Sunday, June 19, 2011

Cuti Sekolah Trilogy Part III : Trolling @ Kuala Dungun


Salam semua pemancing tegar,

Kali ni nak bercerita tentang aktiviti trolling di Kuala Dungun dan persisiran pantai sekitarannya.

Kuala Dungun; jambatan baru ke Seberang Pintasan & Tanjung Jara

Trolling merupakan teknik memancing di mana umpan diturunkan ke dalam air dan ditunda dari bot yang dipandu perlahan-lahan. Umpan ikan ataupun gewang boleh digunapakai untuk teknik trolling ini dan sasarannya biasanya adalah ikan pemangsa yang akan ngap umpan yang bergerak....

Joran melengkung ketika gewang ditunda dari bot

Jangan disalah faham dengan "Trawling" yang bunyinya sama, tapi trawling menggunakan pukat yang ditunda dan selalunya menyusahkan aktiviti mengail kerana semua ikan besar dan kecil di sapunya.

Tekong bot sudah sampai
Peralatan kelengkapan serba ringkas
Jeti pun serba ringkas; ikat kat batu je bot
Antara jeti pot lepak pelaut-pelaut persendirian
Bumbung kasi bukak, Tengah hari tu geng..
Brader Roslan (atau Roslang) yang baik hati menjemput saya belajar trolling
Boathouse nelayan yang berlabuh di Muara
Air agak bergelora, nampak je macam tenang tu....

Namun begitu, tidak banyak action pada hari tu, al-maklum baru first time gorila bertrolling. Mungkin set up rod dan tali kail tidak sesuai, atau mungkin gewang yang digunakan kurang menarik perhatian. Cuma seekor alu-alu besar betis yang sudi menjamah gewang Abg Roslang.


Jadi lepas balik tu, saya singgah di Pasar Besar sebelah kuala tu dan memancing mengunakan teknik tunjuk pakai jari dan umpan duit. Inilah pilihannya :P


Salam, sehingga berjumpa lagi!!!

No comments:

Post a Comment