TAGAL, satu perkataan Kadazan yang membawa maksud larangan. Perkataan ini dijadikan satu sistem yang amat berkesan untuk memelihara sungai. Memang gua respek ini SISTEM TAGAL. Kaum-kaum di sana (SABAH) bersepakat untuk menagal sungai2 yang lalu di kampung mereka. Mereka kawtim dengan jabatan perikanan negeri di bawah bayu untuk lebih memantapkan sistem larangan mereka ini... Kenapa mereka tagal? Sebab masa tu tahun 2000 millineum, mereka sedar yang sungai mereka dah tercemar keperingkat maximum, menurut kata Pak Willian (peneraju sistem tagal di Babagon, juga ketua guide kami). Mereka telah sedar dan hasil kesedaran mereka dah nampak la ni...
Mengikut sistem ini, ikan tak bleh nak amik, batu tak bleh nak amik, pasir tak bleh nak amik, sampah tak bleh dibuang. Kalo berani buat dan terkantoi, kenalah SOGET. Soget ni adalah denda yang dikenakan kalo melanggar TAGAL. Kenalah bayar haiwan 4 kaki sekor ke, 2 ekor ke... Adalah kiraannya mengikut kesalahan... Undang-undang manusia ada, tapi kalo tak ikut susahlah baaa, cakap Pak William... Di iyekan pula oleh Abg. Paulus John, guide kami juga di sana...
Menurut sistem tagal, ada 3 zon dalam sungai. Zon merah, kuning dan hijau. Setahun sekali diadakan pesta Menuai, dalam hujung bulan Mei gitu. Time ni, zon merah pun bleh diambil hasilnya... Jadi hanya 2 tahun lepas Sistem Tagal dilaksanakan, pot memancing kami di Kampung Babagon jadi cun macam ni...

Sungai Moyog
pot pelian
pot pelian besaq2 betis...
pot pelian
pot pelian besaq2 betis...
Sungai Moyog ni ialah sungai yang megalir melalui Kampung Babagon. Airnya jernih, sejuk dan boleh menghilangkan sakit kulit (ulat air) pada kulit kaki saya... Maklumlah, air Tagal... heheh... Walaupun dah kena TAGAL, tapi aktiviti SPORTS FISHAN dibenarkan dengan menggunakan seorang "guide". Hidupannya yang suka membengkokkan joran pemancing juga kuat-kuat. Bayaran memancing hanyalah RM75 sehari dan menginap dari RM60 semalaman. Insya-Allah sehari anda bleh tarik dalam 15 ekor ikan PELIAN. Pelian ni kalo kat bangi orang panggil KELAH...
Pagi 29.10.2011 kami sampai. Saya terus campak pellet fly, terus ada ikan tarik. Zzzz-zzz-zzzzasss bunyi drag reel menahan stim ditarik sang pelian...Terkojut den, langsung terlucut... Action kat sungai Moyog ni tak de tandingan la beb. Ikan kelah dia telan pellet. Campak je pellet kat atas air, membuak-buakle sungai moyog ni... besar2 betis wooo... Kalo korang nak kepastian lagi tentang kebenaran perenggan ni dan kerakusan ikan-ikan di Moyog ni, lihatlah aksi-aksi ikan membengkokkan rod-rod kami ni...

bengkok baik punya...
rod bengkok pueh hati...
melentur rod, biar dari tipnya... heheh...
rod bengkok pueh hati...
melentur rod, biar dari tipnya... heheh...
Jadi, kita kena ambillah iktibar dari orang Kampung Babagon ni. Kita kena sedar yang sungai ni kena pelihara. Pak Willian juga cerita ada cina nak datang sungai depa untuk melombong pasir. Langsung di TAGAL kaw-kaw dek semua orang kampung sampai orang politik pun depa tagal. "Kalo kamek enggak larang, dia satu orang aje untung", ujar Pak William sambil merenung jauh kedalam sungai Moyog yang bersih lagi menyucikan tu. Orang kampung, ikan pelian, ikan talapia, ikan haruan, ikan bulan, ikan lampam dan juga pemancing-pemancing semuanya akan RUGI.
Jadi, kita kenalah ikut jejak depa ni dengan menagalkan sungai Lipur Lentang, sungai Tekala, sungai Batangsi, sungai Ulu Yam, sungai Ulu Bendul, sungai Kelah, sungai Langat, sungai Buah dan banyak lagi sungai di Semenanjung kita ni. Jangan takut kerana benar, tapi takutlah kalo pi mancing dapat sampah je...
Eh, gambaq ikan tak dak tunjuk lagi ka? Tunggu sat no... Kita ada video video aksi yang terbaik dalam Pelian Terlarang PART II akan datang...(klik sini utk sambungan....jeng jeng jeng)
Kedai makan tepi sungai...
Ada tagal ada kedai makan tepi sungai mengahsilkan sungai yang tak tercemar dek kedai makan... tarak orang rugi, semua orang untung...
Jadi, kita kenalah ikut jejak depa ni dengan menagalkan sungai Lipur Lentang, sungai Tekala, sungai Batangsi, sungai Ulu Yam, sungai Ulu Bendul, sungai Kelah, sungai Langat, sungai Buah dan banyak lagi sungai di Semenanjung kita ni. Jangan takut kerana benar, tapi takutlah kalo pi mancing dapat sampah je...
Eh, gambaq ikan tak dak tunjuk lagi ka? Tunggu sat no... Kita ada video video aksi yang terbaik dalam Pelian Terlarang PART II akan datang...(klik sini utk sambungan....jeng jeng jeng)
Best best best tu baah!!!
ReplyDeleteTak sabor sabor nak nengok gambar action pelior..eh silap, pelihang...ehh silap lagi...PELIANNNN.
Bukan burung pelican yehhh :P
diharap blog ni x terhenti liputannya spt blog2 pancing yg lain.
ReplyDeleteblog ni bagus kerana ada cerita dan gambar. seronok membacanya.