Monday, August 15, 2011

Lelayang Batu Ramadhan Bersulam

Salam sejahtera semua. Diharap di hari baik bulan baik ini anda semua dalam keadaan baik.

Aktiviti mancing di bulan ramadhan ni biasalah, slow skit. Kalo nak digagahkan cam biasa pun tarak guna, baik ibadat lebih. Lagipun panas. Jadi kalo kita ni kaki pancing layang tak pon kaki spey Malaya, bolehlah kita buat persediaan untuk menyambut syawal dengan membuat umpan lelayang... Kali ni kami di GuerillaFishan berkesempatan membuat lelayang WOVEN STONE FLY yang kekadang orang putih panggil BRAIDED STONE FLY. Kami pun dapat ilham ni dari internet...

Sementara takde benda baik yang nak dibuat, tengoklah gambar di bawah dengan baik-baik nooo...

1. Letak manik 'tungsten' dan lilit dawai timah 10 lilitan.

2. Lilit dawai timah 5 lilitan lagi di atas 10 lilian tadi.

3. Kuatkan kedudukan dawai timah dan manik dengan ikatan benang.

4. Ikatkan ekor dari bulu ayam belanda (gunakan satu bebola untuk memastikan ekornya mencapah) dan lilitkan benang ke hadapan.

5. Ikatkan 2 benang sulaman berwarna lain di hadapan lilitan dawai. Kami gunakan benang coklat di sebelah kiri dan benang hitam di sebelah kanan.

6. Ikatkan benang-benang tersebut di sisi lilitan dawai hingga ke ekor dan lilitkan benang ikatan putih ke bahagian hadapan lilitan dawai. Matikan ikatan benang putih dan potong dulu untuk memudahkan kerja-kerja menyulam. Perhatikan benang coklat di sebelah kiri dan benag hitam di sebelah kanan.

7. Simpulkan kedua-dua benang di bawah matakail.

8. Tarik simpulan supaya benang coklat duduk di sebelah kanan pula.

9. Simpulkan kedua-dua benang di sebelah atas matakail pula.

10. Tarik simpulan supaya benang coklat berada di sebelah kiri dan benang hitam di sebelah kanan seperti kedudukan asalnya.

11. Sulamkan benang-benang tersebut dengan benang coklat di atas matakail dan benang hitam di bawah matakail. Masukkan hujung benang coklat ke dalam gelung benang hitam melalui atasnya. Masukkan hujung benang hitam ke dalam gelung benang cokelat melalui bawahnya.

12. Tarik agar sulaman kemas. Sekarang perhatikan bahawa benang coklat berada di sebelah kanan.

13. Sulamkan benang-benang tersebut dengan benang coklat di atas matakan dan benang hitam di bawah matakail. Masukkan hujung benang coklat ke dalam gelung benang hitam melalui atasnya. Masukkan hujung benang hitam ke dalam gelung benang cokelat melalui bawahnya.

14. Tarik agar sulaman kemas. Sekarang perhatikan bahawa benang coklat berada di sebelah kiri.

15. Ulang langkah 11 hingga 14 sehingga kesemua dawai disaluti oleh sulaman benang coklat dan hitam seperti dalam gambar ini.

16. Lilitkan benang coklat dari hujung dawai ke hujung manik dengan melawan arah jam.

17. Lilitkan benang hitam di atas benang coklat dari hujung dawai ke hujung manik dengan mengikut arah jam.

18. Simpulan benang-benang terssebut dibawah matakail berhampiran dengan manik.

19. Gunting benang-benang sulaman yang berlebihan.

20. Ikatkan benang pengikat lelayang putih tadi dengan kuat di atas badan lelayang.

21. Ikatkan "razor foam" iaitu "foam" yang tebalnya 0.5mm di atas badan lelayang.

22. Lilitkan cebisan-cebisan serat di atas "razor foam". Proses ini dipanggil "dubbing" dalam bagasa inggeris.

23. Ikatkan 2 helai bulu ayam belanda supaya berbentuk huruf "X" dan lilitkan bulu-bulu tersebut dengan teknik "dubbing" agar benang putih tersorok.

24. Ikatkan sepasang kaki getah ("silly/rubber legs") di kiri dan kanan lelayang, lilitkan "dubbing" lagi dan tarik "razor foam" ke belakang manik serta ikatkan dengan kuat.

25. Lipatkan "razor foam" ke belakang dan ikatkan lebih kurang 3mm "razor foam" tersebut di belakang manik. Ini adalah untuk memasikan "razor foam" tidak terlucut sewaktu memancing.

26. Matikan ikatan benang putih di belakang manik dan potong lebihan "razor foam" Siaplah lelayang batu ramadhan bersulam anda. Oh! jangan lupa potong sikit kaki hadapan dan belakang lelayang ini agar ianya tak melekat pada cangkuk matakail sewaktu memancing...

Ni ha beberapa ekor lelayang WOVEN STONE FLY di Guerilla Fishan...

Perhatikan yang bahagian atas badannya berwana coklat dan bahagian bawahnya berwarna hitam. Ini terjadi sebab kita sentiasa memastikan benang coklat berada di atas matakail sewaktu proses menyulam (langkah 11 dan 13). Kalo tuan-tuan nak atas hitam dan bawah coklat, waktu menyulam tu pastikan benang hitam berada di atas matakail. Semoga faman...

Badan ulat bersulam tanpa manik...

Hasil-hasil ikatan...
Macam-macam warna boleh dibikin oleh krew Guerilla Fishan...

Semua ni dibuat agar Guerilla Fishan dapat menangkap PELIAN/KELAH di kemudian hari. AMIN YARABBAL AL-AMIN... Selamat berpuasa!!!

-ih-

4 comments:

  1. Salam Dr Spey,
    Chantek sungguh ikatan tuan ni....kalau begini, takda putus lagi kat kolam monster Fish Valley laaa kan....itu fly ada berani ka??

    ReplyDelete
  2. itu fly beraniiiiii laaa... 1st daya raya, amacam???

    ReplyDelete
  3. saya pernah mancing 1st day raya. sejurus slps solat raya.

    saya nak tanya, kolam monster fish valley ni kat mana?

    ReplyDelete
  4. Hehehe mmg tuan hardcore, beraya dgn ikan.

    Fish valley ni terletak dekat semenyih. Sampai pekan semenyih, ada traffic light utama, pusing kiri untuk ke jalan sg lalang/sg tekala. 5 minit di hadapan ada signboard besar, pusing kanan. Pegi ke hujung jalan tu, terus sampai fish valley. Ada beberapa kolam di situ. Kolam monster ialah yg di belakang sekali.

    ReplyDelete