Apakah sebabnya blog ni lama sangat tak di"update"? Mungkin sebab mereka yang menyelengara blog ini sibuk bekerja. Sibuk macamana pun, kita harus ingat 5 perkara...
1. "The worst day fishing still beets the best day at work"
2. "Working is for those who dono how to fish"
3. "Fishing is for those who know how to work"
4. "Only big bosses fish"
5. "Guerilla is Fishan"
Untuk cerita pendek (cerpen. cerdek tak bleh ka? awat? macam cerdik ke bunyi dia?) Okay, untuk cerpen kali ini, saya ingin menceritakan bagaimana memancing boleh membuat anak-anak kita menjadi manusia berguna di masa depan kelak... Menjadi khalifah di muka bumi ini...
Penyeri kolam
Memancing, suatu aktiviti yang amat baik, bahkan ianya adalah aktiviti terbaik untuk melatih anak-anak kita supaya bertanggungjawab. Ini kerana faktor peraturan, tempat dan orang tidak terlepas dari memancing.
Berlatih muda
Peraturan memancing dapat diajar kepada anak-anak agar dapat diamalkan dalam kehidupan seharian untuk mencapai matlamat menjadi manusia berguna di muka bumi anugerahNya ini. Peraturan menjaga kebersihan, peraturan umpan apa untuk ikan apa, peraturan kekuatan tali, peraturan mengikat gewang dan macam-macam peraturan yang baik lagi jika diamalkan dapat mengajar si kecil menjadi orang yang patuh kepada undang-undang. Sebagai contoh, di kolam bayar pasti ada peraturan menepati masa. Jika peraturan ini tidak diendahkan, pasti kita memancing terlebih masa. Oleh itu, faktor menjaga masa dapat diterapkan dalam hati anak-anak dengan memberi sebiji jam kepada mereka. Dengan jam tersebut, pertanggungjawabkanlah anak-anak untuk menjaga masa memancing. Ingat...
BSM-ILLH-HRHM-NRHIM.
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran [Al-Quran, 103:1-3].
Faiq Sultan Pacu
Tempat memancing juga memainkan peranan mengajar anak-anak menjadi orang berguna di masa hadapan. Mereka boleh diminta untuk menjaga kebersihan tempat memancing. Mereka boleh dilatih supaya peka dengan keadaan persekitaran tempat memancing. Mereka boleh diminta menjaga "tackle box" dan mengurus tempat umpan. Pendek kata, mereka boleh dijadikan "caddy" sewaktu memancing.
Tempat dan masa yang sesuai, membawa hasil yang lazat.
Akhir sekali, faktor orang. Kawan memancing mestilah selalu diajak apabila hendak keluar mencari rezeki yang halal melalui memancing. Oleh itu, ikatan persahabatan yang akrab dapat diterap dalam hati suci anak-anak kita melalui aktiviti memancing. Teman tadi jugalah yang boleh memberi pandangan yang baik seperti umpan apa yang hendak dipakai, baju apa yang sesuai dipakai dikala memancing. Mereka jugalah boleh dibawa bersembang sementara menunggu ikan. Oleh itu, jadikanlah anak-anak kita teman memancing kita.
Teman saya dari kecil
Jangan persia-siakan usia muda anak-anak kita dengan mengurung mereka dalam rumah dengan hanya menonton rancangan memancing. Bawalah mereka memancing. Cerahkanlah masa depan mereka. Moga-moga mereka menjadi manusia yang berguna apabila dewasa...
-ihzan-