Salam semua,
Kali ni nak cover kolam yang tak syok langsung memancing. Kami try pun sebab masa sampai tu takda orang lain memancing. Selesa la sikit sebab rasa macam dah book satu kolam, tapi takda orang langsung pun sebenarnya merupakan warning sign.
Mengikut si penjaga-penjaga kolam ini yang kuat menyanyi, terdapat pelbagai spesis ikan air tawar. Ikan istimewa di sini ialah Siakap Air Tawar, yang menjanjikan hadiah wang tunai sekiranya berjaya dinaikkan. Sekiranyalaahhhh.....
Menurut mereka lagi, ikan di situ hanya makan umpan roti cecah pandan, setup perambut mata satu menegak di dalam air. Dedak tak makan.
Ikan tak makan, tapi manusia tetap makan. Macam kenal tak brader CFSB ni??
So ini lah gambar kolam nya. Kuak ikan banyak, tapi langgar tali pun kurang. Kami tak recommend memancing di sini. Nak lepak lepak picnic mungkin boleh sebab ada privacy, tapi kalau nak ikan tak payah la kot.
Kuak ikan je lebih...
Dan yang paling pangkah kolam ini ialah tidak ada kemudahan surau untuk pemancing yang nak solat. Takkan memancing sampai tak solat bro, terjun kolam lagi baikkk. Taukeh kolam cina pun ada sediakan ruang solat, agak agak lahhhh.
Sekian sahaja.
No comments:
Post a Comment