Wednesday, August 1, 2012

Santai Ketam @ Lexis Port Dickson


Salammm semua,

Pada kali ini, blog akan memaparkan aksi-aksi yang lebih tenang dari aksi pemancingan yang tetuan semua lebih biasa hehehehe

Kisah bermula pada waktu cuti panjang baru-baru ini di mana keluarga Che Man telah pergi ke pantai peranginan popular di Port Dickson, Negeri Sembilan, atau orang tempatan kato Potdeksen, Nismilan.  Statusnya sebagai pantai cantik yang terdekat dengan Lembah Kelang, Port Dickson atau PD memang menjadi tumpuan pelancong dan pemancing tegar.  Blog ini juga telah memaparkan PD pada post-post sebelum ini,  check it out :

1.       Legend Water Chalet
2.       Jigging di Teluk Kemang


Tempatnya cantik, kalau nak pergi elok ikut tol Lukut dari tol PD.  Sesampainya ke bilik, Che Man terus memeriksa dan mengusha peluang merendam umpan.

 Day bed tempat lepak
  Boleh usha tahap pasang surut air

Kamera untuk mengambil gambar ikan.  Siapa laaa yang casting ladung tu

Test cast dari bilik sendiri.....hampehhhhh
Brader sebelah pun layan gakkk

Jadi setelah hampeh mengcasting dari anjung bilik, Che Man dan keluarga pun merayau-rayaulah di pesisiran kaki lima sebab hotel ni takda pesisiran pantai.  Jumpa lah seorang brader otai yang memang tegar memancing di situ.


Menurut brader ni, dia memang sebulan sekali mesti check in di Lexis untuk memancing.

Pumpun pasir umpan pilehan

Bebulus dan Ketam hasil yang didapati.  Menurutnya, ikan tak banyak sebab air cetek je sini, tiang je yang tinggi.  Tapi ketam banyak katanya.... Brader ni memang suka melayan ikan-ikan size mini ni. Katanya kalau todak pun best, sebab bila melompat serupa macam mini Marlin. Sukati lu laa braderrr heheheehe
Jadi Che Man pun sudah terfikir, kalau dah ikan kecik kecik camtu cemana nak layan?  Baik layan ketam, sesuatu yang baru dan memang nampak potensi hasil nye.  Jadi Che Man sekeluarga pun pergilah ke pekan PD dan terjumpa kedai ini.


Nasibnya baik kerana bukan sahaja kedai ini menjual perangkap ketam, di situ juga terdapat seorang otai melepak yang senang hati memberi tunjukajar dan khidmat pakarundingnya.  Menurut otai itu, apa-apa umpan pun boleh digunakan seperti ikan atau udang, tapi kepala ayam yang terbaik!!! Sebab tahan lama sikit, katanya. Apa apa jelahhhh pakcikkkk.

Jadi on the way pulang ke hotel, Che Man singgah di kedai runcit dan membeli ikan kembong yang hampir pecah perut.  Perangkap di pasang dan di rendam dari anjung bilik tu.  Setiap 2 jam perangkap di angkat dan diperiksa.


Alhamdulillah!!!! Berhasillll.

Dapat lagi
....dan lagi

Best kan?
Inilah final count nye.  Sebenarnya dapat lebih lagi, tapi beberapa round pertama tu, Che Man tak ikat jaring simpan ketamnya ketat-ketat, so bila air pasang tinggi, ketam-ketam sekolah ni berjaya keluar menyelamatkan diri.

Apa-apa pun, sesampainya di rumah Puan Che Man terus memasak lomak cili api dan ketam-ketam ini selamat bersemadi dalam perut keluarga Che Man selang 3-4 jam sahaja selepas gambar-gambar ini diambil. heheheh apa nak buat, rezekiiii.

Salam semua!!! Ciao dan selamat berpuasa!!!

Tuesday, July 24, 2012

Sekadar Di Pinggiran (Putra) @ HM Eco Resort

 

Salam semua,

Bagaikan aur dengan tebing, pemancing tegar memang sukar dipisahkan dari tepi air.  Sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk merendam umpannya.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aktiviti pemancingan diperlahankan untuk memberi tumpuan kepada ibadah dan istirahat.  Biasalah jekkk, ikan sampai bila-bila pun ada, kan? Jadi cerita-cerita yang dipaparkan dalam masa 2,3 minggu itu adalah kisah yang telah berlalu. Janganlah cemas jika ternampak Abuya menghisap rokok dalam gambar yang dipost ni yeh.


Kali ini kami akan memaparkan profil kolam HM Eco Resort.  Ianya terletak bersebelahan Putrajaya, iaitu di Desa Pinggiran Putra.  Tak jauh dari kolam Danau Pinggiran Putra yang top meletop dengan jackpot dan pertandingannya.

Kegigihan tangga kejayaan

Aksi di kolam ini biasa-biasa aja.  Setiap 2 minggu dikatakan melepaskan ikan hampir setan setiap kali tapi jadual pemakanan ikan itu agak luar tabiee, jadi kami tak berapa pasti tentang strategi perkiraan hari yang berkesan.

Hasil-hasil awal dari budak budak bawah umur dan terlebih umur
Rata-rata, kolam ini ada jugak ikan monster tapi sangat susah memakan umpan.  Bentuk kolam yang tidak symetri jugak menyekat keselesaan pemancing. Harganya standard untuk kolam air tawar dan spesis yang dilepaskan seperti biasa laaa...rohu, pacu, patin dan leekoh.  Kolam ini juga membeli semula ikan hidup tetapi pada harga yang sangat rendah.  Ada pemancing (termasuk saya) yang membawa ikan yang ditangkap untuk dijual di luar (hint : kolam sebelah).

