Kali ni nak cerita pasal adventure selebriti memancing kita, Brader Farid Kaci yang pergi memancing Patin di Sungai Manggis, area Banting.
Ini gambar buah Manggis, bukan Sungai Manggis

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menyewa bot pada kadar RM80 sehari tapi anda kena drive sendiri. Baik baik beting pasir geng!!!!
Ini baru gambar Sungai Manggis
Kat sini juga ada udang, jadi sesiapa yang minat tarik tarikan sentimental, boleh la join sekali. Tapi untuk menarik patin, setupnye agak gadang untuk memancing sungai. Pada hari ini, Farid menggunakan tali sufix 30 lb dan perambut setengah depa berkekuatan 50 lb. Lagi satu, gunakan tali mono kerana tali braided/sulam takut tersangkut....penat nak melepaskannya. Mata digunakan pulak saiz 2, dengan batu ladung nombor 1 ke 3, bergantung kepada kederasan arus sungai.Gambar Buah Berembang dari Photobucket

Umpan yang digunakan agak istimewa, tak main laa roti. Patin sini "fruitarian", atau suka makan buah. Mungkin jaga badan kot hehehe.
Lagi gambar buah berembang...ke buah ara? Ke sama je?

Buah yang digemari pun bukan buah tembikai ataupun buah Melaka tapi buah berembang. Mana nak cari buah berembang?? Senang je...berlambak lambak pokoknye kat tepi sungai tu. Buah yang dipilih hendaklah separa masak, yang terlalu masak agak lembik dan senang berderai.
Farid menasihatkan agar buahnya dihiris hiris dan dicangkuk sampai penuh ke mata. Lepas tu campak ke tengah sungai, mungkin bahagian terdalam dan lepaskan dan biar hanyut. Bolehlah check setiap 20 minit, mana la tau umpan habis dipatuk atau dicuri ikan genius.
Farid menasihatkan agar buahnya dihiris hiris dan dicangkuk sampai penuh ke mata. Lepas tu campak ke tengah sungai, mungkin bahagian terdalam dan lepaskan dan biar hanyut. Bolehlah check setiap 20 minit, mana la tau umpan habis dipatuk atau dicuri ikan genius.
Adakah umpan ini berhasil?? Cuba lihat sendiri hasilnya geng!!!
Itu mineral water botol besar tau.........Respekkkk!!!

Video Farid lawan Patin
Senyuman puas untuk Peminat Patin

Salam!!! Jumpa di sanaaaa