangi dari PLUS highway.

Kat hujung nun ialah Tol Bangi/UKM

Terdapat dua buah kolam di Danau Biru, satu atas dan satu bawah.

Kolam atas agak kecil, merupakan kolam simen sepenuhnya dan adalah di antara kolam air tawar termahal di dunia, sungguhpun takda monster fish di dalamnya. Kemudahan juga hanya yang asas sahaja dan kebersihan tak segempak mana. Namun kerana ia simen sepenuhnya, ia agak selamat sekiranya ingin memancing bersama keluarga dan anak-anak kecil. Pemancing-pemancing yang baru belajar juga sesuai mengasah bakat di sini kerana kolamnya kecik, jadi bole la practice baling dekat-dekat.



Seperti yang boleh disaksikan di bawah, seluruh keluarga boleh menikmati aksi-aksi penaikan ikan di kolam atas ini.

Pandangan kolam atas

Bekas penunggu kolam yang telah beralih arah ke fly fishan
Umpan favourite rohu

Ahli skuad Pelapes Kolam Danau Biru

Pelapes berjuang membawak naik Rohu di Kolam Atas




Lawan Pacu pulak




Ibu kepada 3 orang anak berjuang vs Pacu




Manakala kolam bawah pula lebih besar dan panjang, terdapat 20 pondok tapi boleh memuatkan beratus-ratus orang kerana kepanjangannya. Kolam bawah ini harganya standard industri, RM20 untuk 4 jam.


Kolam Danau Biru ini melepaskan ikan sekali atau dua kali seminggu, biasanya rohu, pacu dan patin. Dulu ada juga dilepaskan telapia merah, baung, leekoh dan tonsan tapi sekarang dah takda, tak pasti kenapa :P. Kolam ini dikunjungi oleh pengail dari dekat dan jauh, mungkin kerana ia sangat convenient kerana berada di tepi PLUS highway dan tak perlu masuk keluar hutan macam Camel Trophy. Kemudahan tidak banyak, cuma ada jual air, jajanan dan goreng-goreng sedikit, dan dari aspek kebersihan dan keselesaan juga agak kureng, tapi apa nak buat.....inilah kolam terdekat.

Di bawah power line.....takut gak!!!


Abuya Double Barrel

Kami di Guerilla Fishan selalu melayan kolam ni kerana ia dekat dengan rumah kami. Dari segi dapat tak dapat ikan, itu semua bergantung kepada mood ikan itu sendiri. Tapi oleh kerana kedekatan kolam ini, jadual pelepasan ikan kami dapat pantau sentiasa dan boleh agak laaa. Namun begitu, ia semua bergantung kepada rezeki.

Pandangan dari sisi pemancing

Lagi satu faktor yang mendorong kami untuk terus memancing di sini ialah kerana kolam ini membeli semula ikan hidup pada harga yang agak berpatutan, dan juga terdapat peraih ikan Bangla yang akan cuba membeli ikan-ikan yang ditangkap. Oleh itu, kalau rezeki cukup baik, bolehlah si pengail cover balik duit memancingnya.

Waktu malam pun OK, cuma ikan tido je kot
Dan setiap malam Sabtu ada game, jackpot timbang. Nak maklumat terperinci, sila lawati kolam ini. Kolam atas dibuka 24 jam, manakala kolam bawah dibuka dari 8am ke 8pm, kecuali hujung minggu dimana ia dibuka 24 jam jugakk dan ada harga package malam, mungkin kerana kebanyakan ikan tidur waktu itu :P

Antara warga-warga kolam ini yang berjaya dinaikkan :

Rohu mandi minyak
Pacu mandi Asam Pedas
Bila Ratu Baung mengganas...hasilnye delicious!!!
Senyuman lebar first-timer bawak naik ikan. Rohu size standard di kolam ini.
Rohu belaan yang telah kami tangkap beberapa kali
Rohu di atas (mungkin) tapi telah berat sikit, mungkin kerana waktu ini musim raya

Apa-apa pun lawatilah kolam ini bersama keluarga kerana ia convenient. Moga-moga apabila income pengusaha kolam ini bertambah, mungkin kemudahan di sini juga bertambah baik, Insya Allah...mana la tauuu.


