Showing posts with label Danau Pinggiran Putra. Show all posts
Showing posts with label Danau Pinggiran Putra. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

RO - HU - JAN @ Pinggiran Putra

Salam semua,

Selamat memancing di tahun 2012 Masehi.

Siapa kata kami tak memancing?? Adaaaaaa.....masih kuat memancing dan dipancing. Tak kira hujan ribut salji taufan, kami tetap memancing. Ini bukti ketegangan dan ketegaran kami tau!!!

Hardcore

Saya dan kengkawan tegar, happy mandi hujan

Time hujan pun galak jugak naik rupanya kat kolam ni. 3 ekor sekali tu geng!!!


Ini namanya RoHuJan, bukan Noh Hujan tau.


Rupa-rupanya, lepas hujan.... takda mencakop langsung....MAAAJAAAALLLLL!!!!!

Kebi yang majal, lain kali takyah ajak!!!!
Brader ni tak majal
Pancang auto Abuya yang senyap sunyi kesepian

Kolam ini pernah dipaparkan dalam post awal disini

Jumpa lagi di hari yang cerah dan keringgg!!!

Salam semua

Friday, March 25, 2011

Profile Kolam : Danau Pinggiran Putra


Salam semua,


Sori tak banyak cerita sangat minggu ini kerana takda banyak nak diceritakan. Juga takda banyak gambar ikan kerana belum ada ikan yang dinaikkan di sini. Nama kolam ni Danau Pinggiran, terletak di Desa Pinggiran Putra.

Secara amnya, tempat ini agak selesa dan bersih, dengan kemudahan surau dan restoran. Harga nye juga agak berpatutan dan convenient kerana deposit yang tak habis boleh di sambung tiketnya dalam tempoh sebulan. Kaunter pendaftarannya juga menjual kelengkapan ringkas seperti besi Y, dedak umpan pelbagai jenama dan mata bom.

Kolam ni panjang sikit, so mungkin memerlukan kaedah pengeboman taburan dedak dan jugak mata spring, kalau itu teknik anda.

Nak ke sini senang aje, depan sikit dari kolam Coffee Village. Ataupun jika anda nak ke Putrajaya, ikut arah ke Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) sampai anda nampak salah satu tanda di bawah ni. Kat situlah dia...


Pelopor aktiviti mengail sambil berpakaian formal
Ada yang suka buat mendatar
Ada yang suka buat menegak
Dan ada jugak yang buat style tunggang terbalik sikit :P
Swishhh
Ciao!!!