Wednesday, October 27, 2010

Feeding Mr. Siakap

Halo Fishanados,

Here is an AMAZING VIDEO of our good fren and sifu, Eddie @ Farid Kaci feeding a siakap (or barramundi). The fish was caught in a commercial pond some time ago and kept in their fish pond at home. if you notice, the siakap is co-existing with freshwater fishies even though it was caught in a saltwater pondie. Check out the way it Feeds!!!

A few amazing points :

1. Siakap can survive in fresh, brackish and saltwater...RESPECT
2. All siakap start out life as males, but due to some factors unknown, some turn into female
3. Siakap will eat live bait such as small fishies or moluscs or udangs, as well as soft and hard lure baits.
4. When hooked, the siakap will jump (usually clearing the water surface) and spin around. Siakap have some sharp protrusions arounds its gill area, and this jump spinning action sometimes works in snipping the line or unsnagging the hook, thus freeing them.
5. They are among the best sportfish around, due to their fighting tactics and unrelenting spirit.
6. They are delicious when steamed with ginger and a little lime.


video

Friday, October 22, 2010

Profil Kolam : Kolam Memancing di Jugra

Salam semua pemancing,

Tengah buat apa sambil-sambil baca blog ni? Tengah ikat perambut ke? Ke buat-buat dok browse web cari info bagi tujuan kerja opis? Apa-apa pun, ucap selamat dari kami kepada anda, pelawat setia blog kami. Disebabkan blog ini agak internazionale, I would also like to extend our salam and greetings to our non-Malay speaking blog readers. Come back regularly!!!

Kolam Memancing Jugra, Banting

Sesungguhnya pemilik-pemilik blog ini memang mempraktik dan menggalakkan aktiviti mengail ikan di kawasan-kawasan takungan air semulajadi, secara mampan dan penuh tanggungjawab. Namun disebabkan kesempitan masa dan peluang, gara-gara tuntutan masa dari kerja harian dan keluarga, mengail di persekitaran semulajadi tidak kesampaian. Jadi kami selalu jugak, terpaksa memancing di kolam-kolam bayar komersil yang berdekatan dengan tempat tinggal kami. Apa nak buat, bila dah gian mau tarikkkkk.....

Pandangan penjuru kolam


Jadi dari masa ke semasa kami akan memprofilkan kolam-kolam bayar yang kami lawati, terutama sekali yang berada di sekitar Lembah Kelang. Kami tidak dibayar atau ditaja oleh mana-mana pihak kolam pun ( tapi kalau ada yang nak sponsor, boleh aje :P ), malah kami yang membayor untuk memancing disitu. Jadi pendapat kami adalah objektif dan adalah berdasarkan kepuasan masing-masing memancing di kolam tersebut.

Antara kolam-kolam yang pernah diprofilkan adalah :

Kolam LS, Pulau Carey Post 1 dan Post 2

Kolam Danau Biru, Bandar Baru Bangi

Kolam Siakap Semenyih, Selangor

Kolam Coffee Village, Pinggiran Putra, Selangor

Kali ini, kami akan mempersembahkan Kolam Memancing Jugra, Banting. Profesor Ih pernah membuat pembentangan pasal kolam ni tidak lama dahulu di sini.


Professor Ih mengukur perimeter kolam Jugra

Kolam memancing Jugra terletak di area Banting, Selangor. Ada beberapa cara untuk ke Banting, so bergantunglah saudara pembaca datang dari arah mana kan. Tapi ia terletak tidak jauh dari pekan Banting. Kat pekan tu pun ada kedai pancing, jadi kalau ada last minit nak beli-belah, takut tak cukup pelampung, mata kail ataupun swivel apa bagai, bolehlah pitstop sekejap.

Nak ke situ, senang aje. Tanyakan orang-orang macamana nak pergi ke Istana Bandar, sebuah istana lama kat situ. Pastu terusssss je, jangan belok belok lagi (kecuali kalau ada halangan di depan, kang accident susah). Susah jugak mau sesat sebab dia memang straight aje.

Budak bawah umur juga dibenarkan memancing di sini

Kolam ni ada ikan jenahak, kerapu, siakap, kaci dan bawal. Ianya agak selesa dan besar. Baru-baru ni ada kerja-kerja renovation dijalankan, dan ada cafe yang selesa untuk melepaskan lapar dahaga. Ada jugak brader di situ yang menjual barangan pancing sikit-sikit, dan dia juga boleh tolong siang ikan (upah standard RM2 seekor) dan bagi tips memancing di kolam itu.

Istimewa di kolam ini ialah harga umpan udang hidupnya 50sen seekor. Ini sebab pemilik kolam ini juga mengusahakan penternakan udang di sebelah kolam memancing ini, so agak low cost untuk dia la. Kolam ini tidak menyediakan umpan ikan hidup, so kena bawak sendiri. Brader yang tersebut di atas juga boleh membantu dalam urusan umpan ikan hidup, tapi perlu di kowtim sehari sebelum.

"Situ kolam ternak udang, bukan untuk mancing"

Di sebalik pokok-pokok di sekeliling kolam ini pulak ialah Sungai Langat (rasanya), dan kadang-kadang boleh nampak bot yang lalu lintas. Kolam ini agak luas, bentuknya sedikit pelik, mempunyai dua "tanjung", mungkin kerana pada asalnya ia dua kolam yang digabung menjadi satu. Pondok-pondok di sediakan di sekeliling kolam dengan kerusi plastik. Tapi satu kelemahan ialah ketika memancing di malam hari. Lampu-lampu yang disediakan sedikit jauh antara satu sama lain, so tak terang sangat la.

