Salam hormat para pembaca yang budiman. Hari ini GUERILLAFISHAN nak membetulkan pemahaman songsang yang menular macam api dalam sekam. Yang sedihnya ianya menular dalam fikiran pemancing Melayu/Islam kita.
1. Memancing di waktu isteri mengandung akan mencacatkan anak.
2. Langkah joran tak dapat ikan.
Hari ini kita tengok yang nombor 1 tu saja. Yang nombor 2 tu memang kompom la ngarut. Bass Masters 2010 punya pemenang tu siap bawak berbatang2 rod lagi. Siap campak2 atas bot je dan siap langkah2 rod2 dia, siap boleh menang BASS MASTERS 2010 dan hadiah wang tunai USD50,000... Apa cerita?
Berbalik pada khurafat nombor 1 tadi...
Peeeeeraaaah!!! Habis, nelayan amacam? 9 bulan gantung pukat? Lagi satu sebab kami berkata Peeeeeraaaah!!! ialah kerana dengan limpah kurnia-Nya, ada orang yang waktu isterinya mengandung, mancing lagi sakan dan anaknya keluar tanpa cacat cela. Kami berkata Peeeeeraaaah!!! bukan berniat nak berlagak sombong, tapi kami berkata Peeeeeraaaah!!! atas bukti-bukti yang kukuh... Ikut fitrah pun tiada kaitan memancing dan anak cacat. Mungkin sebab takut sebab isteri yang mengandung bile2 boleh terjadi apa-apa, jadi keluarlah mitos ini. Tapi kalo iye pon nak suruh slow down sikit mancing, janganlah menabur cerita tak masuk akal macam ni dalam masyarakat pemancing. Ramai yang tak bagi aku mancing baru2 ni sebab takut anak aku cacat. Tapi Alhamdulillah, 6.9.2011, yang maha Pemurah mengurniakan anak lelaki yang tak cacat lagi hensem kepada kami sekeluarga... Ni ha gambarnya...
No comments:
Post a Comment