Tuesday, June 28, 2011

Pot Baru @ Fish Valley Semenyih

Dear all fishanados,

The other day we all hantam Fish Valley half-day. Syok woooo....all the gang was there including Man Toman, Abuya Garcia, Dr. Speymaster and Sifoo himself.

Sifoo with his Magic Touch Dedak

We fished at the catch-release Monster pond in the back. Syiokkk wooo because there's lots and lots of fishies. Our radar just wouldn't sit still for more than 2 minutes.

The pond is also open to lure-fishing, fly fishan and spey fishans, as demonstrated by our resident Dr. Speymaster.

Abuya pretending to be Speymaster

The real Speymasta Mannn



Speymaster got a nice bite...but after 2 minutes of fighting, the fish chomped off the fly. Might have been a monster Pacu.
Before : Zonker Fly
After : Congkak Fly

Enjoy the vids!!!

We got lots and lots of Telapia Merah and Bunga (sampai tak larat, dah malas dohhh)







And also some Fat Leekoh action



and a couple of Taiwanese ahmoys






That last kopek...tapi tak naik, very the frust one



Ciao!!! See you there this weekend!!!

Tuesday, June 21, 2011

Anak Angkat dari Afrika @ Fish Valley Semenyih

Salam semua,

Fish Valley di Semenyih mempersembahkan banyak kolam untuk pelbagai jenis pemancing merasakan pelbagai jenis keseronokan.

Antara action yang menarik ditawarkan ialah thrill kolam MONSTER, di mana ikan-ikan yang kecil pun sudah sebesar sekilo lebih. Apatah lagi yang besar-besar seperti Patin Mekong, Keli Afrika dan yang sewaktu dengannya. Memang 20-30kg ke atas. Pemunya blog juga dimaklumkan terdapat seekor Araipama Gigas seberat 70kg, yang sehingga ke hari ini baru dinaikkan sekali sahaja.

Kolam ini agak luas, selesa dan cantik dan mengamalkan konsep Catch & Release. Yelah, kalau dah dapat Patin 30kg ke atas tu cemana nak menyiang dan memasaknya kan??


Petang ini bermula dengan tenang untuk Abuya Hamdan kita. Setelah sejam memancing, banyak juga Lampam saiz pinggan dan Telapia Gred A yang ditariknya.

Mukadimah - Telapia Gred A



Minggu-minggu sebelumnya, rezeki Abuya agak terhad di kolam dengan kelucutan, keputusan main line dan kekurangan kesudian ikan menjamah umpannya. Member dah pikir nak resign dari mengail, atau sekurang-kurangnya mandi air tujuh kolam untuk membersihkan semangat hehehe.

Tiba-tiba joran yang dipasang di pancang automatik ter-rembat dan terus di tarik turun semula!!!

KONPOMMMM bro!!!! Konnpoooooommmmm hehehehe



Cuba tengok 4:13 - Tangguk yang digunakan patah bebb...heheheeh

Brader Abdullah, otai jaga kolam
Abuya mendukung anak angkatnya dari benua Afrika heheh
Toboy yang juga saksi kejadian
Selamat dilepaskan semula

Senyuman yang tak mungkin terpadam selama 2 minggu

CHANTEKKKK!!!

Sunday, June 19, 2011

Cuti Sekolah Trilogy Part III : Trolling @ Kuala Dungun


Salam semua pemancing tegar,

Kali ni nak bercerita tentang aktiviti trolling di Kuala Dungun dan persisiran pantai sekitarannya.

Kuala Dungun; jambatan baru ke Seberang Pintasan & Tanjung Jara

Trolling merupakan teknik memancing di mana umpan diturunkan ke dalam air dan ditunda dari bot yang dipandu perlahan-lahan. Umpan ikan ataupun gewang boleh digunapakai untuk teknik trolling ini dan sasarannya biasanya adalah ikan pemangsa yang akan ngap umpan yang bergerak....

