Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Kepada semua umat Islam yang setia membaca blog ini, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, bulan yang Mulia. Moga-moga puasa dan segala ibadah kita diterima Allah dan doa-doa kita dimakbulkan. Kurangkan yang makruh, Tingkatkan yang sunat. Jangan sibuk mancing, solat and puasa pun terbolos....takleh gitu bro. Rezeki di tangan Tuhan, cemana nak land monster gitu kan????
Dan seperti tradisi telibesen Malaysia lazimnya di bulan puasa ini akan menayangkan cerita siri Arab, blog ini juga akan menghidangkan kepada pembacanya menu perisa Arab, yakni pengalaman memancing di Laut Arabia.

Port Doha, di mana mereka berlepas

Kawan saya yang pemalu dan hanya ingin dikenali sebagai Elle Ismail telah lama bermukim dan bekerja di Qatar. Oleh kerana beliau amat pemalu mengalahkan beruang panda, takda lah gambarnya memegang rod atau ikan. Yang ada cuma gambar gengnya, ikannya dan pemandangan nan indah. Enjoy la ye...selamat nonton!!
Boleh tahan banyak hasil tangkapan. Tak sangka ye

Yang ni namanya Ikan Hamour. Cakap melayu saya tak tau tapi suku sakat Kerapu rasanya ni

Tinggal separuh, di ngap Barracuda katanye

orang arab bulu lebat wooo...
ReplyDelete