Friday, April 1, 2011

Profile Kolam : Joran Terjun, Kampung Kemensah

Salam semua penggorila fishan di luar sana,


Apa khabar? Ada tarikan tarik-ikan menarik di luar sana? Harapnya ikan memakan umpan dan tarikan berjaya seadanya.

Kali ini, blog kesayang kita akan memaparkan kisah seorang budak yang berentap mencuba nasib di kolam hutan di pinggir bandaraya.


Kampung Kemensah merupakan rahsia terbaik (best kept secret) di kalangan penduduk bandaraya Kuala Lumpur yang ingin menumpang sedikit ketenangan alam semulajadi sambil menghirup udara nan segar. Itulah misi Toboy pada hari bersejarah ini: mencari ketenangan dan tarikan ikan.

Nak pergi Kg Kemensah ni senang sahaja, pergi ke Zoo Negara dan terus memandu naik bukit di belakangnya sampailah ke hujung.

Di Kg Kemensah ada 2 pengusaha kolam, satu di puncak dan satu di bawah sikit. Toboy telah mengembara jauh ke kolam di puncak, dikenali sebagai Kolam Pancing Joran Terjun....harap jangan terjun masuk kolam joran sudahhh...marah ayah Toboy @ Pak Toman kita nanti!!!!

Ada 2 kolam. Bayaran masuk adalah RM20 untuk 3 jam dan RM25 untuk 5 jam. Perlu dibayor dulu, so itu yang kurang syiok tu tapi pengail bebas untuk bertukar-tukar kolam pada bila-bila masa sahaja.

Kaunter pendaftaran juga menjual pelbagai jenis umpan seperti dedak bom dan ayam, cacing gila dan cengkerik. Kolam ini juga membeli semula tangkapan ikan tapi hanya yang melebihi 3kg seekor, so kurang syiok sikit bagi si pencari makan hehe.

Ini Kolam Kecik
Penjaga Kolam Kecik, jgn kena sudu
Struktur ala Minang tu Surau

Ini Kolam Besar

Hasilnya? Agak tidak memberangsangkan. Selain dari Pacu (kalau nak main pacu baik pegi kolam Bangi), hanya anak-anak telapia yang di bawa naik. Itu pun dari saiz kecik ke lebih kecik ke tersangat kecik. Tak caya tengoklah hasil Toboy ni.


Toboy kata, mungkin telapia ni semua anak yatim kot, sebab mak bapak dia langsung tak nampak batang hidup. Apa nak buat....kolam ni akan dipangkah buat sementara waktu, sehingga anak-anak ikan ini dikeluarkan kerana ia memang mengganggu kelancaran proses pemancingan.

Salam Selamat!!!!

2 comments:

  1. so skarang kolam ni dah ok ke belom tuan?
    ada update dari mana2 sumber x?
    rasa mcm nk bawak wife ke sana lah..

    umpan apa yg sesuai?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya pun dah lama tak pegi kolam ni tp ia tetap popular untuk jackpot malam minggu. Mungkin sedara boleh check di forum.

    Umpan berasaskan kelapa yg saya pakai hari tu tak berhasil. Since monster patin, mungkin umpan roti kot. Good luck!!

    ReplyDelete