Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Selamat hari raya, jangan buat umpan ni

Salam Eid Mubarak 1432H. Kami dari pihak guerillafishan ingin menyusun sepuluh joran untuk meminta maaf kepada pembaca jika penulisan kami ada mengguris hati anda sekalian. Kami juga tak lupa untuk meminta maaf kepada ikan-ikan yang kami tangkap, lucut, gelakkan, siang, buat umpan, ejek, marah dan macam-macam lagi...

Kali ni geng gorilla nak tunjuk satu umpan yang tak patut dibuat sebab tak dapat ikan... Ikan makan tapi dia pagut-pagut je. Umpan ni timbul bila SpeyMaster Hamdan Garcia ajak saya mancing di tengah hari mambang bulan Ramadhan 1432H ni. Sampai2 saja kat kolam, dia kenching saya sebab dia tak mancing. Dia kenching pun sebab haritu panas kaw2 punya jadi orang kebanyakan tak larat nak mancing. Jadi saya maafkan pengenchingan dia sempena hari raya ni...

Berbalik kepada umpan terbaru kami, namanya ialah LELAYANG BUNJUT SEBENAR. Tatacara mengikatnya adalah seperti berikut.

1. Sediakan gunting, makanan ikan (pallet) dan kain perca dan susun macam dalam gambar ni. Kain perca ni kita bleh amik dari bunga telor orang kawin. Pallet ni kita bleh amik kat rumah En. Onn. Gunting ni kita bleh amik kat kedai la...

2. Mulakan lilitan benang pada matakail.

3. Bunjutkan pallet ke dalam kain perca dan ikat kuat.

4. Potong ujung bunjut, gamkan di bahagian ikatan.

Beberapa lelayang bunjut sebenar

Jadi itulah cara nak buat fly bunjut sebenar yang di cuba meniru pallet fly. heheh... Ikan targetnya adalah PACU di Danau Biru. Dah baling rendam baling rendam, lama-lama pallet tu keluar ikut celah-celah kain perca... heheh...

Ideanya adalah untuk membuat umpan lelayang yang ada bau sedap... Ideanya juga adalah untuk buat umpan lelayang yang kita boleh layan "bottom". heheh... hancusss... Mungkin kena perbaiki lagi baru bleh okay...

Semoga aktiviti memancing tuan-puan menjadi2 di bulan Syawal ni... AMIN...

-ih-

Monday, August 15, 2011

Lelayang Batu Ramadhan Bersulam

Salam sejahtera semua. Diharap di hari baik bulan baik ini anda semua dalam keadaan baik.

Aktiviti mancing di bulan ramadhan ni biasalah, slow skit. Kalo nak digagahkan cam biasa pun tarak guna, baik ibadat lebih. Lagipun panas. Jadi kalo kita ni kaki pancing layang tak pon kaki spey Malaya, bolehlah kita buat persediaan untuk menyambut syawal dengan membuat umpan lelayang... Kali ni kami di GuerillaFishan berkesempatan membuat lelayang WOVEN STONE FLY yang kekadang orang putih panggil BRAIDED STONE FLY. Kami pun dapat ilham ni dari internet...

Sementara takde benda baik yang nak dibuat, tengoklah gambar di bawah dengan baik-baik nooo...

1. Letak manik 'tungsten' dan lilit dawai timah 10 lilitan.

2. Lilit dawai timah 5 lilitan lagi di atas 10 lilian tadi.

3. Kuatkan kedudukan dawai timah dan manik dengan ikatan benang.

4. Ikatkan ekor dari bulu ayam belanda (gunakan satu bebola untuk memastikan ekornya mencapah) dan lilitkan benang ke hadapan.

5. Ikatkan 2 benang sulaman berwarna lain di hadapan lilitan dawai. Kami gunakan benang coklat di sebelah kiri dan benang hitam di sebelah kanan.

6. Ikatkan benang-benang tersebut di sisi lilitan dawai hingga ke ekor dan lilitkan benang ikatan putih ke bahagian hadapan lilitan dawai. Matikan ikatan benang putih dan potong dulu untuk memudahkan kerja-kerja menyulam. Perhatikan benang coklat di sebelah kiri dan benag hitam di sebelah kanan.