Gini ler ghopanye kolam ni
video

Proses pelepasan ikan pun tak berapa telus, kerana sangkar ikan terletak agak jauh ke tengah dan tak nampak berapa ekor ikan yang dilepaskan. Harga memancing di sini agak murah bagi kolam air masin, so agak berbaloi gak (kalau naik ikan ler :P)

Inilah beberapa gambar dan video untuk tatapan dan dinikmati, juga ada gambar selebriti. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh le tinggalkan komen di bawah ye. Selamat menatap dan mengail.

Abuya sudah berjaya, Siakap naik

video


Abuya bawak naik Jenahak

video


Farid Kaci, bukan Farid Kamil

Monday, October 18, 2010

Lesen Jugra




Salam hormat tuan-tuan sekalian... Petang pukul 3 kami bertolak dari rumah... On the way pemandangan bertukar menjadi cantek... Landmark2 terdapatnya Jenahak, MJ, Bawal Emas dan Siakap tersergam indah tepi jalan kampung kat kolam pancing Jugra...

Landmark 1: Masjid lama

Landmark2: Istana lama

Umpan=Udang mati dan ikan kembong kami ambik di pasaraya sebelum sampai kolam... Kami juga amibik sikit buah hutan yang namanya tak tahu... Tapi rasanya, maaaaannngaaaiii sodap...

Sudah sampai Landmark terakhir...
Jenahak wak jawa jugra...

Time sampai, kat gate kolam dah ada 2 ekor jenahak menunggu. Jenahak pemancing yang dah berjaya le tu... Brader Onn cek in dulu... Saya cek in 10 minit lewat. Bila saya cek in, brader Onn sudah tarik sekor siakap... Dia kat Jugra ni kira jaguhla... Pakai MULTIPURPOSE RIG iaitu rig bawal atau nama lainnya "mata tingkat"...

Siakap brader Onn...

Lepas saya duduk dalam 10 minit, ngappppp... Udang sudah kena tarik... Bila kita tarik balik, naik siakap... Power siakap sini... Dah kena ikat pun nak main lompat-lompat lagi... Jadi skor saya ngan brader Onn sudah satu sama...

Siakap lesen Jugra!!!, Alhamdulillah...

Dalam 10 minit berikutnya, tiba-tiba "dup.... dup-dup-dup.... zreeeeeeeeeeet" bunyi brader Onn punya pancing.... Ini kali rod bengkok kaw2 punya... Tarik punya tarik, naik jenahak... perghhhh... Ni dalam jam pertama team kami dah dapat 3 ikan.... Kedudukan, brader Onn 2, saya 1... Time ni terserlah kejaguhan brader Onn di Jugra...

Jenahak brader Onn...

Lagi 10 minit berlalu. Saya pun perut dah lapar. Pi cari makan kat cafe. Tengah duduk tunggu order nampak brader Onn sebok. Rupa-rupanya dia tarik jenahak keduanya... Kedudukan, brader Onn=3, saya =1... Memang dia power kat Jugra...

Jenahak kedua brader Onn...

Lepas tu senyap... Sunyi.... Sepi... Dan kami pun cha alip bot, cabot dalam pukul 8pm... Yang pentingnya Lesen Jugra sudah adaaaaa... Alhamdulillah...

Friday, October 15, 2010

Expedisi ke Empangan Semenyih

Jeng jeng jeng... Repot kali ni adalah repot trip geng guerillafishan ke empangan semenyih yang terletak dalam negeri selangor... Empangan ini besar, airnya banyak, rasanya tawar dan ikannya power...


Disekeliling empangan ni banyak pot-pot dan orang-orang memancing dekat pot-pot mancing... Kami pilih pot dekat TND substesen yang berhampiran dengan jalan... Masa masuk ke pot kami, kami telah ikut jalan belukar yang susah nak dilalui kalo tak pakai pakaian yang menutup aurat lagi lengkap... Peralatan kami, surf rod 15 kaki satu, carp rod 15 kaki satu, baitcaster 6 kaki 1, spinning 7 kaki satu...

TND substesen flats

Itu hari masa ke sana, kami berniat nak ushar line dulu... Yang pi adalah Pak Abu Hamdan Garcia, Brader Onn dan Ih... Kami semua jumpa di pekan semenyih pukul 5 petang kot... lepas tu terus ke empangan dan sampai di tapak 20 minit kemudian... Maklumlah, transportation Brader Onn power...

Mencari pot

Setup...
Umpan anak keli courtessy of Pak Abu Hamdan...

Masa dok mancing, ada kejadian air berkocak macam ada kambing jatuh dalam air dari pokok... Mungkinkah sang tapah bermain???

Pemancing-pemancing di sebelah sana TNB substesen...

packing nak balik rumah...

Kami target ikan toman tapi hampeh tak dapat... Pemancing2 yang pot sebelah sana stesen TNB ada juga tarik keli besar2 lengan... Tapi tak po... Adat mancing... Baling umpan dapat umpan... Niat nak riki line dah menjadi... Pelajaran kami dapat, umpan pakai anak udang sungai... Barulah baling umpan dapat ikan... Niat ripit empangan semenyih belum kesampaian... Mari-mari ke sana lagi!!!