Showing posts with label double hook up. Show all posts
Showing posts with label double hook up. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Pelian Terlarang PART II

Salam hormat pemancing-pemancing tegar yang bertali tegang!!! Inilah dia 8 video dari Sungai Babagon tempat pelian terlarang hidup.


Video 1: Pemandangan dari titi gantung.

Kalo rajin play video titi gantung. Boleh tengok tabiat ikan pelian kena " burley " sampai memutuskan perambut... kalo gayat tak yah tengok sebab video ni tinggi tempat shooting dia...



Video 2: Spey Master Baiter

Video 2 ni pulak menunjukkan aksi mat Spey tangkap ikan guna Fly. Mat ambik gambar tu kecoh betul tapi tak pe... Ikan pelian terlarang dapat!!! Alhamdulillah...


Video 3: Pelian jadian

Video 3 ni pulak paling menarik. Namanya pelian jadian. Ia menunjukkan ilmu penukaran manusia menjadi ikan. Dah syok sangat mancing sampai nak jadi ikan pulak Pak Abu Garcia ni. Dia nak rasa kena spey satu kali... Nasib baik ilmu dia tak jadi, kalo tak dah kena Spey, bakar dan makanla Pak Abu kita ni...



Video 4: Pelian Bakar Spey Master

Video 4 ni paling sesuai untuk chef-chef dan ibu-ibu yang ingin tahu tektik terbaru masak pelian. Nama masakannya Pelian Spey Bakar. Bahannya senang:

1. Spey rod-1 batang
2. Pellet fly-1 biji
3. Tali spey-1 gulung
4. Kekili spey-1 buah
5. Tali pembelakang-200 meter

Cara masak, tangkap ikan dulu pakai alat-alat di atas. Kalo dapat siang ikan dan peram sekejap menggunakan limau nipis. Lepas tu bakar atas api yang dinyalakan menggunakan api dalam kuali.



Video 5: Pelian ultra light

Video 5 pulak menunjukkan tatacara memancing ikan pelian menggunakan set spinning ultra light yang terdiri daripada...

1. Seluar tight fit kaw2 rock kapak.
2. Baju kemeja putih.
3. Spek mata.
4. Set pancing ultra light.

Hasilnya memang pelian la kalo kat sungai ni...



Video 6: Urutan Pelian Terlarang

Video 6 ni sesuai untuk peminat-peminat urut kehaiwanan. Urutan menggunakan pelian ni pasti menggembirakan...



Video 7: Mat Lucut

Video 7 ni menunjukkan seorang promemancing pelian. Lepas dapat dia menggunakan teknik celup balik sebelum lepas...


Video 8: Double Hookers. Satu hooker spinning satu hooker fly. Pertama dalam dunia!!!

Video 8 ialah kemuncak semua video memancing kali ini. Kami baru sampai kat lubuk paling terlarang. Kalo lesen tak bosar tak dapat masuk lubuk ni. Belum pernah di buat dek orang aksi cam ni... Double hook up, satu spinning satu fly... Kalo mat surf ngan mat jigging ada pun okay, boleh bikin empat hook up atau lebih dikenali dengan nama Pak Aji Kawin Ampat...

Jadi kalo tak kerna Man Toman, tak mungkin video-video hebat ni dapat disaksikan dek dunia. Walaupun Pak Abu paling kecoh pakai ipad, Man Tomanlah orang paling IT dalam kumpulan kita ni... Terima kasih Man Toman...

Woops, jangan lupa bahagian terakhir Pelian Terlarang... Akan datang bila dia datang...

-ih-

Saturday, June 18, 2011

Bagan Lalang Double Special

Salam,

Rabu lepas team surf angling seri putra telah ke Bagan Lalang dengan niat menangkap ikan. Walaupun setup semuanya dah tip-top, namun tak jadi manching...Sesat, walaupun dah berjuta kali gi Bagan Lalang, tapi kali ni boleh sesat gak sebab sebok bersembang menyebabkan silap masuk jalan. Dah sesat sampai lambat sikit le, sampai lambat sikit jawabnya pumpun dah habish le... Jadi kami pun merayap2 kat area Bagan Lalang dan terjumpalah kawasan bernama Sepang Besar... Sepang Kecil pon ada... Power...

Sempadan Negeri Sembilan Selangor, Sepang Besar

Untuk di sewa!!!

Tunggu sampai hari Jumaat, kami ripit balik. "Double trip" nak sampai ke Bagan Lalang ni... Kali ni semuanya tip-top. Pukul 5 mula manching. Team kami kali ni Bro Onn, Mat Pyan dan Spey Master, gua la tu... heheh... Air pasang maximum pukul 7pm... Sampai2 je gua dapat Double hook-up gelama. Ni "double" kedua ni...

Double hook-up pertama

Gelama paling chun...

15 minit kemudian...

Sembilang pertama...

Oleh sebab air pasang pukul 7pm, kamji manching sampai malam le... Bila malam gelap, bila gelap tak nampak... Bila nak nampak hujung jorang, pakai "tip-light". Kalo tip light goyang, ikan le tukang goyangkan tu...

Malam menjelma, tip-light menyala...
Sembilang malam...
Gelama malam...
Sembilang malam lagi...

Pada akhir sesi manching dalam kul 9.30pm gitu, "double" ketiga berlaku. Double hook-up menghasilkan sembilang 2 ekor... Patutle berat je member tarik, berat...

Double hook-up Sembilang penutup...

Gua punya share

Semuanya dalam 13 ekor ikan, ada gelama, sembilang dan seekor buluis... Sampai rumah malam terus round rumah jiran2 dan bahagikan hasil tangkapan... Jadi, double trip, double gelama dan double sembilang membuatkan kami double penat tapi double seronok dan double power!!!

-Ih-