7. Simpulkan kedua-dua benang di bawah matakail.

8. Tarik simpulan supaya benang coklat duduk di sebelah kanan pula.

9. Simpulkan kedua-dua benang di sebelah atas matakail pula.

10. Tarik simpulan supaya benang coklat berada di sebelah kiri dan benang hitam di sebelah kanan seperti kedudukan asalnya.

11. Sulamkan benang-benang tersebut dengan benang coklat di atas matakail dan benang hitam di bawah matakail. Masukkan hujung benang coklat ke dalam gelung benang hitam melalui atasnya. Masukkan hujung benang hitam ke dalam gelung benang cokelat melalui bawahnya.

12. Tarik agar sulaman kemas. Sekarang perhatikan bahawa benang coklat berada di sebelah kanan.

13. Sulamkan benang-benang tersebut dengan benang coklat di atas matakan dan benang hitam di bawah matakail. Masukkan hujung benang coklat ke dalam gelung benang hitam melalui atasnya. Masukkan hujung benang hitam ke dalam gelung benang cokelat melalui bawahnya.

14. Tarik agar sulaman kemas. Sekarang perhatikan bahawa benang coklat berada di sebelah kiri.

15. Ulang langkah 11 hingga 14 sehingga kesemua dawai disaluti oleh sulaman benang coklat dan hitam seperti dalam gambar ini.

16. Lilitkan benang coklat dari hujung dawai ke hujung manik dengan melawan arah jam.

17. Lilitkan benang hitam di atas benang coklat dari hujung dawai ke hujung manik dengan mengikut arah jam.

18. Simpulan benang-benang terssebut dibawah matakail berhampiran dengan manik.

19. Gunting benang-benang sulaman yang berlebihan.

20. Ikatkan benang pengikat lelayang putih tadi dengan kuat di atas badan lelayang.

21. Ikatkan "razor foam" iaitu "foam" yang tebalnya 0.5mm di atas badan lelayang.

22. Lilitkan cebisan-cebisan serat di atas "razor foam". Proses ini dipanggil "dubbing" dalam bagasa inggeris.

23. Ikatkan 2 helai bulu ayam belanda supaya berbentuk huruf "X" dan lilitkan bulu-bulu tersebut dengan teknik "dubbing" agar benang putih tersorok.

24. Ikatkan sepasang kaki getah ("silly/rubber legs") di kiri dan kanan lelayang, lilitkan "dubbing" lagi dan tarik "razor foam" ke belakang manik serta ikatkan dengan kuat.

25. Lipatkan "razor foam" ke belakang dan ikatkan lebih kurang 3mm "razor foam" tersebut di belakang manik. Ini adalah untuk memasikan "razor foam" tidak terlucut sewaktu memancing.

26. Matikan ikatan benang putih di belakang manik dan potong lebihan "razor foam" Siaplah lelayang batu ramadhan bersulam anda. Oh! jangan lupa potong sikit kaki hadapan dan belakang lelayang ini agar ianya tak melekat pada cangkuk matakail sewaktu memancing...

Ni ha beberapa ekor lelayang WOVEN STONE FLY di Guerilla Fishan...

Perhatikan yang bahagian atas badannya berwana coklat dan bahagian bawahnya berwarna hitam. Ini terjadi sebab kita sentiasa memastikan benang coklat berada di atas matakail sewaktu proses menyulam (langkah 11 dan 13). Kalo tuan-tuan nak atas hitam dan bawah coklat, waktu menyulam tu pastikan benang hitam berada di atas matakail. Semoga faman...

Badan ulat bersulam tanpa manik...

Hasil-hasil ikatan...
Macam-macam warna boleh dibikin oleh krew Guerilla Fishan...

Semua ni dibuat agar Guerilla Fishan dapat menangkap PELIAN/KELAH di kemudian hari. AMIN YARABBAL AL-AMIN... Selamat berpuasa!!!

-ih-