Tuesday, October 18, 2011

Pantai Emas Sepang Bahagian A

Salam sejahtera semua... kami pun tak tau la sapa rajin dok baca blog ni, tapi nampaknya makin ramai pembaca yang budiman masuk dan membaca... ini menambahkan semangat menulis dan memancing kami lagi... BACALAH...

kenderaan penyeludup rod...

Pada posting kali ini geng gorilla dapat memancing di lagi satu LOKASI LARANGAN MEMANCING dengan jayanya... heheh... Kali ni kat rumah istirehat atas air yang terbukti tak bleh memancing... Memang pueh hati... Dah 2 kali sebelum ni kami cuba masuk pot ni tapi tak berjaya. Kali pertama, pak gad tak bagi masuk. Kali kedua, kami dapat booking tapi last minit ada aral melintang, jadi takde rezeki... Kali ketiga adalah kali paling berjaya buat team gorilla. Bukan saja dapat masuk pot baek, malahan mendapat layanan VIP on the house courtesy of Sepang Gold Coast. Ahli pemancing kali ni terdiri dari Mat Pyan, Bro Onn, Angah dan diri saya sendiri. Pot ni ada 3 jenis bilik, bilik cantek, bilik cantek gila dan bilik cantek nak mampos.

bilik cantek, dua tingkat

Oleh kerana mendapat layanan VIP, kami berempat dibawa bersiar-siar dulu melihat keindahan bilik-bilik ni. Kejadian bersiar-siar adalah pukul 5.30pm, air tengah pasang. haiyo, apa mau tengok bilik lagi. buang karen. Tapi dah tuan manager besar tempat istirehat ni dah jadualkan sesi bersiar-siar, kami pun suka aje le...

kat tangga tu malam-malam meletop2 bunyi ikan menyambar...

pandangan dari bilik cantek unit atas...
pemandangan verandah bilik cantek...

ada satu katil cantek dalam bilik cantek...
tandas cantek...

verandah cantek siap dengan set meja cantek...

atap alang-alang...

Jadi bilik cantek ni susuai untuk 3-4 orang pemancing. 2 orang boleh landing atas katil, sorang atas sofa dan sorang atas lantai... Ianya satu cluster 4 unit. 2 unit atas dan 2 unit bawah... kalo nak mancing amiklah unit bawah... Lepas tu kami dibawak pulak tengok bilik cantek gila... time ni air laut dah sedap, jadi Bro Onn nampak duduk tak senang...

bilik cantek gila, rumah sebijik-sebijik atas laut...

celah-celah bilik cantek... ikan sembilang gergasi dan tanda banyak...

sebijik bilik cantek gila, siap ada verandah juga...

tandas bilik cantek gila

katil cantek gila...

Kalo tak silap, bilik cantek gila ni ada 1 bilik lebih yang juga cantek gila... Jadi bilangan pemancing dewasa dalam 6 orang boleh la duduk dalam bilik ni. Bilik ni cantek gila sebab memang cantek dan harga dia agak gila... Lepas tu kami dibawa tengok bilik cantek nak mampos...

ni dia luar bilik cantek nak mampos
masuk-masuk terus dapor cantek nak mampos

bilik makan cantek nak mampos...

bilik tidur master-bed mengadap laut siap tandas sendiri...

verandah besar nak mampos siap ada dua tilam lagi... mengadap Selat Melaka...

sliding door dari ruang tamu ke verandah di bilik cantek nak mampos...

Bilik ni kami gelar bilik cantek nak mampos sebab memang sangat cantek tapi harga semalam dia memang maut punya la. Bilik ni ada 3 bilik, 3 bilik air, 3 TV, satu dapor, satu dining hall dan satu living hall. Oh lupa, verandah kaw2 gila... kalu air bilik2 lain surut, bilik cantek nak mampos ni punya verandah ada air lagi... power... Jadi kira-kiranya bolehlah muat dalam 10 pemancing dewasa... Lepas lawatan ke bilik-bilik ingat kami dah bleh mula mancing, tapi kami dibawa pula tengok kemudahan yang penghuni mana-mana bilik boleh nikmati dengan percuma... Ada main basikal, jetski dan bot...

basikal untuk round-round bagan lalang...

bot untuk belayar-layar di Selat Melaka...

Air time ni dah paras cun melecun, tapi tuan manager belanja makan pulak. Saya makan sandwhich sama macam tuan manager, Mat Pyan makan kueh teaw goreng, Bro Onn belasah kueh teaw Mat Pyan... Alhamdulillah...

Angah makan kek diperhatikan oleh tuan manager...

Akhirnya dalam pukul 6.30pm, kami dihantar ke bilik cantek pot kami nak mancing... semua bilik samada cantek, cantek gila ataupun cantek nak mampos pakai atap alang-alang. sejenis lalang yang hidup kat bali je... bau dia sedap. tapi tu semua boleh kasi cancel la sebab dalam semua bilik, malahan seluruh tempat istirehat tersebut ada tanda yang menakutkan ini...

Gua tak reti baca itu cina, boleh mancing ka???

Tuan manager pun pesan tak bleh mancing tempat ni... Heran betul, tempat sesuai macam ni, bilik sampai 3 jenis tapi ada undang2 mendiskriminasi pemancing begini... baik tukar dengan larangan berzina ke apa ke lagi baik... depa takut tali pemancing berselirat kat bawah bilik2 dia... heheh...

fly and line... heheh...

Angah boring tak dapat mancing...

Lepas tuan manager balik kami pun mulalah menjadi gorilla fisherman dengan mencuba nasib pakai fly and line untuk tangkap todak kat dalam laut bawah kaki kami tu... tak dapat apa-apa pon, jadi kami boring dan angah boring dan terus landing... nasib baik kita pemancing ni peramah. sembang-sembang ngan staff situ, dia kata dia akan tolong seludup barang pancing kami... Alhamdulillah... tunggu part B untuk tengok kenapa kami bagi pot ni 5 bintang punya rating...

-ih-

1 comment:

  1. "Patut ada Larangan berzina"...I like dat!!! Mancin pun depa nak halang kan?

    ReplyDelete