Tuesday, June 22, 2010

Memancing di Hujung Benua @ Tanjung Piai

Salam semua,

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman memancing nun jauh di penghujung dunia, di sebuah tempat bernama Tanjung Piai, 20km dari Pontian, 80km dari Johor Baru...

Tanjung Piai merupakan titik terhujung hujung di tanah besar Asia dan juga Taman Negara yang terpelihara, kira gempak gak la. Kalau tak caya cakap saya, baca kat sini. Orang Johor tau ler tempat ni.


Ianya merupakan kawasan paya bakau dan resort yang saya tinggal betul-betul di atas air, di kelilingi hutan paya bakau dan lautan lepas. Ada satu jeti khas untuk memancing, pandang kiri nampak Tanjung Pelepas, pandang kanan nampak Singapura.....banyak kapal wehhh.


Kudos kepada Abang Ajis (abang ipar saya) dan keluarganya kerana memperkenalkan saya kepada tempat ni....memang puas memancing di sini. Puas mancing je lah, ikan tak naik pun. Ada la anak-anak ikan. Saya rasa mungkin kerana faktor air, sebab pada tiang-tiang resort itu boleh nampak air kurang 2 kaki dari high water mark...itu pun waktu air pasang!!! Lain kali kena check jadual air betul betul sikitttt.


Menurut Abg Ajis dan seorang lagi brader yang memancing di situ, ketika air pasang besar memang ada ikan duri dan sebagainya, berukuran saiz hidangan (1kg ke atas). Tengok pada keadaan rupabumi pun, saya rasa siakap dan gelama pun tentu ada sini, pada lain hari la kot!

Dan kena fleksibel dengan cara pasang umpan, seelok eloknya umpan gantung. Dari segi teknikal, saya kekurangan kelengkapan, jadi tak dapat nak mencuba teknik-teknik persembahan umpan yang pelbagai. Tapi kami puas, sebab......

Sampai-sampai je terus memancing
Senja pun memancing

Malam pun memancing (tak nampak sangat tapi ada)

Subuh pun memancing


Tengah hari pun memancing gak...sekali 4 dipersembahkan


Casting Abu Island pun tak jalan


Malangnya, tiada hasil buat kali ni. Takpe, lain kali kami akan lebih bersedia!!!


Ciao bebeh!!!

4 comments:

  1. This place is awesome! The romantic dinner we had was great...Thanx to Johor Gang ;) kena dtg lagi ni..

    ReplyDelete
  2. sama macam trip saya yang lepas.umpan habis tapi takder rezeki.tapi melihatkan dari gambar mungkin kerja naik taraf dah siap.masa saya pergi mercu tanda Tanjung Piai ditutup untuk kerja-kerja naik taraf.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya minta nombor telefon whatsapp kat panjang piai jalan tak tahu je

    ReplyDelete