Monday, March 19, 2012

Rewang ke Rawang Part 2@ Kolam Exotic

Salam y'all!!!

Last week kita telah memaparkan kolam Jurassic Toman dan Haruan dalam posting ini kan.

Haaaa...ok so lepas hujan mula berhenti, kami ternampak beberapa kereta yang memandu melepasi kolam Jurassic dan terus parking di sini. Rupa-rupanya ada satu lagi kolam daaa...

Parking lot
Kolam takungan air
Pandangan dari dalam keta yang sedang diparkir
Signboard- kenapa tulisan atas lagi panjang dari bawah? Sarkis daa
Menu Ikan yang dihidang...tapi kena tangkap sendiri hehehe
Mango Jack check out gambar di Wall of Fame. Manalah tau kalau ada yang iras-iras
Anak ikan untuk umpan Arapaima dan other Monsters
Kolam bahagian kiri. Rekabentuk pondok yang unik
Banner time masuk
Jack sedang melakukan upacara melihat ikan dari atas permukaan
Sangkar tempat ikan-ikan yang tertangkap untuk rehat dan rawat (R&R)
Red-Tail Couple....chantekkkk
Toman Tommy Boy....nama omputeh sebab kulit dia putih
Kolam bahagian kanan...bosar tempat ni
Di tengah-tengah kolam ada restoran
Boleh la merasa Alligator Gar masak tempoyak...tapi kena tangkap dulu :P
Itu toink cacing pita tara jual tapi mabok kapala hanjeng ada. Bawak nasi bungkus jelah geng
Satu-satunye brader yang memancing pada hari itu....dia pakai umpan roti sekeping!!
Mau cari Mekong maaaa...katanya. Tapi hari tu dia dah frust 3 jam
Ini gambar Championnye dari dulu-dulu. 20 kg tu geng...Respek!!!!
Ini macam baru kipas air namanya!!!!
Kolam Ikan Monster sememangnya memerlukan Kipas Monster.

Apa-apa pun, kolam ni menyediakan 2 pakej. Satunya berharga RM50 sejam, boleh masuk jackpot spesis ikan. Lagi satu harganya RM100 untuk 3 jam, yang agak kasar kerana ikan tak boleh dibawa balik. Mungkin ada orang yang seronok memancing di sini tapi bagi warganegara Marhaen macam saya, tak payah laaa....seksa ikan tu jugak Catch & Release je.

Anyway....enjoy!!!

Friday, March 16, 2012

Dayung Dayung Sampan @ Taman Wetland Putrajaya

Assalamualaikum sedara sedara pengail,

Kali ini kami gorila geng ingin memaparkan kisah percubaan memancing di pusat pemerintahan Malaysia yakni Putrajaya. Bukanlah memancing dari opis PM tu ataupun tasik Putrajaya yang besar tak ingat tu. Kalau dapat mancing kat situ memang syiok bangat. Hatta tempat yang dibenarkan memancing hanyalah di Taman Rekreasi Air di Taman Wetland Putrajaya.

Gambar panorama dari kaunter pembayaran

Istana dan jeti
Jeti
Lima pulau kecil di tengah tasik
Jeti istirahat
Terlebih frame pulak...restoran di situ. Sedap jugak hidangannye

Harga memancing di sini sangat murah tapi tak berpatutan (sebab tak dapat ikan la tuuu). Lesen memancing berharga RM20 sahaja untuk sehari memancing. Dan juga terdapat pakej sewa bot untuk pemancing yang tidak puas memancing di tepi tepi sahaja. Kemudahan kayak dan canoe juga ada tersedia tapi tidak boleh digunakan untuk memancing....kitorang dah tanya dahhhh. Kalau dapat kayak tu, sure lajuuuu je kami kejar Pak Toman.

Abuya menunjukkan spot toman dan temoleh. Dia boleh nampak dari tebing tu
Muka muka happy naik sampan. Diorang tak tau lagi yang diorang tak dapat ikan

Saya pun first time sebenarnya mendayung sampan ni, so ada berpusing-pusing jugak laahhh. Lama-lama dah dapat rhythm dia baru la syokkk island hopping dari sana ke mari.

Macam orang jahat cite koboi

Pulau depan tu ada penunggunya. Brader muka ketat sudah pasang banyak rod di sekeliling perimeter pulau...potong!!! Mau landing pun susahhhh.

Jacques mencuba skill casting popper
Di kejauhan tu spot BBQ
Di celahan celahan pulau ternampak kuak kuak ikan
Memang di bawah rimbunan teduhan, pot pot sang Toman, Mango Jack sudah tak tahannnn
Walaupun penat berkayuhan keseorangan, Abuya tetap tak putus harapan
Antara upacara memanggil ikan yang dilakukan, Ilmu Jampi Nafas Berasap!!
Upacara pengail timbul dari permukaan air. Maaf, video tak dapat diupload kerana pantang larang

Setelah penat berkayuhan, casting dan slow motion trolling, kami pun landing di salah sebuah pulau di situ. Kami memanggil pulau ini Pulau Kerengga kerana banyak semut dan kerengga yang menyambut kami dengan gigitan manja.

Reverse reverse parking
Upacara Pasak Bumi, atau pasang pancang nak pancing tepi hehehe
Piknik roti
Penantian suatu penyeksaan

Jiran kami di pulau tersebut. Brader-brader ni sedang memburu temoleh.
Siap umpan tapah dan sawit masam....Respek!!!

Kepada yang fobia nak naik bot, boleh jugaklah memancing kat tepi. Tapi mungkin lebih mencabar la kan.
Agak susah memancing dari tepi sebab airnya cetek. Mungkin kena bawak rod pantai baru sampai.
Pot terbaik mancing tepi ialah jeti rehat ni kerana boleh baling lebih jauh ke tengah

Umpan yang tak jalan
Umpan yang boleh jalan sendiri
Agak bebas memancing di sini dari segi peralatan dan jenis umpan. Tapi mencabar kerana kawasan airnya sangaaaaatlah besar. Tapi murah, so memancinglah sampai ke petang senja pun....


Hari pun dah petang, muka pun dah suram sikit hehehe. Jgn marah bro, bertawakallah!!!!


Kasi try la sekali. Salam!!!!