Joran melengkung ketika gewang ditunda dari bot

Jangan disalah faham dengan "Trawling" yang bunyinya sama, tapi trawling menggunakan pukat yang ditunda dan selalunya menyusahkan aktiviti mengail kerana semua ikan besar dan kecil di sapunya.

Tekong bot sudah sampai
Peralatan kelengkapan serba ringkas
Jeti pun serba ringkas; ikat kat batu je bot
Antara jeti pot lepak pelaut-pelaut persendirian
Bumbung kasi bukak, Tengah hari tu geng..
Brader Roslan (atau Roslang) yang baik hati menjemput saya belajar trolling
Boathouse nelayan yang berlabuh di Muara
Air agak bergelora, nampak je macam tenang tu....

Namun begitu, tidak banyak action pada hari tu, al-maklum baru first time gorila bertrolling. Mungkin set up rod dan tali kail tidak sesuai, atau mungkin gewang yang digunakan kurang menarik perhatian. Cuma seekor alu-alu besar betis yang sudi menjamah gewang Abg Roslang.


Jadi lepas balik tu, saya singgah di Pasar Besar sebelah kuala tu dan memancing mengunakan teknik tunjuk pakai jari dan umpan duit. Inilah pilihannya :P


Salam, sehingga berjumpa lagi!!!

Cuti Sekolah Trilogy Part II : Teluk Lipat, Dungun

Salam gang gorilaz semua,

Perhentian kedua Toboy di musim cuti ini adalah di Dungun, salah sebuah tumpuan memancing di negeri Terengganu, mungkin kerana pantainya yang panjang-panjang nan indah-indah.


Kalau Spiderman betul, takyah pakai joran. Spray je pukat sekali.....

Pantai sebelah muara Kuala Dungun, sekarang musim gelama
Johan Surfcast sirkit Dungun, Peringkat Novis Privateer

Di pantai Teluk Lipat dan ke kanan pula, sekarang musim Pari dan Ebek, Katanya....
Katanya laahh...brader ni mancing tak nampak naik punnnn
Memula dia mancing sorang-sorang
Pastu kaum dia turun...
Lengkap segala barang-barang

Toboy pun bawak kaum, taraf perantis nya
Thumbs Up

Pantai Dungun yang indah sebenarnya merupakan titik permulaan darah nelayan dalam Toboy dan perantisnya. Mungkin kali ini takda rezeki, tapi Insya Allah mereka akan tetap kembali berkali-kali menduga nasib mencari rezeki di sini hehehe


Adios fishanados melados!!!

Cuti Sekolah Trilogy Part I : Balok Beach, Kuantan


Salam semua peminat setia,

Baru-baru ini di zaman cuti sekolah, Toboy telah mengembara ke Pantai Timur dengan keluarganya. Tiga tempat utama menjadi sasaran.

Enjoy!!!!

Pantai Balok, Kuantan. Terletak lebih kurang di antara Pantai Beserah dengan Pantai Cherating. Pantainya indah, panjang dan lebar sekali. Terdapat dua resort utama di sini yang anda bolehlah google sendiri.

Menjadi tumpuan peminat-peminat surfcasting di sini, jadi persiapkanlah joran pantai 12' ke atas anda.....


Memang beratur joran pantai @ surf rods di sepanjang pantai ini setiap petang

Brader-brader anak tempatan yang sedia berkongsi info dan umpan

Setiap lewat pagi dan petang, bot nelayan akan menarik pukat di persisiran

Pelawat-pelawat juga dijemput mengutip ikan-ikan kecil di sampingan
Untuk digoreng rangup rangup ataupun juga untuk dijadikan umpan
Toboy tidak melepaskan peluang, mengutip bahan persembahan untuk ikan yang lebih besar
Joran adik-beradik
Joran Papa & Mama
Aksi-aksi Juara Merejam Joran Lembing
Aksi-aksi Naib Juara Merejam
Ehh....nampak macam ada ikan makan???Juara tangkapan Terberat!!!
Salam!!!!