Showing posts with label trolling. Show all posts
Showing posts with label trolling. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Sangkar Ikan Pulau Ketam, Kelang, Selangor

Assalamualikum wbt,


Ini trip gorila gi mancing kat pot terlarang rumah rakit low yat pulau ketam. Trip ini dijayakan kerna ada sampan Kepten Jaafar, kenalan kepada surf master Bro Onn.

Air surut...

Pagi gila kami dah kluar dari bangi dan cuaca mendung stim-stim... Kami (gua, bro onn, mat pyan, jaafar & darren (ke kevinn ntah nama mat tu, gua tak ingat) naik bot dari Jeti Pengail. Jeti ni ialah jeti kat jalan nak gi kolam sea lion tu la...

kapten isi minyak...

on the way...

Nak sampai pulau ketam amik masa hampir 2 jam sebab enjin sampan basah... jadi sampan jalan slow dan selalu mati-mati. sempat la nengok tanjung harapan yang juga dikenali dengan nama tanjong anak babi sebab ada kesah sewaktu pemancing memancing, bangkai babi terapung kat situ sekor... sebab sampan slow, sempat juga la kami tengok bangau dan keindahan estuari di kelang, bandar di raja dan sempat jugakla aku mempamerkan skil trolling...

tanjung harapan...

Trolling...

bangau...

tongkang low yat

menurut awak2 sini, sangkar ni tengah dimaintain sebab nak dijual. satu rumah sangkar ni boleh dapat dalam RM200,000. mahal sioul sebab banyak pakai kayu kot... net lagi... mahal...

sangkar ikan rumah jenahak, merah, kerapu, senangin dan lain-lain...

dah sampai, kami disambut oleh 2 ekor anjing. mengikut kata orang sangkar ikan, low yat dah pow satu muara tu dan tak bagi orang mancing. low yat buleh gi mampos la gua ingat... ingat estuari apak dia ka...

hanjing sangkar ikan...

net sangkar...

keselamatan sini dikawal dek 2 ekor anjing yang langsung tak garang dan yang putih tu pandai berenang...
balcony sangkar ikan...
sangkar tengah maintenance...

ikan kering fresh dibuat dek awak2 sangkar ikan...

pot todak liar...

tepi sangkar...
Jadi kami sampai dlm kol 10 pagi dan mula mancing. TERUS DAPAT LESEN WOOO!!! 2 ekor duri!!! walaupun sini ikan dapat tarak besar mana, tapi semangat depa kuat, terbukti dengan henjutan-henjutan kuat mereka...

lesen...

lesen gua

lesen gua juga...

Sirat, sejenis belut air payau melambak kat sini. bila dapat, dia lilit badan dia kat perambut dalam usaha melepaskan diri. tapi slalunya dia akan terbelit dan tercekik kat perambut la. kalo lu orang mancing dapat sirat, terus kasi libas dia atas air dengan aksi menyabit lalang menggunakan joran yang ber-sirat...

sirat...

Aktiviti mancing memang syok la sebab air dia bersih. dalam kol 10 pagi tu ikan kuat makan. tengah hari kureng. petang kuat balik tapi kami kena balik sebab nak lalu sunga2 estuari kalo air surut susah...

titi halus...

tangkapan terakhir...

ikan last gua dapat kat ujung sana, titi dia kecik, suspen jugak kalo dapat ikan besar... ikan last ni ikan duri yang berjaya melepaskan diri sendiri dari mata kail, duduk amik gambar dan di lepaskan balik untuk berjumpa sanak saudara...

rezeki...

mat pyan dan hasil tangkapan...

Dalam kol 5pm, kami pon nak cabot la... kami naik bot balik membawa tangkapan 34 ekor ikan (tak termasuk yang di release). Nak balik naik sampan 20 minit je sebab enjin dah kering...

melepaskan sampan...

dalam 20 minit kemudian kami sampai balik la kat jeti pengail. enjin kasik off dan kapten pon pakai dayung nak bawak kami ke tangga jeti...lepas tu aksi pass barang naik jeti berlaku diikuti dengan aksi parking bot oleh kapten dan penimbangan ikan...

sampai...

"manual override..."

aksi passing barang...

barang2 enjin bot dan ikan...

kotak mancing...
parking bot 1

parking bot 2: reverse parking...

parking bot 3: sudah parking...

penimbangan perikanan...
2 kg rejeki...

tempat wudhu'...

akar bakau...
barang2 bot semua kita bleh simpan kat Jeti Pengail ni kalo kita jadi ahli kelab memancing kelang ni... dia bagi locker buruk satu diperbuat dari besi... okayla tu...

simpanan masa depan...
locker Jeti Pengail...

ikan gelama habis kami bawak balik bangi dan kapten bawak balik ikan duri... harap2 satu hari nanti kami segeng gorilla dapat turun ke pot ni lagi... AMIN...

Alhamdulillah, sudah sampai dengan selamatnya...

PERTANDINGAN BILANG JORAN

Untuk memenangi seekor umpan layang gorillafishan, bagitau kami ada berapa joran ada dalam sampan tu... jeng jeng jeng...

Sunday, June 19, 2011

Cuti Sekolah Trilogy Part III : Trolling @ Kuala Dungun


Salam semua pemancing tegar,

Kali ni nak bercerita tentang aktiviti trolling di Kuala Dungun dan persisiran pantai sekitarannya.

Kuala Dungun; jambatan baru ke Seberang Pintasan & Tanjung Jara

Trolling merupakan teknik memancing di mana umpan diturunkan ke dalam air dan ditunda dari bot yang dipandu perlahan-lahan. Umpan ikan ataupun gewang boleh digunapakai untuk teknik trolling ini dan sasarannya biasanya adalah ikan pemangsa yang akan ngap umpan yang bergerak....

Joran melengkung ketika gewang ditunda dari bot

Jangan disalah faham dengan "Trawling" yang bunyinya sama, tapi trawling menggunakan pukat yang ditunda dan selalunya menyusahkan aktiviti mengail kerana semua ikan besar dan kecil di sapunya.

Tekong bot sudah sampai
Peralatan kelengkapan serba ringkas
Jeti pun serba ringkas; ikat kat batu je bot
Antara jeti pot lepak pelaut-pelaut persendirian
Bumbung kasi bukak, Tengah hari tu geng..
Brader Roslan (atau Roslang) yang baik hati menjemput saya belajar trolling
Boathouse nelayan yang berlabuh di Muara
Air agak bergelora, nampak je macam tenang tu....

Namun begitu, tidak banyak action pada hari tu, al-maklum baru first time gorila bertrolling. Mungkin set up rod dan tali kail tidak sesuai, atau mungkin gewang yang digunakan kurang menarik perhatian. Cuma seekor alu-alu besar betis yang sudi menjamah gewang Abg Roslang.


Jadi lepas balik tu, saya singgah di Pasar Besar sebelah kuala tu dan memancing mengunakan teknik tunjuk pakai jari dan umpan duit. Inilah pilihannya :P


Salam, sehingga berjumpa lagi!!!