Wednesday, February 22, 2012

G.T.A. @Taman U, Seri Kembangan


Salam semua,

Bulan ini aktiviti pancingan seloowww sikit atas beberapa sebab. Antaranya, tangan pancingan saya sedang diuji dengan kesakitan otot dan sendi, mungkin peringatan dari Yang Maha Esa agar jangan terlampau banyak memancing, sikit sikit ok ler. Sefoo kami juga masih terasa kehilangan ibu tercinta, semoga rohnya dicucuri rahmat, Al Fatihah.


Jadi cerita ini bukanlah yang terpaling latest tapi agak syiok jugak. Kolam ini terletak di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan. Nak cerita dia punya jalan mau pegi tu, leceh sikit. Taman Universiti Indah ini terletak di antara Taman Ekuin (area Pasar Borong Selangor) dengan Kedai Peralatan Memancing Aboy (otai mancing tau la ini kedai). Bila sampai traffic light Taman Universiti Indah kasi masuk. Kemudian masuk simpang pertama naik bukit, dan masuk simpang kanan yang ke empat. Melalui rumah-rumah orang tu...ada kolam yaaayyyyy!!!!

Siakap Pertama saya dari Kolam ni
Kolam ini mulanya kolam siakap tapi sejak akhir-akhir ni telah mempelbagaikan spesis dan secara langsung menyemarakkan lagi tahap keseronokan pemancing. Pada hari-hari tertentu dalam seminggu, kolam ini melepaskan selain ikan siakap, spesis rempit yang lain seperti kaci, senangin dan GT.

Anda tau GT?

Ini kereta GT Dagger...lainnnn


Tidak lain tidak bukan, adalah Giant Trevally yang merempit di perairan dunia. Tapi takda GT yang bersaiz ratus ratus pound, itu semua kena pegi Lautan Pasifik (lain tahun pak haji mau organize trip situ ok? Chantekkk), yang kat sini boleh klasifikasi sebagai baby atau bayi belum bercerai susu hehehe.

Sifoo dengan GT sangkut badan hehehe

Anyway, inilah antara paparan paparan yang sempat kami rakam di kolam itu. Harganya agak standard untuk kolam air masin, so cubalah bila bila.

Farid Kaci antara yang telah membawa naik senangin 3.5kg di sini
Pandangan dari sisi bertentangan kaunter (Pot GT)
Abuya sedang bikin perambut....ke makan kuaci?
Brader baju kuning tu mencuba umpan kembung di pot GT tapi hampa hari tu

Brader ni tak hampa....




Penantian yang berakhir

Sedap dilayan 3 rasa...terima kasih Abuya!!!

Ciao!!!

3 comments:

  1. Brapa byaran sejam kat sini? Laki aku dah jd gila pancing kat sini, sakit ati gak klau nk layan hobi yg slalu blik rmh lewat mlm sbb buang masa kat sini.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum tuan tanah dan yang membaca.... info terbaru kolam taman u (kolam chong)
    baru dibuka semula lepas proses pembersihan kolam pada 26 / 10 /203. yang menarik rentapan sering berlaku... yang x menarik :D chong dah naikkan harga...

    deposit : rm 70
    3 jam : rm 50
    lepas 3 jam : 15

    agak mahal berbanding rate sblm kolam di cuci

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak2 tuan kerana kongsi info terkini. Kalau ada gambar2 and kisah2 rentapan dan sentapan tu, sila kongsi, saya akan postkan :)

    Dalam kolam dia sudah cuci, persekitaran kolam tu selalu ada sepah2 sikit. Itu dia tak cuci ka?

    ReplyDelete