Wednesday, May 5, 2010

KOS-YAN : Memancing Tepi @ Langkawi Indah

Salam Gang Gorilazzz,

Minggu ni punya cerita agak menarik, gambar pun banyak, jauh sikit berjalan kali ni....ke Pulau Langkawi nan indah, YAAAHOOOOOOOOOO!!!!!


Terima kasih pertama tama sekali diucapkan kepada Gorila Gang member Roy Azral (@ Azrai kat Langkawi je) and his family kerana tolong setup janjitemu dengan Ikan Kerapu Langkawi ini.

Guide saya pada hari tu merupakan otai (old-timer) di Kg Bohor Tempoyak, betul2 sebelah dengan Pantai Cenang dan Tengah. Abang Rahim namanye, anak jati Langkawi yg turun menyumbang bakti..kepada rakyat setempat dan juga geng Gorilaz Pelancong hehehe.


Al-Kisahnya saya kedemaman sesampainya di Langkawi. Chalet Charlie's Motel kat Pantai Tengah memang syiok, bukak pintu je terus mengadap pantai, tidur dan jaga dibuai bunyi desiran ombak di atas pasir. Memang best. Dan menurut Abg Rahim pada waktu "briefing" petang Jumaat itu, kat air-air terdekat ni ada IKAN PARI!!!

Pari yang dijumpai tergolek di pantai depan chalet

Jadi hari Sabtu bila dah sihat tu, depan chalet jugak saya casting!!!! Ada beli 3 lure baru tapi yg terbaik rupanya Gecko River2Sea. Murah pun murah ini lure, manyak syok. Ada jugak la buntal tersesat yg ngap Gecko hijau flourescent saya nih..hehehe. Ada sekali tu ada anak ikan besar 3 jari ikut Gecko sampai ke buih-buih ombak tepi air. Sambil anak-anak kat sebelah main laut dan pasir, saya dan isteri bergilir-gilir castingzan dari tepi tu...tegar tegar.

Casting tegar
Buntal tersesat...tapi pastu dilepaskan. Cuba kerapu....

Hari Ahad hari perhitungan. Saya dah bincang dengan Abg Rahim, disebabkan ini first time saya ke laut, saya tak berani nak deep sea mencari Marlin dan Bluefin Tuna lagi. Jadi dicadangkan kami main tepi-tepi pulau saja, di kawasan coral berbatu yang memangnya serupa housing estate untuk ikan Kerapu. Langkawi ni juga terdiri dari lebih seratus buah pulau-pulau tersendiri, jadi memang banyak pilihan nanti. So lewat paginya, kami pun set off. Menaiki bot milik kapten Cik Dee, seorang lagi warga tempatan. Cik Dee ni bukan pengail sepenuh masa tapi telah mengambil cuti khas semata-mata kerana keadaan air yang tenang nan chantekkk.

Cik Dee, kapten KD Kerapu

Heading out dari tepi Pantai Cenang tu, banyak bot yang diparking tepi-tepi. Nampak macam ada ruang untuk Satu lagi....Insya Allahh...


Jeti keluar ke laut
Abg Rahim dan Cik Dee, sample prep



Mengikut tepi pulau utama tu, kami lalu Berjaya Beach resort dan ke bahagian belakang Gunung Machinchang. Cantik beb, air yang tenang macam nak terjun. Tapi sebab saya pakai life jacket, sure takleh scuba punya hehehe.

Rock Face indah, tempat pot-pot yang kami cuba rendam itu umpan

First hook-up, Abg Rahim
Casting + Koyan = Kos-yan
Lepas dapat bawak naik beberapa "penduduk tempatan", kami beralih ke tempat lain untuk mencari fast action. So Kapten Cik Dee menghalakan bot ke sebelah pulau Rebak, cari ikan punting damak. First time saya dengar nama ikan itu macam. Khabarnya, sedap di goreng garing atau pun di-releasekan ke dalam kolam Kari. Dah rasa, memang syok punn.

Otai double hook up beb

Rakan seperjuangan, dapat buntal meletup baik punyah


Mat Saleh tak betul, casting atas batu. Tapi kalau takda geng ni, gua pun nasib camtu gak beb!!!


Beginilah hasilnya



Spesimen yang cantik

Kami memancing lebih kurang 6 jam tapi tak terasa langsung. Air yang tenang, angin pun sejukkk je..ramai jugak yang keluar memancing hari tu. Memang airnya best pun.
Tapi petang tu, berarak mendung, menandakan tiba masa untuk simpan je gear tu dan balik ke tanah besar.

Hari nak hujan, balik weehhhhhhhh

Video : Naik bot balik masuk pelabuhan



Akhir kata, memang pengalaman pertama saya memancing di laut, tiada tolok bandingan keseronokkannya. Alhamdulillah, kami semua pulang dengan selamat ke jeti kg tu. Masa keluar air pasang, ini sudah suruh kena panjat tangga la pulak. Syok beb. Terima kasih kepada Kapten kapal, Cik Dee dan Abg Rahim. Kalau sesapa nak memancing kasual dan bukan hardcore masuk laut, saya boleh kongsi nombor contact brader-brader ni. Tinggal comment kat bawah je ok?


Keesokan harinya, sebelum pulang ke rumah, Abg Rahim menghadiahkan ketam dari pukatnya yang memang ditahan setiap hari. Bestnye, ketam fresh. Masih berbuih-buih dan ganas menyepit lagi masa kami pack-kan ketam-ketam ke dalam bekas polistrene untuk diterbangkan pulang dan seterusnya mengambil Ekspress Dapur direct ke perut kami. Hehehe terima kasih Abg Rahim!!!

Alhamdulillah, syok trip ni. Sesuai untuk casual fisherman dan beginners berkeluarga. Sapa lagi mau pegi? Air chantek start bulan 11 ni...jom mai Langkawi!!! (promo free lak)

Senja terakhir kami lepak di Pantai Tengah

Salam,
Man Krapoo

6 comments:

  1. hi... bestnya memancing.. mcm mana nak kontek brader2 tu?
    Husband saya pun kaki pancing.. tapi tak la hardcore sgt.. boleh la sikit2...

    thanks,
    shafinaz.sa@gmail.com

    ReplyDelete
  2. bro, ada contact number brader tu x??

    tq
    exotic1808@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. bro, berapa number brader tu..nak gi memancing kt langkawi nih..

    tq
    chieyda@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Sesiapa nak memancing berkayak, bot atau Adventure trip di Langkawi boleh hubungi saya di 0174180228.

    ReplyDelete
  5. boleh dapat nama brader kat pantai chenang yg tuan boy? tq.

    ReplyDelete