MORIB 2011
Morib 2011 menunjukkan sebuah pantai peranginan yang cantik lagi anggun dengan pelbagai kemudahan awam yang baru serta landskap-landskap buatan manusia, peninggalan manusia dan semulajadi yang menawan.
Mungkin dah 20 tahun saya tak kesini. Oleh itu terperanjatlah saya melihat pemodenasasi disekitar Morib ini. Terdapat gerai-gerai makan, kedai-kedai menjual layang-layang dan taman-taman tema seperti taman layang-layang sejauh mata memandang.
Bayu laut dan darat yang meniup di Morib menjadikan tempat ini nyaman. Angin-angin ini juga memberi kesempatan kepada pengunjung untuk bermain layang-layang.
Anak-anak dara bermain kamera di pantai
Jadi, kesimpulannya pantai Morib, Selangor sekarang adalah tempat yang amat sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu. Itulah yang dirancang oleh persatuan memancing 3R dari bandar seri putra, tapi apakan daya... Oleh sebab isteri kapten Onn demam, hanya kaum laki-laki sahaja dari 3R yang pergi mencari rezeki di pantai Morib kali ini... Ikutliah kisah kami, GHURKA TRIP ke Morib...
GHURKA TRIP MORIB 2011
Perjalanan ke Morib dari rumah kami memakan masa 1 jam sahaja mengikut "short cut "yang memakan masa. Kalau ikut "long-cut" (hiway), perjalanan tersebut boleh jadi hanya 45 minit. Ahli team kali ini adalah En. Onn, Mat Fian (distance surf-caster no. 2 Malaya), En. Faris, Tn. Hj. Ikhsan dan diri saya.
Setup
Umpan-umpun-umpun...
Umpan-umpun-umpun...
5 perkakasan surf casting digunakan sewaktu pancingan yang bermula dari jam 4pm sehingga 7pm. 4 joran 15 kaki, dan 1 joran 10 kaki. Tak ketinggalan juga 1 joran jigging 4 kaki. Ait tinggi dan cukup masin... Power...
Astro-Black 10 Kaki
Balingan 100m dilakukan dengan menggunakan teknik "pendulum", "over head "dan juga "off the ground" untuk menjerat ikan-ikan di Morib. Ikan yang pertama dinaikkan oleh siapa entah, saya pun tak ingat. Tapi ianya adalah sang gelama yang comel.
Ikan pertama En. Faris 2011
Waktu ikan naik adalah sewaktu air sedang masuk. Boleh dikatakan majoriti ikan yang naik adalah gelama. Ada seekor ikan duri. Kalau ada pilihanraya DUN Morib, pasti Parti Gelama yang menang...
Gelama di tepi sepatu
JIGGING PANTAI UNTUK GELAMA
JIGGING PANTAI UNTUK GELAMA
Pasukan 3R juga mengetengahkan seorang lagi bakat baru iaitu Tn. Hj. kita. Beliau turun pantai menggunakan setup jigging 4 kaki. Walaupun ketegaran Tn. Hj. tidaklah kuat, namun bila diajak ke Morib, Tn. Hj. tak berdolak dalih untuk turut serta. Tn. Hj. power...
Tn. Hj. dengan hasilnya
Dapatlah dibuktikan bahawa ikan-ikan juga bermain sangat berhampiran persisiran pantai Morib dengan naiknya gelama hasil jigging. Disimpulkan bahawa, jika kita jaga alam persekitaran, ianya akan memberi pulangan kepada kita.
Gelama Astro-Garcia
Setelah disiang, garam kunyit diaplikasi lebih kurang jam 11 malam. Lepas itu ikan-ikan tersebut disimpan dalam peti sejuk untuk digoreng untuk makan tengah hari esok. Alhamdulillah, sodapnya...
Oleh itu, kepada yang mementingkan masa Q bersama keluarga dan juga memancing, Morib adalah tempatnya...
Oleh itu, kepada yang mementingkan masa Q bersama keluarga dan juga memancing, Morib adalah tempatnya...
gelama astro garcia tu. hehehehe. adk beradik abu garcia...
ReplyDeleteyg ikan cantik tu kitorang panggil Doraemon. aku pon tak tau apa nama betul ikan tu. hehehe. ada gambar dia kat sini : http://alfiantroxion.blogspot.com/2010/03/doraemon-fiesta-mackerels-didnt-bite.html
Prof,
ReplyDeleteGelama goreng garing nampak deliciouso!! Kebetulan besok around lunchtime saya nak ke rumah Prof, ada perkara penting nak dibincangkan ye. Jgn ler habiskan ikan tu dulu ye :P