Thursday, February 11, 2016

Main Bulu

Assalamualikum dan Salam Siakap buat rakan2 pemancing dan pembaca blog samada yang memancing atau tidak... Harini biar hamba cerita kisah main bulu dapat ikan...

Umpan Clouser Minnow

Gambar atas tu lah bulu yang dimaksudkan... Bulu ni kita ikat kat mata kail bersama2 pemberat. Jadi bila kita baling dalam ayaq dia tenggelam, bila tarik dia meloncat macam anak ikan nak ko...

Selfie mat bulu

Lepas tu tauk la bulu dalam kolam 3RM di Jugra... Buat aktiviti "casting" macam biasa... Sabar dan sat lagi...

Rod bengkok...

Rod bengkok jugak...

Ikan pemangsa predator bahaya gigi tajam (kecuali Siakap) memang tak  tahan tengok bulu... tuk tuk tuk dia ketuk... Zassssssss dia sambaq!

 Siakap kena bulu

 
 Budak-budak main bulu...

Tengok tuan-tuan... Budak2 pun pandai main bulu bawak naik Jenahak... Jadi marilah cuba main bulu...

 Bulu lekat dalam mulut...

Alhamdulillah, Jenahak 2 ekoq, MJ malu dok belakang Jenahak sekoq...

Lepas ni harap2 tuan-tuan mainlah bulu yang betul... Bukan bulu ketiak atau janggut yang sejemput tu... Mainlah bulu rusa dan bulu burung untuk bengkokkan rod...

Sekian,
wasalam

Wednesday, March 19, 2014

Ikan Bakar Best in the World @ Yan, Kedah

Assalamualaikum semua.  Mintak ampun banyak banyak, empunya blog terlampau sibuk sejak tahun lepas lagi.  Memancing kurang, memblogging lagi la kurang.

Apa-apa pun, inilah gambar gambar trip ke Yan (lagi) tahun lepas.  Masa tu tenggiri tengah mogok, jadi trip bertukar menjadi trip santai santai.  Casting-casting tak menjadi, last-last main bottom ikan kecik kecik je.  Duduk ramai-ramai, tengok rod macam mancing kolam jadinya.

Abg Joe dan Tekong Ba'ei dengan bermurah hari menyediakan Ikan Bakaq atas bot.  Best woooo, keluar air hidung!!



Pemilihan ikan segar


Penyiangan ikan segar


Customer lapar menunggu
Projek Manager Abg Joe

 Awak Awak 

 Perencahan Ikan
 Pembungkusan Ikan



Pembantaian dengan Nasi Lemak




Pengesatan Air Hidung Segar



Monday, August 5, 2013

Abuya Strikes @ Kolam Mancing Tangkas

Assalamualaikum semua,

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa lama takda cerita baru di blog ini.  Shahadan, pemilik blog teramat lah sibuk nye sejak kebelakangan ini.  Speymaster pulak dah pindah buat jangkas masa panjang ke negara mentari terbit...apa-apa pun kita ucapkan selamat berjaya kepada dia dalam penangkapan Japanese koi carp.

Ini cerita sudah lama cuma perlu diolahkan dalam bentuk digital sahaja.

Suatu malam tu Abuya memancing dengan geng-geng biasa.  Sudah 2 jam lebih, Abuya tak naik apa-apa, cuma geng dia saja yang naik rohu, telapia dan patin yang size standard.  Puas jugak Abuya kena bahan malam tu.

Tiba-tiba mcm ada tersangkut besar.,,,menggelabah jugak Abuya sebab set ringan digunakan.  Akhirnya, naik lah Pak Asan ini.  Senyum bangga Abuya says it all...