Salam semua geng!
Kali ini blog Guerilla Fishan akan memaparkan kolam tanah tumpah dedak kami, iaitu Kolam Danau Biru di Bandar Baru Bangi. Kolam ini senang untuk pergi, ia terletak berdekatan Tol Bangi dari PLUS highway.
Kat hujung nun ialah Tol Bangi/UKM
Terdapat dua buah kolam di Danau Biru, satu atas dan satu bawah.
Kolam atas agak kecil, merupakan kolam simen sepenuhnya dan adalah di antara kolam air tawar termahal di dunia, sungguhpun takda monster fish di dalamnya. Kemudahan juga hanya yang asas sahaja dan kebersihan tak segempak mana. Namun kerana ia simen sepenuhnya, ia agak selamat sekiranya ingin memancing bersama keluarga dan anak-anak kecil. Pemancing-pemancing yang baru belajar juga sesuai mengasah bakat di sini kerana kolamnya kecik, jadi bole la practice baling dekat-dekat.
Seperti yang boleh disaksikan di bawah, seluruh keluarga boleh menikmati aksi-aksi penaikan ikan di kolam atas ini.
Pandangan kolam atas
Ahli skuad Pelapes Kolam Danau Biru
Pelapes berjuang membawak naik Rohu di Kolam Atas
Lawan Pacu pulak
Ibu kepada 3 orang anak berjuang vs Pacu
Manakala kolam bawah pula lebih besar dan panjang, terdapat 20 pondok tapi boleh memuatkan beratus-ratus orang kerana kepanjangannya. Kolam bawah ini harganya standard industri, RM20 untuk 4 jam.
Kolam Danau Biru ini melepaskan ikan sekali atau dua kali seminggu, biasanya rohu, pacu dan patin. Dulu ada juga dilepaskan telapia merah, baung, leekoh dan tonsan tapi sekarang dah takda, tak pasti kenapa :P. Kolam ini dikunjungi oleh pengail dari dekat dan jauh, mungkin kerana ia sangat convenient kerana berada di tepi PLUS highway dan tak perlu masuk keluar hutan macam Camel Trophy. Kemudahan tidak banyak, cuma ada jual air, jajanan dan goreng-goreng sedikit, dan dari aspek kebersihan dan keselesaan juga agak kureng, tapi apa nak buat.....inilah kolam terdekat.
Kami di Guerilla Fishan selalu melayan kolam ni kerana ia dekat dengan rumah kami. Dari segi dapat tak dapat ikan, itu semua bergantung kepada mood ikan itu sendiri. Tapi oleh kerana kedekatan kolam ini, jadual pelepasan ikan kami dapat pantau sentiasa dan boleh agak laaa. Namun begitu, ia semua bergantung kepada rezeki.
Pandangan dari sisi pemancing
Lagi satu faktor yang mendorong kami untuk terus memancing di sini ialah kerana kolam ini membeli semula ikan hidup pada harga yang agak berpatutan, dan juga terdapat peraih ikan Bangla yang akan cuba membeli ikan-ikan yang ditangkap. Oleh itu, kalau rezeki cukup baik, bolehlah si pengail cover balik duit memancingnya.
Waktu malam pun OK, cuma ikan tido je kot
Dan setiap malam Sabtu ada game, jackpot timbang. Nak maklumat terperinci, sila lawati kolam ini. Kolam atas dibuka 24 jam, manakala kolam bawah dibuka dari 8am ke 8pm, kecuali hujung minggu dimana ia dibuka 24 jam jugakk dan ada harga package malam, mungkin kerana kebanyakan ikan tidur waktu itu :PAntara warga-warga kolam ini yang berjaya dinaikkan :
Rohu mandi minyak
Pacu mandi Asam Pedas
Bila Ratu Baung mengganas...hasilnye delicious!!!
Senyuman lebar first-timer bawak naik ikan. Rohu size standard di kolam ini.
Rohu belaan yang telah kami tangkap beberapa kali
Rohu di atas (mungkin) tapi telah berat sikit, mungkin kerana waktu ini musim raya
Apa-apa pun lawatilah kolam ini bersama keluarga kerana ia convenient. Moga-moga apabila income pengusaha kolam ini bertambah, mungkin kemudahan di sini juga bertambah baik, Insya Allah...mana la tauuu.
Salam, ciao!!!