Tengah buat apa sambil-sambil baca blog ni? Tengah ikat perambut ke? Ke buat-buat dok browse web cari info bagi tujuan kerja opis? Apa-apa pun, ucap selamat dari kami kepada anda, pelawat setia blog kami. Disebabkan blog ini agak internazionale, I would also like to extend our salam and greetings to our non-Malay speaking blog readers. Come back regularly!!!
Kolam Memancing Jugra, Banting
Sesungguhnya pemilik-pemilik blog ini memang mempraktik dan menggalakkan aktiviti mengail ikan di kawasan-kawasan takungan air semulajadi, secara mampan dan penuh tanggungjawab. Namun disebabkan kesempitan masa dan peluang, gara-gara tuntutan masa dari kerja harian dan keluarga, mengail di persekitaran semulajadi tidak kesampaian. Jadi kami selalu jugak, terpaksa memancing di kolam-kolam bayar komersil yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Apa nak buat, bila dah gian mau tarikkkkk.....
Pandangan penjuru kolam
Jadi dari masa ke semasa kami akan memprofilkan kolam-kolam bayar yang kami lawati, terutama sekali yang berada di sekitar Lembah Kelang. Kami tidak dibayar atau ditaja oleh mana-mana pihak kolam pun ( tapi kalau ada yang nak sponsor, boleh aje :P ), malah kami yang membayor untuk memancing disitu. Jadi pendapat kami adalah objektif dan adalah berdasarkan kepuasan masing-masing memancing di kolam tersebut.
Antara kolam-kolam yang pernah diprofilkan adalah :
Kolam LS, Pulau Carey Post 1 dan Post 2
Kolam Danau Biru, Bandar Baru Bangi
Kolam Siakap Semenyih, Selangor
Kolam Coffee Village, Pinggiran Putra, Selangor
Kali ini, kami akan mempersembahkan Kolam Memancing Jugra, Banting. Profesor Ih pernah membuat pembentangan pasal kolam ni tidak lama dahulu di sini.
Professor Ih mengukur perimeter kolam Jugra
Kolam memancing Jugra terletak di area Banting, Selangor. Ada beberapa cara untuk ke Banting, so bergantunglah saudara pembaca datang dari arah mana kan. Tapi ia terletak tidak jauh dari pekan Banting. Kat pekan tu pun ada kedai pancing, jadi kalau ada last minit nak beli-belah, takut tak cukup pelampung, mata kail ataupun swivel apa bagai, bolehlah pitstop sekejap.
Nak ke situ, senang aje. Tanyakan orang-orang macamana nak pergi ke Istana Bandar, sebuah istana lama kat situ. Pastu terusssss je, jangan belok belok lagi (kecuali kalau ada halangan di depan, kang accident susah). Susah jugak mau sesat sebab dia memang straight aje.
Budak bawah umur juga dibenarkan memancing di sini
Kolam ni ada ikan jenahak, kerapu, siakap, kaci dan bawal. Ianya agak selesa dan besar. Baru-baru ni ada kerja-kerja renovation dijalankan, dan ada cafe yang selesa untuk melepaskan lapar dahaga. Ada jugak brader di situ yang menjual barangan pancing sikit-sikit, dan dia juga boleh tolong siang ikan (upah standard RM2 seekor) dan bagi tips memancing di kolam itu.
Istimewa di kolam ini ialah harga umpan udang hidupnya 50sen seekor. Ini sebab pemilik kolam ini juga mengusahakan penternakan udang di sebelah kolam memancing ini, so agak low cost untuk dia la. Kolam ini tidak menyediakan umpan ikan hidup, so kena bawak sendiri. Brader yang tersebut di atas juga boleh membantu dalam urusan umpan ikan hidup, tapi perlu di kowtim sehari sebelum.
"Situ kolam ternak udang, bukan untuk mancing"
Di sebalik pokok-pokok di sekeliling kolam ini pulak ialah Sungai Langat (rasanya), dan kadang-kadang boleh nampak bot yang lalu lintas. Kolam ini agak luas, bentuknya sedikit pelik, mempunyai dua "tanjung", mungkin kerana pada asalnya ia dua kolam yang digabung menjadi satu. Pondok-pondok di sediakan di sekeliling kolam dengan kerusi plastik. Tapi satu kelemahan ialah ketika memancing di malam hari. Lampu-lampu yang disediakan sedikit jauh antara satu sama lain, so tak terang sangat la.
Gini ler ghopanye kolam ni
Proses pelepasan ikan pun tak berapa telus, kerana sangkar ikan terletak agak jauh ke tengah dan tak nampak berapa ekor ikan yang dilepaskan. Harga memancing di sini agak murah bagi kolam air masin, so agak berbaloi gak (kalau naik ikan ler :P)
Inilah beberapa gambar dan video untuk tatapan dan dinikmati, juga ada gambar selebriti. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh le tinggalkan komen di bawah ye. Selamat menatap dan mengail.
Abuya sudah berjaya, Siakap naik
Abuya bawak naik Jenahak
best... aku suka ngan blog ko ni... aku tak pernah lagi smpai kt kolam ni... nak kena test ni..
ReplyDeleteTerima kasihhhh.
ReplyDeleteYes bro, sila pegi. Udang dia tough, lambat mati hehehe.
kolam JUGRA SPORT FISHING(JSF) BANDAR ni...slalu da aku pegi....paling membanggakan...naik kerapu 3.2kilo dan siakap hampir 3 kilo...
ReplyDeleteassalamualaikum brader zul boleh share sikit port mana yg best
DeleteAku dri jb ni, kbetulan mak mertua buat aqiqah anak sok pagi, tu bsok pagi pnya progrem bro, jdi mlm ni?? Haaa, ade x geng2 nk ajk komplot same2 mlm ni? Jomm laaa!!! Berapa kos bayaran masuk dikira yer???
ReplyDeleteni klau dpt ikan depa timbang ke atau boleh bawak balik?
ReplyDeletePocket kena penuh wang datang sini.ikan kena timbang dan waktu malam nyamuk dia cam berpesta je
ReplyDeleteBukan tuan, itu kolam 3 ringgit, ikan kena timbang. Kolam ni di luar sikit, masuk deposit RM70 rasanya, ikan bawak balik semua. Kemudahan pun lebih selesa dari kolam RM3.
Delete