Wednesday, December 21, 2011

Abang Handal...

Halo geng, cerite hari ni rekaan semata-mata tapi berkaitan dengan memancing. Kisah dongeng ni cerite cara Gorilla Fishan merekrut seorang manusia biasa menjadi seorang pemancing handalan...

Manusia biasa

Pada suatu hari ada satu abang yang duduk isap rokok dan buang karen kat kedai kopi sambil makan rambutan dan memikirkan masalah menjolok rambutan yang belum jatuh di rumah orang tuanya di kampung. Terus Man Toman bengang dan datang membetulkan tabiat buang karen abang tersebut sebab time tu ujan dan Man Toman pun tak bleh gi mancing. Man Toman memulakan operasi merekrut dengan memberi barang-barang pancing serta menerangkan kegunaannya pada manusia biasa tersebut sampai dia tak tahan dan terus jadi pemancing...

Nah abang, amik ni... ini benang besi untuk perambut pacu...

Abang pon blank apa benda perambut ni... Abang ni ingat rambut dia je guna perkataan rambut... Rupa-rupanya matakail yang siap dipasang tali dan ada gelung dihujungnya juga menggunakan kata terbitan "rambut"...

Nah abang, ni fly untuk tangkap ikan

Dulu abang ni ingat fly tu maknanya tertakluk kepada 2 bende aje iaitu fly yang bermakna lalat dan fly iaitu perkataan inggeris untuk terbang. Sekarang abang ni dah faham yang fly tu juga adalah sejenis umpan memancing yang mujarab di mana ianya adalah matakail yang dihiasi agar berupa makanan ikan seperti pellet, lalat, cengkerik, udang, rumpair, ketam, anak ikan dan macam-macam lagi makanan kegemaran ikan...


Nah abang, ni beg gi perang ni

Bila dapat beg perang abang ni terus faham yang dia kena gi medan perang yang berair. Kadang-kadang medan perang airnya masin dan kadang-kadang airnya payau dan ada kalanya airnya tawar. Kadang-kadang medan perangnya free, kadang-kadang kena bayar dan kadang-kadang free tapi tak bleh mancing... Tapi apa yang abang ni paling faham ialah musuhnya pandai dan walaupun perkakasan perang dah tip-top tapi musuhnya masih boleh menang walaupun ianya hanyalah seekor ikan yang telanjang...

Pacu abang handal

Geng abang handal...

Beberapa purnama kemudian abang buang karen yang diskolahkan dek Man Toman dah jadi seorang pemancing handalan dan dia terus hidup dengan dikenali sebagai "abang handal".

-ih-

Friday, December 9, 2011

Glamer vs Buntal @ Rumah Rakit Teluk Gong

Salam Muharram semua,

Apa kabar geng gorila semua di tahun baru Hijrah ini. Harap-harap tahun ini kita memperbaiki amalan agar lebih bagus dari tahun yang lepas, baru mantap.

Geng Gorila Gigih Gamit Gelama

Kali ini geng gorila mengembara ke Teluk Gong yang tak berapa jauh dari homeground kami di Lembah Kelang pun. Sesiapa biasa pegi kolam Silayan (Sea Lion), boleh la agak-agak jalan ke tempat ni.
Jembatan Ke Sea Lion katanya
Laluan Kakap dan Kurau...katanya
Pot memancing adalah Rumah Rakit yang disewakan. Harga sewanya pun berpatutan kalau bandingkan dengan harga kolam. Tapi hasilnya terpulanglah pada jadual air dan keadaan cuaca. Biasaklah, ikan...banyak songel ehhhh.

Sangat dekat dengan jeti, kat hujung line pokok tu je

Kemudahan disediakan, bahan bahan asas untuk memasak
Dapur pun agak ringkas. Peralatan BBQ pun ada tapi kami malasss
Boleh memancing sekeliling rumah rakit itu...360 darjah geng
Malam pun boleh pulun mancing yopp

Apa-apa pun, enjoy gambarannya....

Spey master terpaksa berhijrah ke spinner utk sesi kembara kali ini
Casting sampah boleh ler
Ikan gila glamour sebab dia yang pertama dinaikkan
Champion of Buntal Double Hookup
Antara Glamer matang yang ternaik
Al Buntal yang colourful but not glamourful
Kelihatan lembaga tak berkepala sedang check drag pada reel. Cemana dia tengok saya tak pasti
Kelihatan lembaga tak berbaju sedang memasak makan malam. Peluh tu jaga sikit geng!!
Speymaster melakukan upacara menghalau 2 lembaga untuk digantikan dengan 2 ikan
Laluan Kurau bertukar laluan Kungpow
Akhir kata, kita sendiri yang bertanggungjawab menjaga kebersihan perairan kita. Kalau satu hari nanti dah takde, maka berakhirlah blog ini.

Salam!!!