Showing posts with label Rawang. Show all posts
Showing posts with label Rawang. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Rewang ke Rawang Part 2@ Kolam Exotic

Salam y'all!!!

Last week kita telah memaparkan kolam Jurassic Toman dan Haruan dalam posting ini kan.

Haaaa...ok so lepas hujan mula berhenti, kami ternampak beberapa kereta yang memandu melepasi kolam Jurassic dan terus parking di sini. Rupa-rupanya ada satu lagi kolam daaa...

Parking lot
Kolam takungan air
Pandangan dari dalam keta yang sedang diparkir
Signboard- kenapa tulisan atas lagi panjang dari bawah? Sarkis daa
Menu Ikan yang dihidang...tapi kena tangkap sendiri hehehe
Mango Jack check out gambar di Wall of Fame. Manalah tau kalau ada yang iras-iras
Anak ikan untuk umpan Arapaima dan other Monsters
Kolam bahagian kiri. Rekabentuk pondok yang unik
Banner time masuk
Jack sedang melakukan upacara melihat ikan dari atas permukaan
Sangkar tempat ikan-ikan yang tertangkap untuk rehat dan rawat (R&R)
Red-Tail Couple....chantekkkk
Toman Tommy Boy....nama omputeh sebab kulit dia putih
Kolam bahagian kanan...bosar tempat ni
Di tengah-tengah kolam ada restoran
Boleh la merasa Alligator Gar masak tempoyak...tapi kena tangkap dulu :P
Itu toink cacing pita tara jual tapi mabok kapala hanjeng ada. Bawak nasi bungkus jelah geng
Satu-satunye brader yang memancing pada hari itu....dia pakai umpan roti sekeping!!
Mau cari Mekong maaaa...katanya. Tapi hari tu dia dah frust 3 jam
Ini gambar Championnye dari dulu-dulu. 20 kg tu geng...Respek!!!!
Ini macam baru kipas air namanya!!!!
Kolam Ikan Monster sememangnya memerlukan Kipas Monster.

Apa-apa pun, kolam ni menyediakan 2 pakej. Satunya berharga RM50 sejam, boleh masuk jackpot spesis ikan. Lagi satu harganya RM100 untuk 3 jam, yang agak kasar kerana ikan tak boleh dibawa balik. Mungkin ada orang yang seronok memancing di sini tapi bagi warganegara Marhaen macam saya, tak payah laaa....seksa ikan tu jugak Catch & Release je.

Anyway....enjoy!!!

Thursday, March 15, 2012

Rewang ke Rawang Part 1@ Kolam Jurassic

Salam semua,

Berhati-hati!!!! Anda kini memasuki Snakehead Zone...silap haribulan hilang jari kaki!!!!

Anyway, hari tu saya dan Mango Jacques mewakilil Gorila Geng pergi merewang ke Rawang. Niat di hati semestinya nak memancing tapi disebabkan faktor hujan lebat, wap (stim) telah terpotong dan kami cuma membuat tinjauan recce sahaja.

Kami telah melawat 2 kolam. Uniknya pasal kolam-kolam ini kerana aktiviti yang dianjurkan adalah pemancing Ikan Monster dimana umpan anak ikan dan gewang sahaja dibenarkan. Ini bolehlah dikatakan SpeyMaster's Dream Come True.


Kolam Pertama diberi nama Jurassic Game Fishing Pond. Menurut info orang dalaman, kolam ini dipenuhi oleh ikan haruan dan toman berskala monster kecik ke monster besor. Sejauh mana kebenaran, kami tak dapat nak confirm. Kalau ada duit lebih dan tak tau nak buat apa, silalah try kolam ini kerana cajnya agak Kasssaaarrrr......

Jalan ke kolam ni senang je. Dari Tol Rawang, pusing kiri di traffic light ke arah jalan Kuala Selangor. Lepas simpang ke Country Homes dan simpang Bandar Tasik Puteri, standby untuk masuk ke kanan bila nampak sign ini.


Pandangan bila dah masuk simpang tu
Jalan yang agak koboi (awan gelap berarak)
Letupan letupan air di kolam ni memberahikan Mango Jacques, tapi takleh mancing sini
Sampailah anda nampak signboard ni
Kolamnya besar dan cantik. Tebingnya sangat rendah, sesuai untuk menggasak ikan. Bangsal tempat berteduh pulak sedikit sahaja, sesuai dengan tema kolam ini sebagai kolam casting. Di tebing sekeliling kolam ini pula disediakan tangguk, supaya pemancing bebas bergerak casting ke sana ke mari.

Salah satu tangguk di tepi air
Salah satu tukang tangguk ikan yang malu-malu bergambar konon

Hujan pun turun. Tapi brader ni tetap tegar....
Mula-mula dia pakai gewang katak. Sikiiiiit lagi nak strike!!!



Pastu dia cuba gewang spinner lak



Pastu dia try Popper





Namun tak berjaya....apa lagi nak cuba bro???

Nampaknya takda aksi aksi berahi pada sesi recce kali ini. Kami pun mengambil gambar pekerja kolam mengalih haruan bujang ke kolam sebelah. Tak lama lagi nak bukak lagi satu kolam katanya.

Haruan dalam kolam dan sangkar
Mengaut ikan. Video ini kurang sesuai untuk golongan wanita dan kanak-kanak.






Lori sempoy mengangkut ikan. Confirm tak lulus PUSPAKOM
Amacam?? Ada berani ka?

Nantikan Part 2 dalam siri Recce Kolam Monster ini....di posting ini!!!