Kali ini kami gorila geng ingin memaparkan kisah percubaan memancing di pusat pemerintahan Malaysia yakni Putrajaya. Bukanlah memancing dari opis PM tu ataupun tasik Putrajaya yang besar tak ingat tu. Kalau dapat mancing kat situ memang syiok bangat. Hatta tempat yang dibenarkan memancing hanyalah di Taman Rekreasi Air di Taman Wetland Putrajaya.
Gambar panorama dari kaunter pembayaran
Istana dan jeti
Harga memancing di sini sangat murah tapi tak berpatutan (sebab tak dapat ikan la tuuu). Lesen memancing berharga RM20 sahaja untuk sehari memancing. Dan juga terdapat pakej sewa bot untuk pemancing yang tidak puas memancing di tepi tepi sahaja. Kemudahan kayak dan canoe juga ada tersedia tapi tidak boleh digunakan untuk memancing....kitorang dah tanya dahhhh. Kalau dapat kayak tu, sure lajuuuu je kami kejar Pak Toman.
Abuya menunjukkan spot toman dan temoleh. Dia boleh nampak dari tebing tu
Saya pun first time sebenarnya mendayung sampan ni, so ada berpusing-pusing jugak laahhh. Lama-lama dah dapat rhythm dia baru la syokkk island hopping dari sana ke mari.
Macam orang jahat cite koboi
Pulau depan tu ada penunggunya. Brader muka ketat sudah pasang banyak rod di sekeliling perimeter pulau...potong!!! Mau landing pun susahhhh.
Setelah penat berkayuhan, casting dan slow motion trolling, kami pun landing di salah sebuah pulau di situ. Kami memanggil pulau ini Pulau Kerengga kerana banyak semut dan kerengga yang menyambut kami dengan gigitan manja.
Reverse reverse parking
Jiran kami di pulau tersebut. Brader-brader ni sedang memburu temoleh.
Siap umpan tapah dan sawit masam....Respek!!!
Agak susah memancing dari tepi sebab airnya cetek. Mungkin kena bawak rod pantai baru sampai.
Pot terbaik mancing tepi ialah jeti rehat ni kerana boleh baling lebih jauh ke tengah
Agak bebas memancing di sini dari segi peralatan dan jenis umpan. Tapi mencabar kerana kawasan airnya sangaaaaatlah besar. Tapi murah, so memancinglah sampai ke petang senja pun....
Hari pun dah petang, muka pun dah suram sikit hehehe. Jgn marah bro, bertawakallah!!!!
Kasi try la sekali. Salam!!!!
Hi, i nak tanya, kalau dapat ikan, boleh ikan tu saya bawa balik???atau nak letak balik??
ReplyDeleteBoleh bawak balikkkk...tarahal punya!!!
ReplyDeleteumpan ape yg terbaik kat cni & ape spesis yg slalu naik?
ReplyDeleteumpan potongan buah sawit laa.... ikan lampam komfem dapat... nasib baek dapat la sebarau atau kelah :)
ReplyDelete