PERHATIAN : KOLAM INI DAH TUTUP!!!!!
Salam semua pemancing tegar,
Apa kabor? Tak kira samada di kolam bayar, kolam tadahan, empangan, sungai, tasik semulajadi mahupun buatan, laut dalam, laut cetek, kawasan terumbu karang, parit taliair mahupun di akuarium rumah sendiri, diharap ikan-ikan sudi menjamah umpan kaum gorila sekelian.
Sekali lagi blog kami memaparkan kolam "hometown" kami yakni Kolam Danau Biru di Bangi. Kolam ini pernah diprofilkan di sini, tapi kali ni nak cerita pasal game @ jackpot timbang malam minggu.
Sejak dua bulan kebelakangan ini, kolam ini telah memperkenalkan jackpot timbangnye tersendiri pada setiap malam minggu. Dulu cuma sabtu malam ahad, tapi sekarang telah dilanjutkan ke jumaat malam sabtu sekali, bermula jam 8pm hingga 12 tengah malam. Semua ikan yang ditangkap dalam jangka waktu tersebut akan dibeli semula (hidup-hidup) pada harga yang lebih mahal. Tapi, harga dan deposit memancing pada waktu itu juga dimahalkan.
Di sini ada dua kolam; jackpot ini dijalankan di kolam atas sahaja. Dulu tak ada jackpot ni, tapi kami rasa mungkin sebab kipas kincir di kolam atas ini rosak, jadi tauke mungkin berani la nak offer game sebegini....mungkin laaaa.
Spesis yang paling kerap dilepaskan di kolam ini adalah Rohu, oleh itu untuk betul betul menjuarai game sesuatu malam itu, perlulah cekap membawa naik spesis ini, samada dengan merembat ataupun secara tarikan automatis sahaja. Spesis ni pun memang syok layan tarik-tarik, so kebanyakan peserta di sini pun adalah kaki Rohu sejati. Itu pasal la game ini boleh dikenali sebagai Liga Rohu; sapa umpan tak sesuai, maka berputih mata lahhhhh. Sapa nak Resipi Rahsia Rohu, boleh hubungi pemunya blog heheh :P
Selain Rohu, ada jugak spesis standard kolam air tawar yang lain seperti Pacu, Patin, Baung, Leekoh dan Telapia Merah tapi sedikit sahaja. Sebagai wildcard, dilepaskan juga 2 ekor Tonsan Sisik Halus yang bertanda (dah tinggal sekor), yang jika dinaikkan akan mendapat saguhati.
Setakat ni, pemegang tali pinggang kejuaraan heavyweight adalah tidak lain tidak bukan, Wong Seefoo kami. Boleh tahan juga rekod nye. Dia ni dah memang lama memancing Rohu di sini, dan kami syak dia juga boleh berbahasa Rohu. Tak tau la betul ke tak. Di katakan, dia bukan sahaja mempunyai Master dalam Rohu, Ph. Dee in Rohu pun mungkin ada. Entah laa :P (jangan marah sifoo)
Jadi, agak-agak kalau ada kelapangan malam-malam minggu ni, kasi turun la untuk mencabar kejuaraan. Liga Rohu, ADA BERANI???!!

Harga beli ikan di waktu biasa, time game ia meningkat hampir 2,3 kali ganda wooooh
Di sini ada dua kolam; jackpot ini dijalankan di kolam atas sahaja. Dulu tak ada jackpot ni, tapi kami rasa mungkin sebab kipas kincir di kolam atas ini rosak, jadi tauke mungkin berani la nak offer game sebegini....mungkin laaaa.
Spesis yang paling kerap dilepaskan di kolam ini adalah Rohu, oleh itu untuk betul betul menjuarai game sesuatu malam itu, perlulah cekap membawa naik spesis ini, samada dengan merembat ataupun secara tarikan automatis sahaja. Spesis ni pun memang syok layan tarik-tarik, so kebanyakan peserta di sini pun adalah kaki Rohu sejati. Itu pasal la game ini boleh dikenali sebagai Liga Rohu; sapa umpan tak sesuai, maka berputih mata lahhhhh. Sapa nak Resipi Rahsia Rohu, boleh hubungi pemunya blog heheh :P
Rohu rempit dinaikkan menggunakan resipi rahsia
Selain Rohu, ada jugak spesis standard kolam air tawar yang lain seperti Pacu, Patin, Baung, Leekoh dan Telapia Merah tapi sedikit sahaja. Sebagai wildcard, dilepaskan juga 2 ekor Tonsan Sisik Halus yang bertanda (dah tinggal sekor), yang jika dinaikkan akan mendapat saguhati.
"Pak Asan" bertanda, hadiah saguhati menanti pengail bertuah
Setakat ni, pemegang tali pinggang kejuaraan heavyweight adalah tidak lain tidak bukan, Wong Seefoo kami. Boleh tahan juga rekod nye. Dia ni dah memang lama memancing Rohu di sini, dan kami syak dia juga boleh berbahasa Rohu. Tak tau la betul ke tak. Di katakan, dia bukan sahaja mempunyai Master dalam Rohu, Ph. Dee in Rohu pun mungkin ada. Entah laa :P (jangan marah sifoo)
Rohu Master, peyandang Juara Jumaat
Jadi, agak-agak kalau ada kelapangan malam-malam minggu ni, kasi turun la untuk mencabar kejuaraan. Liga Rohu, ADA BERANI???!!
Wah...abg ipar aku dah dpt tahta sifoo rohu wooo... Nie mesti penangan 8 ekor rohu hari tu nie....
ReplyDeleteYe btol...dua minggu berturut berjaya pertahankan kejuaraan tu...hebat!!
ReplyDeleteLaaaa ingatkan ada mesin judi...
ReplyDelete