Wednesday, December 22, 2010

Jenahak Makan Jig @ Port Dickson

Gambar Kerapu makan Jig, bukan Jenahak

Salam all,

Cerita ini berkisar di sekitar dua sahabat, Brader "A" dan Brader "R". Inilah gambar gambar mereka. Kalau nampak familiar je, mungkin ada pembaca yang pernah memancing di kolam Danau Biru dan ternampak mereka. Seorang bertugas di kaunter, yang sorang lagi bertugas di kolam (mancing la tuuu).

Brader A bertugas

Brader R, malu malu konon!!!
Mereka ni sahabat baik sekampung dan kebetulan berkongsi minat mengail yang mendalam, sedalam laut Selat Melaka.

Baru -baru ini mereka telah memulakan aktiviti baru - jigging di sekitar pantai Port Dickson. Memandangkan Port Dickson ni dekat dengan tempat tinggal mereka, trip men"jigging" telah diatur sebulan sekali, mengikut nasihat tekong dan kesesuaian air. Jika ada sesiapa teringin nak jigging di PD, silalah contact dua sekawan ini samada melalui blog ini ataupun terus tegur mereka sendiri di kolam you-know-where.

Jigging ni adalah kaedah menggunakan umpan palsu atau gewang, yang diturunkan ke hampir dasar atau kawasan terumbu karang, lalu digerakkan ke atas dan ke bawah. Gewang yang digerakkan itu akan nampak seolah-olah ikan habuan yang hidup lalu ZASSSS di sambar oleh ikan pemangsa. Berbeza dengan teknik lain seperti menggunakan sesudu atau popper, di mana pergerakan gewang mengikut arah mendatar atau horizontal di dalam air, gewang untuk jigging bergerak ke atas dan ke bawah.

Contoh Jig yang agak pelik, macam itik kan?

Jigging di PD ini memerlukan jig seberat 80 hingga 100 gram serta mata kail yang agak besar. Saiznye? Agak-agak muat mulut kerapu bara tu, kira oklah tuu. Set up peralatan pancing yang sesuai adalah yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu heavy action. Kerana aksi jigging ini memerlukan henjutan joran (bukan henjut lain tau, kang orang lain dalam bot terjun masuk laut hehehe), jadi ianya dilakukan sambil berdiri dalam bot supaya senang dirembat.

Dekat je di persisiran pantai

Trip jigging yang diatur agak selesa. Berlepas dari pantai Teluk Kemang dalam bot fibreglass kecil, yang boleh memuatkan 4 pengail dengan nyaman, pada lebih kurang pukul 9 pagi. Tidak jauh, cuma 30 minit keluar dengan bot, sudah sampai ke destinasi. Mungkin kawasan dalam dengan sepahan terumbu karang, berdasarkan spesis-spesis yang dinaikkan. Laluan perkapalan juga tidak jauh ke hadapan.

Pandangan dari Bot : Rumah Api Tanjung Tuan
Namo ponjajah eh Cape Rachado Lighthouse

Bayangkan laah...berdiri dalam bot yang terbuai-buai mengikut ombak, tongah paneh bak kata orang Nismilan tempatan di PD tu, terhenjut-henjut joran tu hehehe. Tapi bila hasilnya lumayan, pueh hati den!!! Dan nasib baik kawasan pancingan tidak berapa jauh dari pantai; waktu tengah hari panas terlampau, bot ini pulang ke pantai sebentar untuk pengail berehat sambil makan tengah hari. Selepas itu, disambung semula menjigging hingga pukul 7 petang.

Di trip terakhir jigging ini, Brader A dan R telah mendapat pelbagai ikan dengan tahap kepuasan penarikan yang maksimum, contohnye Kerapu, Talang, Baby GT dan Jenahak pun bantai Jig?!!! Malangnya tidak banyak gambar yang dapat dirakamkan kerana aksi jigging memerlukan perhatian sepenuh pemancing dan juga penggunaan kedua-dua tangan. Jadi, nikmatilah apa yang ada ye....

Cantik Jig abang ni, ikan pun chantekkk

Sonyum pueh sampai ko tolingo!!!

Hingga ke lain waktu, Selamat!!!

6 comments:

  1. Huh!! mmg bergaya bila dpt melayan dgn sang kerapu bara nie... Plak2 tu guna gewang/rapala... Good info n story bro....

    ReplyDelete
  2. Waaaa itu ka maksudnya jigging. Definasi yang terbaek. Dalam melayu apa "jigging" prof danau? Mengenjut boleh pakai ka? Kelindan bot rupanya En. A dan En. R danau biru ni... En. Y tak masuk blog ke?

    Pancing layang ni rasanya belum ada cara mengenjut ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum bro, saya pong minang sangat dengan mancing ni,,tengah susah ati nak cari port mancing dekat PD, sebab kami sekeluarga nak buat family day pada 16/12 hingga 18/12 ni,, tapi kaki pancing tegar dalam keluarga (7 adik beradik, semua dah kawin) cuma saya sorang..ingat nak cari ikan buat lauk makan sekeluarga..dan memang taknak lepaskan peluang memancing..selau pi PD kalau setakat mancing pantai memang hampehhhh...bro boleh saya joint keatau aturkan satu trip untuk guee,, mungkin dalam 2 atau paling ramaipun masuk sorang lagi ni,,3 orang..nak sangat broo...boleh hubungi guee dalam masa terdekat ni...013-3446488 Shah.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan shah,
    Boleh tinggalkan email add saudara di gorilafishan@gmail.com pls. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam..boleh share no tekong aka tuan punya bot? cam best jer kt tanjung tuan nie..tq

    ReplyDelete
  6. salam.
    waktu jigging terbaik kat Port Dickson tu sebaik2 nye pada waktu air kecik atu air besar...?? berapakah julat pasang surut masa air kecik atau air besar untuk jigging...

    TQ

    ReplyDelete