Wednesday, November 16, 2011

Pantai Emas Sepang Bahagian B

Salam hormat geng-geng dan geng. Haritu kami ada cerita pasal Pantai Emas Sepang Bahagian A. Inilah sambungannya... Jeng-jeng-jeng...

gambar hiasan

Jadi lepas lawatan ke semua jenis bilik dan santapan bersama tuan besar, kami pon diingatkan supaya jangan mancing. Selesailah kerja tuan besar sebab dah warning kami. Lepas dihantar ke bilik, kami pon boring. Mula2 ada ikan todak dok main2 kat air, saya pon campak fly pakai tali sahaja. teknik ni dikenali sebagai koyan fly, iaitu teknik ciptaan guerillafishan. Dia tak layan... Kami bertambah boring... Masa tengah boring boleh pulak nampak amoi mandi telanjang kat bilik depan sana tu. Ahhhh! ni dah merepek, jadi kami pon mendapat ilham untuk seludup joran masuk menggunakan kenderaan penyeludup joran.

joran dalam kenderaan penyeludup joran

Lega rasanya dapat seuludup joran. Matakail pon kami pasang ngan menatang umpun-umpun.

Umpun-umpun sebelah streamer fly

Dan inilah yang terjadi iaitu memancing yang menjadi!!! Mancing sini macam buleh dapat ikan 10 minit sekor/sorang...

Gelama
Gelama lagi
gelama bosar sikit

Angah budak gelama

Lepas angah dah boring tarik gelama, saya pon pakai rod 7 kaki cap fenwick bertatahkan reel abu garcia. Tiba-tiba lain macam rasanya, rasa macam gelama super menarik. Bila dah naik, rupa-rupanya sang tetanda.

Tetanda bin Jenahak

Tetanda saiz 8

Dah dekat 30 minit mancing, saya try campak jauh sket kat pot gelap. Niat nak tangkap monster la. Tak sampai seminit umpan jatuh dalam air, tiba-tiba joran bengkok kaw2. Kalo dah niat nak nangkap monster, naiklah monster sembilang! Menjerit2 geng gorilla lain macam gorilla dapat pisang! Depa jerit PERMAINAN BESAR! PERMAINAN BESAR! atau dalam bahasa mat salehnya BIG GAME! BIG GAME!...

Sembilang permainan besar

BIG GAME dah dibuang sengat dek Mat Pyan...

Hasil 3 joran dalam 15 minit pertama...
Hasil 15 kemudian 15 minit pertama

Jadi lepas tu lontaran demi lontaran dan tarikan demi tarikan sampailah air pasang maximum. Dah maximum air, ikan pon slow sket makan.

Penangkapan gelama lagi

Hasil buruan sewaktu air maximum

Lepas air dah surut, amoi tu buat free show lagi skali... Memang pueh hari pot kat pantai emas sepang ni. ikan banyak... Lepas habis free show kami pun calo la balik rumah, bahagikan hasil kat jiran rapat, mr. onn dan saya. saya pon macam biasa siang ikan dan tido...

sembilang, gelama papan, gelama pisang, tetanda dan gerut

susunan rezeki sepang

kalo ikut rancangan, malam ni patutnya kami ke sana lagi, tapi ada 2 sebab tak jadi pegi.

Sebab 1: Mat Pyan masuk universiti dan ada kelas malam.
Sebab 2: Hari Ahad lepas, pantai Bagan Lalang airnya warna cokelat. Biasanya hijau. Ahad leas kat pantai tu dapat 2 ekor je.

macam idup lagi sebab fresh...
dah mati pun macam idup lagi...

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, wajiblah kita menjaga air kalo nak stim mancing...

1 comment:

  1. Fishing or Amoi Telanjang??? Fishing telanjang tetap best...ikan telanjang!!

    ReplyDelete