Tuesday, November 1, 2011

Patin Buah @ Sungai Manggis

Salam geng,

Kali ni nak cerita pasal adventure selebriti memancing kita, Brader Farid Kaci yang pergi memancing Patin di Sungai Manggis, area Banting.

Ini gambar buah Manggis, bukan Sungai Manggis

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menyewa bot pada kadar RM80 sehari tapi anda kena drive sendiri. Baik baik beting pasir geng!!!!

Ini baru gambar Sungai Manggis
Kat sini juga ada udang, jadi sesiapa yang minat tarik tarikan sentimental, boleh la join sekali. Tapi untuk menarik patin, setupnye agak gadang untuk memancing sungai. Pada hari ini, Farid menggunakan tali sufix 30 lb dan perambut setengah depa berkekuatan 50 lb. Lagi satu, gunakan tali mono kerana tali braided/sulam takut tersangkut....penat nak melepaskannya. Mata digunakan pulak saiz 2, dengan batu ladung nombor 1 ke 3, bergantung kepada kederasan arus sungai.

Gambar Buah Berembang dari Photobucket

Umpan yang digunakan agak istimewa, tak main laa roti. Patin sini "fruitarian", atau suka makan buah. Mungkin jaga badan kot hehehe.

Lagi gambar buah berembang...ke buah ara? Ke sama je?

Buah yang digemari pun bukan buah tembikai ataupun buah Melaka tapi buah berembang. Mana nak cari buah berembang?? Senang je...berlambak lambak pokoknye kat tepi sungai tu. Buah yang dipilih hendaklah separa masak, yang terlalu masak agak lembik dan senang berderai.

Farid menasihatkan agar buahnya dihiris hiris dan dicangkuk sampai penuh ke mata. Lepas tu campak ke tengah sungai, mungkin bahagian terdalam dan lepaskan dan biar hanyut. Bolehlah check setiap 20 minit, mana la tau umpan habis dipatuk atau dicuri ikan genius.

Adakah umpan ini berhasil?? Cuba lihat sendiri hasilnya geng!!!

Itu mineral water botol besar tau.........Respekkkk!!!

Video Farid lawan Patin


Senyuman puas untuk Peminat Patin

Salam!!! Jumpa di sanaaaa

5 comments:

  1. kalau dekat kawasan sungai manggis.. kat kawasan mane cantik nak pancing dr tepi..... x penah lg pancing kawasan sane.... ingt nak try jugak dalam masa terdekat ni. kalau udang galah boleh pancing dari tepi ker??

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, memang boleh mancing udang dari tepi tepi tu tapi kena cari jalan masuk sendiri.

    Ada ramai yang memancing tepi, mungkin boleh cuba follow dari belakang hehehe. Kalau tak menyelinap, tak guerilla la bro

    ReplyDelete
  3. Salam tuan mcm mne sy nk sewa bot dan dgn spe sy nk sewa?bole mnx no tpon org yg bknaan x sbb nk try jgak dlam mse tdkat nie..

    ReplyDelete
  4. Salam bro,
    buah berembang tu buah ara la kan?berlambak kat tepi sungai..aku harini lepas asar nak turun mancing patin kat sg langat nih,pagi tadi aku gi kutip buah ara luruh satu plastik aku dpt,,,harap2 dptla patin petang nih,,,sape2 nak kawan ngan aku pun leh gak wat teman mancing patin ngan baung,,ni no tepon aku 0199354298,,panggil aku mran je,,,harini 23/10/2013 jam 1.42pm,,k bye

    ReplyDelete
  5. Itulah saya pun confuse buah menda tp yang tepi sungai tulah. Amacam hasil?

    ReplyDelete