Wednesday, October 17, 2012

Lembaga Perlesenan Tenggiri @ Tuas Yan


 

Salam semua

Setelah lama tidak bersua, kini team Gorila kembali dengan pengalaman lesen terbaru kami.  Apa nak buat, komitmen 3K (kerja, keluarga dan kolam) telah menyekat peluang kami untuk betul-betul pergi mencari pengalaman terbatu.

Alhamdulillah tercapai jugak impian kami untuk mengembara ke utara.  Terima kasih terutama sekali diucapkan buat Gorila Roy, ahli majlis tertinggi persatuan nelayan amatur kedah cawangan langkawi kerana mengatur trip ini.  Sungguhpun jauh dari HQ kami di Lembah Kelang, namun segala urusan logistik, penginapan dan pengikanan disusun dengan amat terbaik sekali, salutttte!!!!

Gunung Jerai di kejauhan
 

Perjalanan kami bermula pada petang Sabtu bilamana kami bertolak.  Akibat dari masalah teknikal kereta, waktu berlepas diterlambatkan sedikit kerana memperbaiki apa yang patut di workshop di Rawang.  Biar lambat asalkan selamat kengkawan, banyak ikan di laut tu.

Dek kerana lambat bertolak, sesampainya pun lewat laaa.  Di sana kami diperkenalkan kepada tekong darat, Abang Kree dan tekong laut, Abang Joe.  Tekong darat mengatur penginapan di darat manakala Abang Joe menjadi host terbaik di laut. Selepas makan malam ringan, kami terus ke rumah homestay sebab kuliah pembikinan perambut akan bermula bila-bila masa sahaja.


Tak susah pun bikin perambut tenggiri ni bro.  Janji kena pakai dawai dan mata yang bersaiz sesuai.  Nak belajar teknik Abang Joe?  Kena bayar royalti sikit geng :P

Selepas kelas itu, kami semua tido sebab besok nak kuar pagi.  Besoknye sebelum subuh kami dah sampai kat jeti Kg Dulang.  Di situ terdapat sebuah kedai makan di mana pengail-pengail berkumpul sementara menunggu berlepas.  Makanan sarapan yang dijual di situ fuhhhhh.....terbaik.  Abuya menjadi champion apabila membedal 2 bungkus nasi lemak dan sebungkus bihun sekali duduk.  Ternyata perutnya sepanjang rod pantai yang dimiliki.



Pagi itu kami berlepas sebaik sahaja cerah.  Kami terpaksa menunggu kerana hari sebelumnya hujan lebat dan laut beralun.  Jadi tekong kami, Bro Nain, mahu betul-betul pasti yang keadaan sesuai dan selamat untuk kami.  Bila semua dah confirm ok, kami berlepas.




Kelas pembikinan perambut disambung di atas bot dengan Otai Tenggiri, Abang Joe

Upacara perasap perambut Abuya menggunakan rokok Surya. Dikatakan boleh menarik ikan dari seberang.

Jualan stok rod lama-lama

Setelah sejam lebih kami berlayar, kami tiba di tuas yang dimiliki tekong kami.  Tuas ni kira unjang laaa, atau org Ulu Selangor kata Fish Aggregating Device kot.  Ianya sebuah struktur binaan yang membentuk tukun di bawah dan ditanda dengan buluh-buluh panjang yang terkeluar dari air.  Ikan-ikanan akan bermain-main di tukun tersebut dan membiak dan membina peradaban mereka yang tersendiri.


Bot diikat kemas pada tuas dan arahan merendam apollo dikeluarkan.  Kami pun hapa lagi, terus mengenjutttt.  Tujuan apollo adalah untuk mengumpul umpan hidup spesis kembung untuk si tenggiri dan apa-apa spesis lain yg boleh ditelan manusia.

Aksi King of Jaket

Setelah sejam lebih kami main apollo, Abang Joe memulakan kuliah wajib pemancingan tenggiri.  Tenggiri adalah antara spesis pemangsa yang terulung di lautan.  Oleh itu, pot terbaik ialah di sekitar tuas itu, di mana gerombolan tenggiri akan bergerak disekeliling perimeter kawasan ikan bermain untuk menunggu mana-mana ikan kecil yang tersesat keluar dari orbit untuk di zassss satu kali.