Apa-apa pun, jika kena pada harinya, aksi rohu agak menyeronokkan di sini tapi nak buat percaturan hari apa ikan tu start makan agak sulit.  Kalau ada waktu terluang, boleh la try tapi jangan mengharapkan aksi-aksi luar biasa di kolam hanya sekadar di pinggiran ni.

Salammmm.

Thursday, July 19, 2012

Candat Extreme @ Kuala Abang

 
Salam semua,

Pada cuti panjang yang lepas, Ih Speymaster telah meninggalkan permainan kurafat speycasting (hehehehe :P) untuk datang melawat Paradise of Fishing, Negeri Terengganu Darul Fishan.  Yang menyambutnya di sana tidak lain dan tidak bukan adalah saya sendiri, Man Toman sebab kampung halaman saya memang di situ.

Jadi pada hari yang ditetapkan itu, kami pun pergi ke pantai Teluk Lipat, Dungun dan melayan la joran pantai, dari yang panjang tujuh, sembilan hinggalah ke yang lima belat kaki.  Umpan yang digunakan termasuk la gewang udang soft plastic, kembung dan sardin slice dan juga sotong.


Namun hasil tak memberangsangkan.  Jiran-jiran sebelah kami di pantai pun kecewa; umpan langsung tak terusik.  Apa nak buat, mungkin faktor air ataupun umpan.  Sama jugak la hasil macam hari tu....cite di sini


Ini jelah yang dapek...apo nak dikato

Jadi selepas makan tengah hari dan solat Zohor, kami pun mengembara naik kereta BMW untuk mencari spot dan pot yang lebih cun.  Dari satu hujung ke satu hujung pantai Dungun, melepasi Kuala Sungai Dungun dan jambatan Seberang Pintasan kami berkelana, tapi tidak terjumpa pot yang on the spot.

And then, dari pantai Tanjung Jara Resort, kami ternampak sebuah kawasan tanjung berbatu yang nampak agak happening.  Itulah Kuala Abang, tapi macamanan nak ke hujung sana???  Kami pun terus mendapat nasihat dan petunjuk dari seorang pakcik season yang sedang membuat kerja outdoor di situ.

Senang je.  On the way dari Dungun ke Kuala Terengganu ada simpang masuk ke klinik kesihatan Kuala Abang.  Masuk simpang itu dan terus ke hujung jalan.  Kalau tak berhenti di hujung, tentu kamu masuk laut.

Sesampai di situ kami dikejutkan lagi dengan aksi-aksi extreme pengail tegar di situ.  Agaknya keilmuan dan pengamalan mereka dalam bidang pemancingan ni dah terlampau tinggi sehingga kelihatan mereka umpama berjalan di atas air!!!!  Tak caya tengoklah sendiri.

Rupanya geng hardcore ini sedang membuat aksi lagak ngeri berdiri di atas batu karang. Sekali sekala mereka terbarai dilandai badai tapi tetap bangun semula.  Jatuh bangun dalam Majal adat memancing beb!!!

Terbarai!!!
Kami memberanikan diri mendekati salah seorang atlet X-Games ini dan amat terkejut sekali apa bila diberitahu mereka sedang mencandat sotong!!! Power tu geng!!! Siang-siang buta dan tepi pantai!  Dapat hasil pulak tuuuhhh!!!! Tak sebesar hasil dari trip candat kami, tapi goreng kunyit pun sodap tu!!!!
 
Peralatan Extreme yang ringkas dan berhasil
 Dapat 4 ekor.  Kelihatan Spender spare yang memang antara Keperluan Asas
 
Selepas seorang-seorang silih berganti dan bergandingan mencandat Extreme di situ.  Mungkin satu hari nanti, kami akan sampai ke tahap tegaran itu.

Teknik pemotongan sotong Seymaster memang boleh mematikan selera.....:P

Tapi bila dah siap masak, memang sodappp..Alhamdulillah
Ketupat Sotong/ Sotong Sumbat dan Sambal Sotong Petai

Sotong Telur Masin

Dan sehingga hari itu tiba, ada sesiapa yang berani ke? Kasi hantar gambar sekali, test tengok!!!!

Salam!!!

Saturday, July 14, 2012

Main Baitcaster

Lamo dah tak main baitcaster. Baru2 ni turun la jugak sebab kalo tak main benda yang dah ada, membazir namanye...


Tapi nak main sorang2 kat kolam bayar ni "not my style" la bak kata pemanching modern. Oleh sebab Mr. Onn pon dah lama tak main baitcaster, dan dia juge tak suka membazir, kami pon sepakat membawa berkat ke kolam Kampung Delek, Kelang... Tempat yang syok main baitcaster...


Harga okay, penjaga comel dan umpan banyak... Kolam ni hari Selasa lepas ikan satu lori. Nasib baik lori tak masuk kolam skali... Kalo tak, penat tarik lori pakai panching...


Time tengah hari main baitcaster kat sini memang cun. Terus bengkok joran ha... Drag pon keluar sebab setting rendah... Kalo setting full specs, 18kg tu, kesian la ikan "Drummer" yang banyak kat kolam ni... Tercabut rahang dia nak lawan baitcaster... heheh... Jadi setting kat sekilo dah le bagi sedap...


Macam biasa, bila dah dapat, ikat kat tiang. Sambil menunggu sekor lagi makan, kita boleh tengok2 ikan yang dah tertambat tu...


Haritu main, Alhamdulillah, 3 ekor la naik. Macam sejam sekor la. Tak le power mana tapi niat nak main baitcaster tu terchapai... Apa lagi mau...



Ikan pon berat la juge, dalam kategori bantal busuk, 2kg...Jadi itulah dia permainan baitcaster, paling elok di kolam Kampung Delek, Kelang, Selangor, Malaysia...