Salam, ciao!!!

Thursday, November 4, 2010

Profile Kolam : Pesta Merembat @ Kolam Minlon

Salam semua,

Welcome to the Rembat Show!!! JANGAN HOATTT!!!!

Kali ini kami akan membentangkan perihal sebuah kolam yang agak popular di kalangan gorila Lembah Kelang ni. Saya sendiri pun tak tau apa nama kolam ini tapi yang pastinya lokasi kolam ini.

Terletak di Seri Kembangan/Serdang, di kawasan bukit di belakang Bangunan Minlon (ada kedai MACY besar, orang pompuan yang kuat shopping tau la sebab tempat ni SALE manjang!!). So nak senang kita panggil kolam ni, Kolam Minlon. Nak pegi kolam ni senang. Ambil selekoh naik bukit di sebelah Minlon, terus atas sampai simpang tiga, pusing kanan dan terus naik bukit lagi. Bila jalan itu membelok ke kanan, bersedia dan ambil kiri yang pertama, masuk ke kawasan perumahan di situ. Keep on naik atas dan ada signboard pusing ke kanan, jalannya agak rabak sikit. Situlah kolamnya. Kalau anda miss pusingan kiri pertama tadi dan sampai ke Petronas, dah sesat la tu, pusinglah balik.

Pandangan satu sisi kolam


So design dan action di kolam ini agak unik. Kolam ini bersaiz sederhana dan tebingnya disimen sepenuhnya. Kawasan tempat pengail duduk dibina bertingkat-tingkat macam tangga supaya pengail boleh duduk berlapis-lapis dan memaksimakan income pengusaha kolam ini. Terdapat juga section yang tertutup seperti booth di satu sisi kolam itu. Tebing kolam juga selari dengan lantai tempat duduk, jadi mungkin sedikit bahaya jika membawa anak-anak kecil ke sini kerana paras air setaraf dengan lantai. Dan ada bau sikit, tak pasti bau apa :P


Terdapat juga kawasan jualan makan minum, dengan kemudahan TV dan putaran muzik yang menghidangan halwa telinga dari genre pop, disco, Canto -Rock dan juga Feng Taw. Tak bising sangat, so ok.


Camni la rupanya. Yang lampu-lampu banyak diseberang tulah kedai makan


Apabila masuk ke kolam ini, anda dapat lihat tangguk-tangguk yang beratur disimpan oleh pengunjung kolam ini. Banyak jugak, menandakan betapa popularnya kolam ini.

Action unik di kolam ini berlaku pada malan hari Selasa dan Jumaat, ketika ikan baru dilepaskan. Lori ikan akan tiba dan parking betul-betul di sebelah kolam itu dan melepaskan ikan dengan telus sekali. Spesis yang dilepaskan agak standard dan pelbagai, seperti Rohu, Pacu, Baung, Patin, Tonsan Sisik Kasar dan Halus, dan juga Leekoh.

Lori ikan sampai, HORAYYYYYYYYYY


Action unik kolam ini ialah ia membuahkan banyak hasil jika kita pandai merembat @ menyentap joran supaya mata kail tersangkut pada bahagian ikan. Kolam ini tidak berapa besar tapi ikan yang dilepaskan agak banyak setiap kali. Jadi ketika ikan-ikan baru ini merayau-rayau di dasar kolam, sudah tentulah tali pancing yang direndam itu akan dilanggar. Ikan-ikan yang baru lepas pun biasanya takda selera nak makan umpan yang dipersembahkan, so merembat merupakan cara yang popular dan berkesan, jika anda pandai.

