
Salam semua,
Bulan ini aktiviti pancingan seloowww sikit atas beberapa sebab. Antaranya, tangan pancingan saya sedang diuji dengan kesakitan otot dan sendi, mungkin peringatan dari Yang Maha Esa agar jangan terlampau banyak memancing, sikit sikit ok ler. Sefoo kami juga masih terasa kehilangan ibu tercinta, semoga rohnya dicucuri rahmat, Al Fatihah.
Jadi cerita ini bukanlah yang terpaling latest tapi agak syiok jugak. Kolam ini terletak di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan. Nak cerita dia punya jalan mau pegi tu, leceh sikit. Taman Universiti Indah ini terletak di antara Taman Ekuin (area Pasar Borong Selangor) dengan Kedai Peralatan Memancing Aboy (otai mancing tau la ini kedai). Bila sampai traffic light Taman Universiti Indah kasi masuk. Kemudian masuk simpang pertama naik bukit, dan masuk simpang kanan yang ke empat. Melalui rumah-rumah orang tu...ada kolam yaaayyyyy!!!!
Siakap Pertama saya dari Kolam ni
Kolam ini mulanya kolam siakap tapi sejak akhir-akhir ni telah mempelbagaikan spesis dan secara langsung menyemarakkan lagi tahap keseronokan pemancing. Pada hari-hari tertentu dalam seminggu, kolam ini melepaskan selain ikan siakap, spesis rempit yang lain seperti kaci, senangin dan GT.Anda tau GT?
Tidak lain tidak bukan, adalah Giant Trevally yang merempit di perairan dunia. Tapi takda GT yang bersaiz ratus ratus pound, itu semua kena pegi Lautan Pasifik (lain tahun pak haji mau organize trip situ ok? Chantekkk), yang kat sini boleh klasifikasi sebagai baby atau bayi belum bercerai susu hehehe.
Sifoo dengan GT sangkut badan hehehe

Anyway, inilah antara paparan paparan yang sempat kami rakam di kolam itu. Harganya agak standard untuk kolam air masin, so cubalah bila bila.
Farid Kaci antara yang telah membawa naik senangin 3.5kg di sini

Ciao!!!





