Salam semua,
Mungkin pengikut setia blog ini (ada la 7 org kot) tertanya-tanya, mana pegi gorila-gorila ni semua? Tak mancing ke? Takkan tak mancing kottt.....
Jawapannya bisa membawa kesedihan ataupun sekurang-kurangnya jelingan tajam dan asap dari telinga....bukan tak mancing...Ikan Gergasi yg diidam dan sasarkan TAK NAIK!!!! Inilah erti MAJAL BERPANJANGAN.
Dalam masa 2 minggu ini, geng Guerilla Fishan telah mencuba 2 kolam baru...satu kolam memang almost Brand New manakala satu lagi baru diubahsuai....ini lah ceritanye....
KOLAM MEMANCING LS PULAU CAREY : KOLAM MONSTER kononnye....Kolam Baru ini bersebelahan dengan Kolam yang kami dah biasa pergi (
sini citenye) dan kami juga hadir pada pembukaannya 2 minggu sebelum, tapi cuma sebagai pemerhati PBB sebab kami dah masuk kolam yang satu lagi. Menurut info SMS yang diterima dari towkay kolam itu sendiri, macam-macam ikan laut berskala 3kg ke atas ada dalam kolam baru tu...katanyeee. Harga pun berskala kasar jugak, RM40 sejam....double harga kolam yang lama tu.
Rod Rapala 7' kembali beraksi di Kolam Monster, setelah cuti sabatikal panjang Jadi kami pun mengambil keputusan untuk cuba. Pada hari pembukaan pertama 2 minggu lepas, galak pengail-pengail semua menarik dan membawak naik ikan yg agak monster. Tapi itu cuma jam pertama, lepas tu agak sepi...jadi kami bertekad untuk masuk awal pada pembukaan kedua itu.
Pagi-pagi masa baru sampai...memang penuh senyuman
Pagi itu, hujan lebat. Sebenarnya dari malam sebelum dah hujan lebat, ketika kami berkumpul mengikat perambut dan mata kail. Semua persiapan perlu dibuat hari sebelumnya, kerana kami memang CONFOM nak masuk awal.
Menikmati Milo panas memang syiok
Sesampainya di situ, dah ramai pemancing tegar yang sedang duduk-duduk berkumpul sambil membuat persiapan masing-masing. Tapi disebabkan kami dah siap malam sebelumnya, kami selamba parking joran dan beratur betul-betul depan pintu kolam itu...tunggu masa je hehehehe.
Video pelepasan ikan. Saksikan letupan percikan air di sekeliling pekerja kolam ini akibat pemancing tegar yg tak sabor sabor heheheBrader lepak sebelah kitorang. Main pelampung, casting manjang langgar tali orang...potong!!!
Hasilnya : Jangankan ikan naik, sondol-sondol tali pun takda..... Orang lain ada jugak dapat, tapi tak berskala seperti yang digembar-gemburkan. Jadi kolam ini akan
DIPANGKAH (buat sementara waktu je...:P)
Akhirkata, bila dah takda rezeki tu, memanglah takda rezeki. Cubalah sedaya upaya pakai mata 3,4,5 atau mata bom atom sekalipun, tak dapat dilawan takdir. Hehehe mungkin kitorang kena cari hobi sampingan yang lain kot....MUNGKIN TIDAKKKKK!!!
Salam,
Man Kertang Kertung