So setiap malam ikan dilepaskan, dapat dilihat perembat tegar duduk beratur di sepanjang tepi kolam itu dan ....SAP!! SAP!!! SAP!!! bunyi rembatan dilakukan apabila tali dilanggar. Disebabkan kolam ini dikunjungi agak ramai, ada kala bunyi drag pada reel juga dimodify agar mengeluarkan bunyi, bagi memberitahu pemancing sebelah agar berhati-hati supaya tali tidak terlanggar dan bersimpul.

Kedengaran juga laungan "JANGAN HOATTT!!" oleh pemancing (bunyi sebutan macam Quaker Oat). Dan apabila banyak ikan yang dirembat dan sangkut, selalu lah kedengaran amaran "JANGAN HOATT!!!" ini. Saya pun tak tau maknanya, tapi saya agak mungkin ia bermaksud Jangan Hook atau Jangan Sangkot, entahlah...

Aksi- aksi Baung


Jadi pada malam liputan ini, saya menemani pasangan adik-beradik tali pinggang hitam merangkap Sifoo-sifoo saya, yang lewat ini setia mengunjungi kolam ini pada malam Selasa dan Jumaat. Malam itu, lori ikan tiba agak lambat, jadi sambil menunggu, Sifoo Eddie merendam umpan daging ayam dan berjaya menaikkan 6 ekor baung. Dasat jugak tu, dan permainannya agak automatik kerana baung tak perlu dirembat.

Lori ikan hanya tiba 2 jam lambat dan hari pun mula hujan. Jadi agak mencabar jugak kepada pemancing tapi semakin lewat malam, semakin ramai yang ditiba.


Hujan yang turun lebat tetap tidak melemahkan semangat pemancing kolam ini

Sebaik sahaja ikan dilepaskan, barulah Pesta Merembat itu bermula. Agak kelakar melihat rembatan di setiap penjuru kolam tapi memang berhasil. Teknik ini memerlukan pemasangan "radar" pada tali pancing dan fokus perhatian sepenuhnya. Jenis radar yang popular merupakan cebisan umpan dedak ataupun straw minuman yang dilipat menjadi tiga segi, dan disangkut pada tali yang tergantung di atas permukaan air. Sekiranya tali atau mata kail di dalam air ditarik atau dilanggar oleh ikan yang melintas, radar ini akan bergoyang dan waktu tu lah anda Rembat ZASSSSSSSSSSSSS!!!!!!!

Aksi-aksi Patin nombor 3

Malam itu agak berhasil bagi pasangan Sifoo kita, berjaya menaikkan 13 ekor ikan dari jenis patin, baung dan Tongsan. Cayalah!!! Dan sebelum itu juga mereka pernah menaikkan ikan patin yang jumlah beratnya 24 kilo. Respect!!!

Tapi berhati-hati apabila merembat. Seperti yang terjadi pada malam liputan ini, rembatan terlampau kuat dilakukan dan terkena tiang di belakang Sifoo Eddie. Akibatnya, terpatah tebu jorannya. Nasib baik ada joran spare....Dan sukacita juga dimaklumkan, ikan yang dirembat pada episod patah ini juga berjaya dinaikkan, so ada hasil jugak lerr.


Sudah patah laaa


Kesimpulannya, kolam ini agak menarik sekiranya mahu cuba action merembat. Pancingan dasar dan tarikan auto oleh ikan juga boleh dilakukan, tapi rata-rata pengail disini mempraktikkan teknik rembatan dan hasilnya agak memberangsangkan. Di samping itu, kolam ini sangat popular dan dikunjungi ramai, jadi pengail semua duduk rapat-rapat bersebelahan. Jadi kolam ini mungkin tidak sesuai bagi pengail baru belajar yang belum mencapai status semi-pro. Takut tersangkut tali sini sana dan leceh melecehkan.

Harga kolam juga agak berpatutan tapi bersedialah untuk berkongsi ruang dengan pemancing-pemancing tegar yang lain.

Dan apa jadi sekali pun, JANGAN HOATTT!!!!!!



Ciao bebeh