Salam semua,
Chantek tak ikan Pacu bosar ni...ini merupakan rekod peribadi saya sebagai Pacu terbesar. Ditangkap menggunakan rod udang terkecil saya....layan habissss.
Antara kolam yang terbaru dibuka di kawasan Bangi ialah Kolam Mancing Tangkas di Kampung Sungai Tangkas. Bagus kolam ni, di urus dengan baik dan pengusaha cuba memenuhi keperluan dan kesukaan pemancing hardcore. Memang selama saya memancing dan menonton orang memancing di sini, ikan yang besar besar besar banyaaaaak naik. Best Best Best!!!
Jalan nak pegi kolam ni senang je...cuba cari simpang ke Kampung Sungai Tangkas dan ikut arahan mengikut gambar di bawah.
Ini kedai bukan kolam, walaupun nama dah dekat
Pandangan sisi kolam
Dragon Fly Fishan
Aksi-aksi Along.....sifoo kolam ini
Antara saiz standard Patin di sini....
Malam pun ok jugak sini.....
Cik Kak pemberi makan ikan pun approve kolam ni, selesa dan bersih
Palet dah habis, gentel dedak pulakkkk
salam admin..kat mana kg sg tangkas ni ye...?
ReplyDeleteDi Bangi. Jalan dari UKM ke Kajang, jalan Reko namanya. Kalau anda tau area Komuter UKM, depan sikit ada Shell dan kolam Jalan Lekor (tawar dan siakap). Simpang masuk ke Kg Sg Tangkas ni betul2 sebelah Kolam Lekor tu. Ada banner besar kolam di situ.
ReplyDeletebos umpan pe plg mujarab? share sikitt.. :)
ReplyDeleteUntuk patin, standard la...potato bun campur pandan/strawberi. Utk spesis lain, dedak 929 campur bilis/nescafe pun ok.
ReplyDeleteKolam ni mencakop lewat-lewat malam, siang banyak sgt anak ikan kacau daun. Semoga berjaya!!!
alamak aaii, bess wooo
ReplyDeleteBrader Syafiq, biasa turun sini ke?
ReplyDeletesalam..sy pelajar aquaculture umt..
ReplyDeleteklu sy nk timba pengalaman semasa cuti semester kt sini, blh x?
Nak timba pengalaman macam mana tu? Boleh aje contact tuan punya kolam ni...nombor telepon ada di gambar banner di atas. Selamat menimba
ReplyDeletemksd sy, klu mse cuti sem sy nk mntk keje kt sini blh?
ReplyDeletesy nk belajar n praktikkan teknik2 penjagaan ikn n cara nk harvest supaya lebih mahir..
tq
Brapa caj dia bro?
ReplyDeleteTakde ikan pun..da 4 jam ni..yg lain pun sepi je duk melopong
ReplyDeleteAisehmennn ye ke bro. Resam memancing ler tu. Kolam ni lebih mencakop waktu lewat malam bro dan umpan pilihan biasanya berasaskan roti....
ReplyDeleteBro..roti letak perisa apa bro selalu pakai kt sini?ke ada buat sos sendiri (umpan rahsia)?? Hehehe..
ReplyDeleteSaya tak terer sgt tapi nampak otai2 sana pakai strawberi dan pandan. Mungkin ada ramuan tambahan lain, saya pun tak sure.
ReplyDeletesifu² masta² sekalian..haha.. kolam ni buka sampai pkol brapa.? masih on ka kolam ni.?
ReplyDeletetngah cari kolam mancing ni.. esok insya Allah sampai kt bangi dari kedah.sambil² tu nk la jugak rasa rakus ikan kawasan bangi ni.. haha
DeleteI think this is one of the most significant information for me.
ReplyDeleteAnd i’m glad reading your article.
But should remark on some general things, the web site style is perfect,
the articles is really great
wordpress
blogspot
youtube
ស្លតកាស៊ីណូអនឡាញ