Tenggiri gemar mengejar dan ngap umpan dari tepi, oleh itu penggunaan 2 atau 3 mata pada umpan adalah wajib kerana tenggiri akan menghiris mangsanya sekaligus dari tepi.  Jika hanya satu mata digunakan, kemungkinan tak lekat atau terlucut tu memang ada.

Teknik yang berkesan adalah pelbagai.  Akibat kurangnya umpan hidup, kami menggunakan teknik casting gewang dan kembong mati. Umpan dicast dan lepas jauh dan dikarau dengan kelajuan sederhana atau laju.  Tenggiri adalah pemangsa, jadi ia perlu mengejar mangsanya sebelum dingap!!  Berkat usaha tunjuk ajar dari pemudahcara kami Abang Joe, inilah hasil yang berjaya dinaikkan.


Abuya Belitong @ Dorado
King of Kerisi
Anda kini di kawasan Hijau

Antara gewang yang berkesan adalah coaster kaler kilat + merah.  Tetapi gewang yang paling mencakop pada hari itu ialah soft plastic sotong kaler hijau.  Gewang dicast dan hanyut jauh-jauh sebelum dikarau lajuuuuuuu.  Tenggiri terus tak tahan dan mengejar dan menelan.  Untuk menggulung laju-laju, kekili ratio tinggi adalah paling sesuai.  Kalau tak, ball joint bahu akan lari, bak kata Abang Joe.

Gewang paling seksi pada hari itu




Pot belakang bot adalah yang paling selesa
Pilot Bro Nain tido sat
King of Kerisi menyiapkan hidangan kembung mata tingkat untuk sang kerisi
Beginilah tandas awam di atas bot....

Lupa lak nak cerita pasal peserta acara kali ini.  Trip ini disertai oleh team All Star Guerilla Fishan yang terkenal seantero perairan Malaysia.  Ahli-ahli semuanya pernah majal (bangau, kumpau, kuciwa) di pelbagai keadaan samada kolam, sungai mahupun laut.  Barulah terserlah cinta memancing mereka.  Kalau tak pernah majal, itu maknanya mereka cinta ikan bukannya cinta memancing hehehe.

Apa-apapun, trip kali ini disertai oleh Mango Jack, Conqueror of Sebarau and Kelah (di sini), Roy Langkawi, Putera Mahkota Laut Sabah (di sini), Abuya Garcia, king of Keli (di sini dan di sini) dan Man Toman, Master of Bait.  Pada kali ini juga kami memperkenalkan rekrut laut terbaru kami, Ilham Sakedawanda.




Alhamdulillah, berkat rezeki dari yang Maha Pemurah dan tunjuk ajar dari Abang Joe, kami semua berjaya mendapat lesen tenggiri kami.  Ilham yang baru setahun jagung di perbatasan pun berjaya menaikkan tenggiri batang menggunakan batang rod baru nye hehehe.  Sehingga ke hari ini, senyumannya akan melebar jika terdengar perkataan Tenggiri, Yan dan Kedah hehehe.


Saat cemas dilalui dalam perjalanan balik apabila bot kami rosak di tika hujan lebat sedang turun.  Apa nak buat, terpaksa lah ditunda bot kami masuk ke jeti.  Ini antara pengalaman yang tergempak kami lalui sepanjang trip ini.


Tali tunda dicampak




Inilah harta rampasan perang yang dibahagi-bahagikan. Best!!!!


Alhamdulillah!!! Hujung Tahun plan nak repeat, ada berani?????  Jom pi Yan!!!!

Salam semua.

Thursday, August 30, 2012

Jumping Jenahaks at the Celebrity Pond

Halo, fist of all I'd like to apologize for this somewhat misleading title that may have lead you here in the hopes to see a picture or multitudes of pictures of jumping snappers. Although the "I have never ever seen before" event happened in front of my eyes, the lens was in my pocket and this is one of those fishermen tales that  I can't stand to contain any longer. Whew, now that's out, lets get on to things I managed to snap today...

