Fish Valley di Semenyih mempersembahkan banyak kolam untuk pelbagai jenis pemancing merasakan pelbagai jenis keseronokan.
Antara action yang menarik ditawarkan ialah thrill kolam MONSTER, di mana ikan-ikan yang kecil pun sudah sebesar sekilo lebih. Apatah lagi yang besar-besar seperti Patin Mekong, Keli Afrika dan yang sewaktu dengannya. Memang 20-30kg ke atas. Pemunya blog juga dimaklumkan terdapat seekor Araipama Gigas seberat 70kg, yang sehingga ke hari ini baru dinaikkan sekali sahaja.
Kolam ini agak luas, selesa dan cantik dan mengamalkan konsep Catch & Release. Yelah, kalau dah dapat Patin 30kg ke atas tu cemana nak menyiang dan memasaknya kan??
Petang ini bermula dengan tenang untuk Abuya Hamdan kita. Setelah sejam memancing, banyak juga Lampam saiz pinggan dan Telapia Gred A yang ditariknya.
Mukadimah - Telapia Gred A
Minggu-minggu sebelumnya, rezeki Abuya agak terhad di kolam dengan kelucutan, keputusan main line dan kekurangan kesudian ikan menjamah umpannya. Member dah pikir nak resign dari mengail, atau sekurang-kurangnya mandi air tujuh kolam untuk membersihkan semangat hehehe.
Tiba-tiba joran yang dipasang di pancang automatik ter-rembat dan terus di tarik turun semula!!!
KONPOMMMM bro!!!! Konnpoooooommmmm hehehehe
Cuba tengok 4:13 - Tangguk yang digunakan patah bebb...heheheeh
Brader Abdullah, otai jaga kolam
CHANTEKKKK!!!
No comments:
Post a Comment