Pulau Redang, atau lebih tepat lagi Kepulauan Pulau Redang, terdiri daripada 9 buah pulau termasuk Pulau Redang, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling and Pulau Pinang, merupakan Taman Laut yang digazet dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Laut (main bantai tulis je ni).
Oleh itu, pengunjung-pengunjung ke sini adalah DILARANG sama sekali dari mengambil apa-apa hidupan laut samada yang hidup atau mati, dari cengkerang, terumbu karang dan juga ikan-ikan yang berlambak di situ. Sekiranya tertangkap atau terbukti mengambil bawak balik hidupan di sini, denda maksima yang boleh dikenakan adalah RM20,000 bagi setiap item. Kalau tertangkap laaa....
Sukarelawan Ranger Laut yang ditugaskan
menjaga kebajikan hidupan di sini,
kira mcm RELA kat laut la ni...:P
menjaga kebajikan hidupan di sini,
kira mcm RELA kat laut la ni...:P
Oleh itu, geng gorila tidak melakukan apa-apa aktiviti berkaitan hidupan laut di sini (ehem), hanya bersiar-siar dan tengok-tengok sahaja. Mana-mana hidupan yang "terlompat" masuk bot kami juga dilepaskan dengan kadar segera (ehem)... Geng gorila juga telah pergi jauh sedikit dari kawasan lindugan ini kerana aktiviti memancing hanya dibenarkan di kawasan radius luar daripada 2 batu nautika (ehem...banyak kahak sikit hari ni).
Trip kali ini juga juga dijoin oleh kaum ibu, iaitu Ratu Baung dan Queen of the Koyan (pada penghujung trip ini, Queen bertukar menjadi Champion Kerapu).
Nikmatilah gambar-gambar pemandangan nan indah di Taman Laut ini secara mampan.
Gambar-gambar hiasan sahaja (tiada kena mengena dgn Redang)
Kerapu & Bayan Masak Chilli Belacan
Kerapu Champion Masak Sweet n Sour
Kerapu & Bayan Masak Chilli Belacan
Kerapu Champion Masak Sweet n Sour
SODAAAPPPP!!!!!!!
Ciao & Salam!!!