Belanak for sale (bait)

It's my virgin trip to this pond with Mr. Onn. We stayed from 2.11pm to 5.11pm and at about 3.11pm, Uncle Major came to our rescue. I think I'll call this pond our Celebrity Pond... Enjoy...
 
Blue crystal clear waters

 1 of the 4 fans...

 Refreshments counter...

 Tiled concrete railings...

Uncle Major, fasting 3rd day of the 6 day fast...

Crazy double tip rod action with Uncle Major's leader wrapped around it!!! heheh...

Uncle Major... He got the sub-aquatarian layout for this pond. He got me 2 snappers in between 30 minutes. Before that, he casted the cast that hooked a fish for Onn, but Onn let it get away. He quit smoking 3 years ago. He came with no rod, but managed to hook up fishes. He is Uncle Major, sifu of the salt water ponds...

 
The gutting room...

 Sick but strong snapper... 1st catch...

2nd catch...


 I don't know whos catch...
Execution...
Tips for fishing this pond, use a free running rig and cast to the end of the 2nd oxygen highway (go figure)...

 The rig...

 Rapalarazi shot...

Anyway, I cant tell you the name of this pond because we got a celebrity fishing here today with us. Yep, us fishermen know our celebrities too... But you salt water paypond addicts should know this pond just by the look of these pictures. Oh yeah, who ever gets the name of the guy in our rapalarazi shot right, would get a free, no lines attached fly from us. This competition is opened to all MALAYSIANS wherever you may roam. Yep, all MALAYSIANS anywhere, including the celebrity angler in our picture. Heheh...

Selamat Hari Raya Aidil-Fitri
-ih-

Tuesday, August 7, 2012

Pertandingan Makan Kuaci @ Seri Serdang


Salam Semua,

Apa khabor?  Kali ini kami akan memaparkan sebuah kolam yang memang telah lama ditubuhkan tetapi kurang dikenali ramai.  Mungkin kerana lokasinya yang agak tersorok sangat sangat.  Kami di GF amat perihatin dan di sini kami memaparkan jalan ke kolam ini.

Jadi drive la dari tol serdang sehingga anda jumpa jambatan dan simpang ni.  Ada bangunan berhala kat tepi tu.


Dan masuk simpang ke kiri

Dan terus saja ke hujung jalan

Memang macam tak caya je ada kolam kat sini kan?

Tapi sungai di sebelah tu memberikan harapan. Ini bangunan industri di hujung

Dan anda akan mula nampak bayangan ikan ini....

Dan makin bertambah bayangan ikan

 ....dan sampailah ke sini.  Fishing Pool tau, bukan Pond

Kolam ini memang telah ditubuhkan lama dulu. Sifoo kami pun pernah pegi dulu tapi sekarang jalan masuknya dah lain, yelah pembangunan yang pesat katakan.  Harganya agak standard, dan spesis ikan juga agak seragam seperti Pacu, Rohu, Patin, Si Kapla Besar dan Telapia.  

  Terletak di bawah power line jugak, seperti lazimnya kolam-kolam urban ini
 Towkay, penjaga front desk merangkap tukang masak maggi

 Otai kolam, lepak menunggu bom@rasuah berkesan kot


Pada hari-hari sebelum memang ada yang bergasak, tapi pada hari penggambaran kami....ikan ni sudah pemalu pulak!!! 

 
 
 Hidangan istimewa dari Abuya
 Hidangan Untuk Abuya
 Tunggu punya tunggu
 punya tunggu punya tunggu
 Ikan tamau timbul
 Abuya mula bermain kotor
 Seperti bahan kumuhan pun ada...uweeeekkkkkkk
 Juara menanti Pertandingan Makan Kuaci
 

Akhirnya Sifoo cuma dapat seekor Telapia bunga sahaja. Apa nak buat, takda rezeki.  Ada brader di depan tu bawak naik Kepala Besar 8 kg, selain dari tu agak senyap sunyi sepi kolam ni.  Apa nak buat, mungkin faktor umpan atau cuaca mendung yang kurang memberangsangkan.

Boleh lepak la sini tapi sedikit berbau dan kemudahan sangat ringkas.  Kalau ikan mencanakkk, sure tak kisah punya.

Ciao and salam!!!