Berhati-hati!!!! Anda kini memasuki Snakehead Zone...silap haribulan hilang jari kaki!!!!
Anyway, hari tu saya dan Mango Jacques mewakilil Gorila Geng pergi merewang ke Rawang. Niat di hati semestinya nak memancing tapi disebabkan faktor hujan lebat, wap (stim) telah terpotong dan kami cuma membuat tinjauan recce sahaja.
Kami telah melawat 2 kolam. Uniknya pasal kolam-kolam ini kerana aktiviti yang dianjurkan adalah pemancing Ikan Monster dimana umpan anak ikan dan gewang sahaja dibenarkan. Ini bolehlah dikatakan SpeyMaster's Dream Come True.
Kolam Pertama diberi nama Jurassic Game Fishing Pond. Menurut info orang dalaman, kolam ini dipenuhi oleh ikan haruan dan toman berskala monster kecik ke monster besor. Sejauh mana kebenaran, kami tak dapat nak confirm. Kalau ada duit lebih dan tak tau nak buat apa, silalah try kolam ini kerana cajnya agak Kasssaaarrrr......
Jalan ke kolam ni senang je. Dari Tol Rawang, pusing kiri di traffic light ke arah jalan Kuala Selangor. Lepas simpang ke Country Homes dan simpang Bandar Tasik Puteri, standby untuk masuk ke kanan bila nampak sign ini.
Kolamnya besar dan cantik. Tebingnya sangat rendah, sesuai untuk menggasak ikan. Bangsal tempat berteduh pulak sedikit sahaja, sesuai dengan tema kolam ini sebagai kolam casting. Di tebing sekeliling kolam ini pula disediakan tangguk, supaya pemancing bebas bergerak casting ke sana ke mari.
Hujan pun turun. Tapi brader ni tetap tegar....
Mula-mula dia pakai gewang katak. Sikiiiiit lagi nak strike!!!Pastu dia cuba gewang spinner lak
Pastu dia try Popper
Namun tak berjaya....apa lagi nak cuba bro???
Nampaknya takda aksi aksi berahi pada sesi recce kali ini. Kami pun mengambil gambar pekerja kolam mengalih haruan bujang ke kolam sebelah. Tak lama lagi nak bukak lagi satu kolam katanya.
Haruan dalam kolam dan sangkar
Mengaut ikan. Video ini kurang sesuai untuk golongan wanita dan kanak-kanak.Lori sempoy mengangkut ikan. Confirm tak lulus PUSPAKOM
Amacam?? Ada berani ka?Nantikan Part 2 dalam siri Recce Kolam Monster ini....di posting ini!!!
No comments:
Post a Comment