Ini trip gorila gi mancing kat pot terlarang rumah rakit low yat pulau ketam. Trip ini dijayakan kerna ada sampan Kepten Jaafar, kenalan kepada surf master Bro Onn.
Pagi gila kami dah kluar dari bangi dan cuaca mendung stim-stim... Kami (gua, bro onn, mat pyan, jaafar & darren (ke kevinn ntah nama mat tu, gua tak ingat) naik bot dari Jeti Pengail. Jeti ni ialah jeti kat jalan nak gi kolam sea lion tu la...
Nak sampai pulau ketam amik masa hampir 2 jam sebab enjin sampan basah... jadi sampan jalan slow dan selalu mati-mati. sempat la nengok tanjung harapan yang juga dikenali dengan nama tanjong anak babi sebab ada kesah sewaktu pemancing memancing, bangkai babi terapung kat situ sekor... sebab sampan slow, sempat juga la kami tengok bangau dan keindahan estuari di kelang, bandar di raja dan sempat jugakla aku mempamerkan skil trolling...
Trolling...
bangau...
dah sampai, kami disambut oleh 2 ekor anjing. mengikut kata orang sangkar ikan, low yat dah pow satu muara tu dan tak bagi orang mancing. low yat buleh gi mampos la gua ingat... ingat estuari apak dia ka...
keselamatan sini dikawal dek 2 ekor anjing yang langsung tak garang dan yang putih tu pandai berenang...
balcony sangkar ikan...
sangkar tengah maintenance...
ikan kering fresh dibuat dek awak2 sangkar ikan...
sangkar tengah maintenance...
ikan kering fresh dibuat dek awak2 sangkar ikan...
Jadi kami sampai dlm kol 10 pagi dan mula mancing. TERUS DAPAT LESEN WOOO!!! 2 ekor duri!!! walaupun sini ikan dapat tarak besar mana, tapi semangat depa kuat, terbukti dengan henjutan-henjutan kuat mereka...
Sirat, sejenis belut air payau melambak kat sini. bila dapat, dia lilit badan dia kat perambut dalam usaha melepaskan diri. tapi slalunya dia akan terbelit dan tercekik kat perambut la. kalo lu orang mancing dapat sirat, terus kasi libas dia atas air dengan aksi menyabit lalang menggunakan joran yang ber-sirat...
Aktiviti mancing memang syok la sebab air dia bersih. dalam kol 10 pagi tu ikan kuat makan. tengah hari kureng. petang kuat balik tapi kami kena balik sebab nak lalu sunga2 estuari kalo air surut susah...
Dalam kol 5pm, kami pon nak cabot la... kami naik bot balik membawa tangkapan 34 ekor ikan (tak termasuk yang di release). Nak balik naik sampan 20 minit je sebab enjin dah kering...
melepaskan sampan...
dalam 20 minit kemudian kami sampai balik la kat jeti pengail. enjin kasik off dan kapten pon pakai dayung nak bawak kami ke tangga jeti...lepas tu aksi pass barang naik jeti berlaku diikuti dengan aksi parking bot oleh kapten dan penimbangan ikan...
barang2 enjin bot dan ikan...
kotak mancing...
parking bot 1
parking bot 2: reverse parking...
parking bot 3: sudah parking...
ikan gelama habis kami bawak balik bangi dan kapten bawak balik ikan duri... harap2 satu hari nanti kami segeng gorilla dapat turun ke pot ni lagi... AMIN...kotak mancing...
parking bot 1
parking bot 2: reverse parking...
parking bot 3: sudah parking...
PERTANDINGAN BILANG JORAN
Untuk memenangi seekor umpan layang gorillafishan, bagitau kami ada berapa joran ada dalam sampan tu... jeng jeng jeng...
Saya tau saya tau saya tau jawapannya!!!!
ReplyDeleteOh, keluarga terdekat takleh masuk eh??